Followers Remaja Purba

Thursday, December 4, 2014

Aroma Ikan Bakar Jeram


Subjek Utama: Kenyangkan perut..
Fokus Utama: Aktiviti hujung minggu bersama family kecikku..
Perkara dilarang: Tidak dibenarkan melayan handphone ketika gedik santai di sini..
Perkara dibolehkan: Selfie dan wefie bersama family kecikku..


Sabtu lepas, sebelum kami buat lintas hormat di MAHA, MAEPS, Serdang.. kami singgah di sini..
Dalam tak larat tapi masih ada sedikit kekuatan melayan kehendak hubby yang nak bersantaian di tepi pantai..


Lokasi Pilihan: Aroma Ikan Bakar Jeram
Gambar Muka Depan: Memang tak dapat nak review lebih tempat ni.. sebab subjek dan fokus utama adalah seperti di atas..

Bila keluar waktu petang dan berkebetulan waktu tidur anak-anak, maka bertabahlah mak budak dan babah melayan kerenah dorang..
Dak Nuha kalau dapat jerit tak pandang kiri kanan dah.. aku pulak tertoleh kiri kanan.. kehkehkeh..



Tempat makan yang menjadi pilihan..


Aku pilih tempat makan ni sebab boleh duduk baring santai untuk keselesaan semua.. tak payah nak pegang peluk dak Nuha kalau hanya duduk di meja makan di bahagian depan Aroma Ikan Bakar tu..
Selesa dan sampai kekejangan kakilah sebab lama sangat duduk bersimpuh ala-ala wanita ayu gitu..

Dapat pulak jiran sebelah-menyebelah yang rajin melayan dak Nuha..


dak Adik memang tak boleh tengok dak Nuha diam.. ada je yang nak disakatnya..


Hayat Power Ranger ni tak cukup lama bila berada di tangan dak Nuha..
Beli dekat pintu masuk, lepas makan masuk kereta dah kempis..


Bersama anak dara.. dak Kakak..


dak Adik yang pemalu..


dak Nuha je takde.. sibuk chit chat dengan babah dia..


Menu biasa je yang hubby pilih cuma dari rasa tak cukup 'kick'..
Sesekali bolehlah layan tapi kalau nak selalu, kita mintak babah je masak kat rumah ye.. hikhikhik..




Kisah seterusnya di SINI..




psstt: Terima kasih abam TM yang datang bantu selesaikan masalah Streamyx dirumah.. baru ada 'nyawa' selepas aku bebel-bebel manja dalam talian pagi semalam..



18 comments:

AMIIZAA@Mieja said...

mak dgn anak mcm kakak dgn adiklah :):)

Anum said...

sedapnya

Kakzakie Purvit said...

Nuha ni boleh tahan lasak.. habis power ranger tu diuli sampai kempes ye.

NzA said...

cantiknya tempat tu...nmpk klasik.

Wah...berselfie anak beranak ye.....seronokkn....

Nor Azimah Ali said...

Macam gitulah cuti2 sekolah ni, jenjalan, memakan, kekenyangan, keletihan, Alhamdulillah..nikmat Allh di mana-mana:-)

Ummu Athiyah Ismail said...

mak dgn anak..dah macam adik bradik pulak..awet muda gitew :)

Siti Sharini said...

uih first time tengok wajah mak budak, cantik orangnya yerr..o0o kat Melaka ker,,arwah ayah saya pon orang melaka, adik2 pun ada kat sana lagi, tapi lama dah xjenguk huhu

iAmCekbolat said...

wahh makan makan . muda lagi akak ni .

Izwa Kamaruddin said...

remaja purba ni comel org nyer :)

Izwa Kamaruddin said...

remaja purba ni cantik org nyer :)

Izwa Kamaruddin said...

remaja pruba ni cantik org nyer :)

Mummydearie said...

Wah, 'jiran-jiran' Nuha tu....

Dah banyak kali saya syorkan pada suami suruh bersantai sambil melantak di sini tapi tak sempat lagi nak terjah. Kena tunggu hujung minggulah kalau nak jalan jauh berkm setakat cari makan macam ni!

Dr K said...

duduk kat gezebo tu kena RM10 kan?

weekend, especially lepas maghrib, elakkan la gi Aroma...jenuh..pack org! Saya ke sana mmg on weekdays..hahaha

Qaseh Vee said...

maknya awet muda gitu ...

Puan Kutu said...

nuha punya lasak kejap je dah kempis mainan tu.hehe

Pinangso Loro said...

ishhh macam haritu ada sorang blogger pun update tempat ni jugak ni... agaknya sedap makan sifut kat sini kan...

faraherda.razalan said...

Sy pun kureng sikit dgn masakan Aroma Ikan Bakar ni. Huhuhuhu!

Happy family. Mcm nelah gayanya bila Nuha kena sakat dgn Dak Adik eh? Mcm ne respon ibunya tu? Hahahahah!

norhidana said...

best2... seronok ek pg situ time siang2, biasa pg time mlm je...

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...