Followers Remaja Purba

Tuesday, December 16, 2014

It's Fogging Time.. Kes Demam Denggi..


Pagi semalam hubby whatsapp berkenaan..
'Notis Pemberitahuan dari Pejabat Kesihatan Daerah Klang' ni..


Balik kerja petang semalam..
Aku ingatkan semburan kabus (fogging) tak dapat dilakukan sebab baru lepas hujan masa tu..
Tapi lewat petang dorang datang..
Aku yang dalam rumah agak kelam-kabut nak keluar ke tak..
Aje gila tak keluar.. mau pengsan dengan asap tu nanti..
Alhamdulillah semua bagi kerjasama yang baik..
Bak kata rakan pejabatku.. 'Nak sakit ke nak busuk' ---> merujuk kepada bau fogging tu..
Biarlah busuk janji takde kes lagi dari taman perumahan aku..


Notis Pemberitahuan yang diedarkan di setiap rumah..


Nuha teruja tengok.. aku pun sama.. siap selfie bagai..



 Sejarah tercipta di taman perumahan aku..


Tapi bau dari fogging tu tak sebusuk mana kalau nak dibandingkan semburan yang guna lori..
Teringat kenangan masa zaman sekolah..
Waktu pagi nak pergi sekolah.. boleh pulak lori tu lalu sebelah aku sambil menyemburkan asap..
Bukan salah dorang pun.. dah memang tugas dorang.. cuma aku je salah masa waktu keluar nak pergi sekolah..
Makanya pagi tu makan asaplah aku.. dan seharian dari hujung rambut sampai hujung kaki aku rasa berbau asap itu..
Itu yang aku kurang selesa sikit bila nampak adanya fogging ni.. dengan pantas aku akan sembunyikan diri dari terkena asap tu.. kihkihkih..

Dipendekkan cerita..
Ada 4 orang yang menjadi suspek utama denggi.. manakala sorang tu kena di tempat kerja..
Moga mereka cepat sembuh dan jauhkanlah penyakit tu dari datang lagi..
Malu rasanya kalau nama taman perumahan aku terkenal sebab kes denggi.. huhuhu..




psstt: Rindu pada dia..



13 comments:

  1. psttt... rindu sape? hehehe...

    Aiza, kat Putrajaya pun tak terkecuali, mane2 presint yg namanya kawasan perumahan kerajaan, mmg kes denggi sesaje, sebab ade kontrak bina bangunan masih giat berjalan.. so, nyamuk suke la..berpesta dowg.. mmg kene berhati2 la.. tak leh lewat tutup pintu tingkap umah.. kalo 6 ptg ke atas tu.. leh nampak nyamuk berlumba2 masuk rumah.. smalam Eryna demam, hope demam biasa laa... minta jauh la penyakit bahaya ni.. dari keluarga kita kan Aiza...

    ReplyDelete
  2. Selangor mencatatkan kes denggi tertinggi - di manakaha silapnya?

    Hmmmmmm...

    ReplyDelete
  3. sembur pakai lori?? tak pernah pula saya tengok. huhu parah juga tu berbau asap fogging sepanjang hari..

    semoga kita semua dijauhkan dari penyakit denggi ni.

    ReplyDelete
  4. elok buat fogging ni,, kes denggi sekarang pun semakin meningkat.. ngeri.. moga Aiza dan keluarga baik-baik sahaja.. :))

    ReplyDelete
  5. Mana-mana yg ada org fogging dtg tu bermakna adalah seseorg yg telah kena denggi. Jadi sebelum org lain kena itulah fogging dilakukan..

    ReplyDelete
  6. kat rumah akak ni dia org buat semburan jam 5.30 pagi....

    ReplyDelete
  7. Klu fogging tu x busuk..maknanya x power..nyamuk x mati...hihi

    ReplyDelete
  8. Kat mana kawasan hot di klang tu, kawasan akak pun selalu kena sembur, takut2 juga...

    ReplyDelete
  9. sekarang ni musim hujan, air bertakung banyak agaknya...tu yang nyamuk membiak kot

    ReplyDelete
  10. Nyamuk denggi sekarang dah jadi semakin kebal, itu yang takutnya, dos fogging pun perlu lebih tebal....

    ReplyDelete
  11. Pernah sekali kena fogging kat kawasan rumah. Anak-anak saya mencecet lari sembunyi belakang MommyDaddynya. Saya pulak lagi baik sebab taknak tersembunyi di sebalik fogging, I tutup pintu dok senyap-senyap 4 beranak dalam rumah. Puaslah orang tu ketuk tanya nak sembur ke tidak. Kita buat senyap je. Dasat betul perangai!Tau pulak takut denggi!

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...