Followers Remaja Purba

Tuesday, December 30, 2014

Kenduri Kahwin Suhana di Batang Berjuntai


Kisah Kelmarin..
Menghadiri jemputan kenduri kahwin kawan kelas zaman sekolah menengah di Batang Berjuntai, Kuala Selangor..


Dak Nuha sedang naik 'kuda'.. ada 'kuda' dengan dia tu.. aku lupa nak ambil gambar..
Masa nak keluar rumah dia boleh dia merengek suruh bawak sekali kuda tu..


Alhamdulillah, peta lokasi senang nak cari walaupun terpaksa ikut laluan jauh.. tapi bagus jugak sebab boleh cuci mata sambil dapat singgah beli apa yang aku nak.. kihkihkih..


Gambar pertama aku ambil..

Ikutkan hati aku nak ambil gambar kat pelamin tu tapi sabar ye mak budak.. kenduri orang tu..
Nak jadikan cerita.. ayah kawan aku tu rupanya kawan lama abah hubby..
Lah.. mana aku tahu.. ayah pengantin terlepas pandanglah tu nak menjemput.. kalau tak.. confirm kami bawak abah dengan mak..

Lepas makan, dak Nuha boleh pulak ajak balik.. eemm.. sabarlah Nuha.. ibu nak jumpa pengantin kejap.. "dalam hati.. cepatlah.. sebab tengok pada keadaan cuaca.. dah mula mencemburui.."


Hasil tangkapan dari dak Nuha..
Kalau boleh semua orang dia nak ambil gambar..


Masa pengantin sampai hujan dah mula turun.. boleh tahan jugak lebatnya..


Selamat Pengantin Baru buat Suhana dan pasangan.
Moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat..




Hujan lebat mengiringi perjalanan balik kami selepas itu..
Sempatlah kami singgah makan asam pedas pari di Sungai Sembilang.. ---> next entry..




psstt: Moga urusan sukarelawan yang menghantar bantuan kepada mangsa banjir dipermudahkanlah hendakNYA..



13 comments:

Anum said...

tahniah :)

asyifamustaffa said...

Assalam...pagi2 singgah sini sbb lama tak 'bejalan' :)

Lama dah gak la x tgk muka comey nuha..cntik 'tudung' dia! Hahahah

Inani Hazwani said...

cantiklah pelamin diaa. suka tengok :)

Kakzakie Purvit said...

Nak sgt bergambar dgn pengantin sampai lupa nak buang tuala atas kepala Nuha.. dah nampak mata aje:)

Aziela said...

Cantik pula pelamin dia akak nengok

Mulan said...

asam pedas pari...??? sedap nya

JR said...

Semoga kedua-dua pengantin kekal bahagia ke hujung nyawa...

Ann Ishak said...

tahniah kepada pasangan perantin :)

che mid said...

yang banjir tetap banjir..yang nikah tetap nikah..itulah kehidupan.

P/s..dah masuk blog akak hari ni ke? Akak buat kempen kumpul telekung utk mangsa banjir. Nak join ke?

eMMe said...

cantik pelamin dia... color krim, eh! peach! jap2 ...color krim kan, heee...

Wak Lat said...

Salam. Hee bukankah nama Batang Berjuntai itu sudah bertukar nama sekarang.

drshikinzainal @ ekin said...

Terimbau kenangan ketika kawen bawah pedang.

dear anies said...

barakallahu lakuma...

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...