Followers Remaja Purba

Wednesday, June 26, 2013

Alhamdulillah hujan akhirnya..



  • Petang semalam hujan lebat + kabus menyelubungi.. makanya penglihatan ketika memandu amat terhad..
  • Kat area rumah pun hujan cuma tak selebat macam kat NKVE..
  • Tapi berkuranglah jugak jerebu kalau nak dibandingkan pagi semalam.. sangat teruk..
  • Kat rumah.. dak Kakak dah mula tak sihat.. terbaring je dia..'Kakak sakit kepalalah ibu..'
  • Malam tadi bagi dia ubat.. dak Nuha pun sama.. cuma dak Adik jelah melasak je kerjanya..
  • Aiskrim.. aiskrim.. aiskrim.. itu je dia dok ulang buka peti sejuk.. makan..
  • Aku pulak bangun pagi tadi badan rasa semacam.. tapi gagah jugaklah pergi kerja..
  • Moga kami semua sihat hendakNYA.. insyaAllah..




dak Nuha dah pandai 'mengemas'..




psstt: Harap-harapnya hujan lagilah hari ni hendakNYA..






24 comments:

Tedi said...

Petang semalam guruh bukan main tapi tak hujan. Pagi ni hujan sangat-sangat. Tiba2 rasa malas nak gi sekolah lak... Boleh tak?

eLL said...

guruh2 je semalam. tapi hujan sikit je.
alhamdulillah

JunAina said...

Kajang 2am hujan, lebat jugak. Abang dan adik kat rumah demam, mama pun demam tp tuntutan kerja kenalah buat jugak, terpaksa tinggal anak2 kat penjaga (mak saudara depa ja).

the malay male said...

kalau tak sihat mana leh makan ais krim.. :-)

Kakzakie said...

Ibu kurang sihat gagah-gagahkan juga kerja. Dak kakak tu kesianlah dah melepek kalau dah baring aje. Moga cepat sembuh.

Nuha jgn makan aiskrim lagi tau:)

norhidana miswan said...

moga akak jugak anak2 cpt sihat, mentang2lah banyak aiskrim ek, nk mkn aiskrim saja

kesoma rai said...

kata shujin, hujan semalam 10 saat je. hahaha..tapi pukul 3 pagi hujan lagi. lebat. tak tau la lama ke tidak. tapi sangat sangat improve. alhamdulillah..

ummuaidan said...

moga mak dan anak cepat sembuh yer..buatlah aiskrim lebih lagi..sian dak2 tuh...:)

Cikda said...

sini pun hujan lebat semalam.
ala kesiannya dak kakak sampai terbaring.. rehat je la kat rumah..

heheh rasa aisyah dah ikut jejak langkak dak nuha yg rajin "mengemas"

Daddy Ziyyad said...

semalam mmg Meru, setia Alam, Shah Alam hujan lebat....semoga hari ni hujan lagi....aminnnnnnnnnn

faraherda.razalan said...

Alah...np ditayang pic dak nuha yg comel ni? Geram tau!! Cubit monitor pc jelah jwbnye. Heheheheh....

Pagi ni nmpk jerebu kurang tp tetap kelabu. Harap makin berkuranglah.

ummiross said...

Kat Putrajaya pun ribut semalam, ada 2-3 pokok tumbang kat area perumahan kerajaan ni, nasib baik takde yang cedera.
Moga aizamia3 sekeluarga sihat2 sokmo.

lizz said...

ololo tomeynyer nuhanyer..pipi tembam2 ni..

Nurfaezah Abdullah said...

semoga famili akak sihat semuanya :) comelnye Nuha

Mia Kassim said...

Salam kenal...(^_^)

Riedaffya ibrahim said...

Alhamdulilah..kat sini pon ade tanda nak hujan lagi..

Kesuma Angsana said...

wah seronok sungguh bila dgr hujan turun semalam & awal pagi ni !

pha is said...

penang hari ni dah ok dah sikit..

amirah said...

melaka dah kurang sket sebab hujan...kena minum byk air kosong..

makchaq said...

Kat sini pun Alhamdulillah hujan lebat.. hilang jerebu.. tapi ribut pulak.. sampai ada bumbung yang melayang..

hainom OKje said...

Datang sini jenguk org sakit.... Dah sihat ke?

Puan Kutu said...

comei betul nuha nie..keadaan dh makin pulih dh kan

Namee Roslan said...

haritu jerebu n panas sgt...sian kakak smpai demam dia. skang dah hujan...syukur alhamdulillah. eyyy dak nuha tu nape comel sgt tu !!

anitadiana said...

bangsar hujan kejap sangat...jalan pun tak basah sangat...

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...