Followers Remaja Purba

Tuesday, July 10, 2012

Kenduri Aqiqah dak Nuha


Alhamdulillah syukur kepadaNYA, kenduri yang dirancang berjalan dengan lancar ---> tanpa bantuan warga TDBi, belum tentu kami dapat merealisasikan.. kecualilah kalau guna catering kan..

Banyak nak share sebenarnya tapi disebabkan keadaan aku yang masih belum pulih dari kepenatan teramat, itu yang tergendala.. Ini kugagahkan jua.. Perasaan nak update tu membuak-buak tapi..

Memandangkan ini kenduri 'terbesar' kami setakat ni, maka chef hubby dilarang sama sekali terlibat secara langsung. 'Tuan rumah' duduk tengok je..

Untuk penanggah (belakang tabir).. ada yang mengusik.. 'takkan bunga kosong je..' hikhikhik..
Jumaat malam baru sibuk nak menyusunnya..

Masa ni dah lewat malam tapi dak Adik lapar nak makan, kebetulan ada nasi lemak yang hubby beli dari Jalan 223, di P.J



Pagi Sabtu, sarapan nasi lemak sebelum pergi ambil mak di P.J

Cuba teka di mana lokasi ini..

Ops.. bukan itu je tapi untuk gambar-gambar seterusnya bagi sesi sehari sebelum, meh jengah kat TDBi <--- awas.. kerana terlampau banyak gambar..



dak Nuha yang tengah..
Baju pink baru 52 hari ( anak member sekolah)
Baju belang baru 42 hari (baby boy blogger Kinna)

Dipendekkan cerita, blogger Kinna ni datang tanpa call, tau-tau je dah ada depan khemah, senyum-senyum datang kat aku tanya kenal dia tak.. Fuh! Jenuh nak mengingat dan nasib baik ingatan masih kuat.. Dah jumpa.. haruslah borak sakan.. Nasib baik dia tak salah rumah.. tapi macam dia cakap.. 'senang jugak nak carik teratak akak'.. Terima kasih Kinna sudi datang..


Ini pulak anak-anak blogger Rai.. Kitorang tak dapat nak chit-chat lelama.. tapi sempat jugaklah ambik gambar anak-anak.. Anak Rai yang sulung mesra camera.. adiknya pulak malu-malu..


Blogger Rai pulak sampai time Kinna nak balik.. kira tak sempat nak suai-kenal.. takpelah maybe next time.. dan sekali lagi.. gambar-gambar semasa kenduri berlangsung, korang boleh jenguk kat ---> SINI pulak..

Syukur.. smooth je aku rasa perjalanan kenduri dak Nuha ni.. sebab semua tak datang serentak, seolah-olah dah tau lepas ni turn sape pulak yang sampai.. Dari warga TDBi, member sekolah, kawan blogger dan member office ---> sempatlah beramah mesra dengan semua..



psstt: Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kenduri dak Nuha ni, aku mohon maaf andai ada terkurang sebelum, semasa atau selepas kenduri.. pinjam ayat kat SINI..

psstt lagi: Semalam selesai mengemas barang-barang yang kami pinjam dari TDBi.. Hari ni selesai mengemas barang-barang sendiri..

last psstt: Kenduri selesai.. tak lama lagi lapor diri bertugas pulak..



8 comments:

  1. singgah buat lawatan jap pepagi nih..., selamat semuanya alhamdulillah..n nama2 blogger yg disebut mmg dah kenal di alam maya. ..tak jumpa juga kita...

    ReplyDelete
  2. Tahniah!

    Sungguh lah besar hati tuan rumah bila ramai tamu dan rakan taulan datang meraikan.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. segalanya berjalan lancarkan kak.. :)

    ReplyDelete
  4. waaa conoknyeee..dak nuha geboi betul!

    ReplyDelete
  5. Akak..nuha la paling bulat mukanye antara baby bertiga,heheheh

    ReplyDelete
  6. kak aiza,
    rugi saya tak dapat jumpa dak kakak dengan dak adik..entah ke mana mana la diorang pegi kan.. hehe..

    terima kasih banyak kak dgn suami sudi jemput kami..

    ReplyDelete
  7. waaaaaaaaaaaaaaa Queen juga yg x sampai... erm.. terkilan sungguh rasa hati....

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...