Liat je aku nak update mengenai Family Day tempat kerjaku.. tapi kugagahkan jua sebab dipenghujung Majlis tersebut aku mendapat sesuatu yang tak disangka-sangka..
Tarikh 11 Disember 2014 bersamaan Hari Keputeraan Sultan Selangor terlakar dalam calendar tempat kerjaku..
Bertempat di Dewan Banquet, UPM Serdang Majlis bermula dari pukul 10 am - 4 pm..
Dari awal hati aku macam malas nak pergi sebab aku rasa Family Day kali ni tak cukup happening..
Bak kata hubby 'dah macam buat perasmian tadika je..' huhuhu..
Tapi sebab nak bagi anak-anak enjoy, pergi jugaklah walau sebenarnya anak-anak tak berapa nak enjoy..
Motif utama: Amik gambar dan masukkan dalam blog.. ---> niat dan tujuan sebenar aku..
Dah kalau nama blogger, ada je bahan nak dikongsikan..
Sesi pendaftaran bermula.. ---> untuk sesi cabutan bertuah nanti..
Aku antara yang awal sampai..
Sudut kiri di pintu utama tempat pilihan..
Sebelum sampai.. siap pesan pada anak-anak 'ibu nak duduk dekat dengan meja makan..'
Antara aktiviti yang dijalankan:
Pertandingan Beragam si Cilik
Pertandingan Suara Emas
Pertandingan Wajah Seiras
Cabutan Hadiah
Upin dan Ipin
Persembahan Fuyoo Magic
Pertandingan Istana Takeshi
Penyampaian Hadiah
Dan..Cabutan Hadiah Meledak.. ---> semua menantikan yang ini sebab banyak hadiah menarik yang disediakan.. antaranya.. TV plasma, peti sejuk, External Hard Disk, Barangan Tupperware, Tab, Handphone, Basikal..
Mak Budak yang over hokey.. dak Nuha takut takmo dekat dengan dorang ni..
Dak Kakak dengan sepupunya.. dorang ni macam kembar.. ke hulu ke hilir bersama..
Sambil makan sambil melihat keliling..
Kambing bakar menjadi pilihan ramai..
Gambar makanan aku tak ambil sebab macam aku kata tadi.. dari awal memang aku tak teruja pun..
Dak Nuha yang sexy.. auuuww..
dak Nuha bersama dak Kakak dan kakak sepupunya..
Mak Budak tak lepaskan peluang bergambar..
Aku sorang je kot gile dengan monopod.. huhuhu..
Fuyoo Magic..
Gambar sebelah kanan atas adalah gambar Cabutan Hadiah Meletup..
Cabutan hadiah time dah hujung-hujung majlis..
Maka sape rasa nak bertuah kenalah tunggu sampai habis..
Dak Nuha aku rasa biasa je.. yang over mak budak.. ekekeke..
Dah bertukar uniform..
Masa ni dia dah penat dan bosan menunggu..
Dalam bosan, berdebar-debar jugakla hati ni menunggu setiap nama yang diumumkan bagi Cabutan Hadiah Meletup petang tu..
Berharap janganlah sesiapa yang dapat basikal tu.. aku aim basikal tu.. siap bergambar dan usap bagai.. peluk cium je tak..
Hadiah lain aku tak fokus tengok dan aku tak nak amik tau pun.. mind set ---> nak basikal je..
Akhirnya debaran yang aku dan hubby rasa semakin kuat bila namaku diumumkan.. Eh! Macam tak percaya je..
Budak-budak lelaki yang berdiri berhampiran stage suruh aku cabut undi dapatkan basikal tu.. hehehe..
Berdebar-debar + menggeletar jugaklah masa tu..
Moment paling menarik.. ada ke aku dah amik no. dalam balang tu dan serahkan pada Dato' KPE aku.. kehkehkeh.. patutnya akulah bukak kan..
Akhirnya.. 'alah.. tak dapat basikal..' ---> terluah jugak depan Dato' KPE..
Hadiah Cabutan Bertuah Meletup...
Tak dapat basikal tapi aku dapat ni.. Samsung Tab 3..
Respond hubby.. 'Alhamdulillah.. tak payah abang beli note 4 ek..'
Bertambah menarik bila adik hubby bagi free simcard untuk aku gunakan kat Tab tu.. wahh.. double triple senyum aku.. kehkehkeh.. suka.. suka.. terima kasihlah cikPen.. Alhamdulillah.. rezeki jangan ditolak..
psstt: Modem WIFI rumah aku akhirnya tak dapat diselamatkan.. perlu ditukar yang baru.. eemm.. menangis meraung dak Nuha bila tak boleh tengok kartun dia dalam internet.. huhuhu.. stress aku..
Walaweiiii....ini baru betul2 meletup meledak ni.... Bestnyaaaaa....
ReplyDeletewahwahwah tahniahhhhhh=)
ReplyDeleterezeki usah ditolak ni! congrats!
ReplyDeletemeriah betul majlisnya.. hadiah cabutan bertuah pun gempak sangat tu.. alhamdulilah, betuah nampaknya pada malam tu..
ReplyDeletewow! dapat tablet 3 tu lagi meletup dari dpt basikal, heee~ rezeki Aiza hari tu.. syok hang naaa...kalo dpt dua, dah minta 1 dah, heee~
ReplyDeletemmg betul2 bertuah ni..berbaloi tunggu hingga ke hujung majlis.
ReplyDeleteWaweeee....klau cmni sy pon suka.mmg btuah namanya ni
ReplyDeletebestnya hadiah meletup itu:) memang bertuah sungguh:)
ReplyDeleteMmg rezeki!! :)
ReplyDeletesaya suka tunggu cabutan bertuah..tapi so far, takde rezeki..hahaha..
pertandingan suara emas tak masuk ke? ;P
waahhh.. hadiah utama ke tuh?
ReplyDeletetahniahhh~
Wah, dalam pada tak menarik, tak teruja, hadiah cabutan meledak boleh tahan juga. Takpalah tak dapat beskal, sekurang-kurangnya dapat tab3. Eh, terbalik ke ayat ni? *__*
ReplyDelete