Followers Remaja Purba

Thursday, July 5, 2012

Aku cite ni.. Korang jangan gelak kuat sangat tau..



Pagi tadi aku ada urusan di bank, nak jadikan cerita, aku duduk barisan hadapan sekali, ada sorang pelanggan yang berurusan kat kaunter boleh pulak ter ter kentut depan aku.. Kalau korang bayangkan, jarak dia hanya setengah depa dari aku.. bayangkan lagi.. aku memang betul-betul berada di belakang dia.. Okay dah.. jangan gelak sangat.. sebab aku dah puas menahan nak gelak masa kat bank tadi.. kahkahkah.. nasib baik takde bau sekali ---> auntie tu pulak mesti malu sebab kuat gak bunyinya.. cuma dia takdelah nak say sorry to me..


Disebabkan rutin aku lari (tak larat aku nak kejar), maka semuanya berubah dari biasa..
  • Masak ---> walaupun chef hubby ada, menu tengahari hanya menu tunjuk-tunjuk je (beli kat kedai.. hikhikhik)
  • Dak Kakak ---> memandangkan kitorang sampai rumah pun dah lewat, aku kena hantar dak Kakak ke sekolah, daripada dia terkejar-kejar biarlah aku yang hantar tapi balik sekolah macam biasalah.. naik van cik Sabri belakang rumah (weh.. itupun nak cite ke..)
  • Dak Adik ---> rutin untuk dia takde yang berubah, lepas makan.. tidur.. bangun tidur merengek nak pergi rumah Haziq sebelah rumah je kejenye..
  • Dak Nuha ---> sementara aku hantar dak Kakak, hubby jagakan sekejap tapi dia punya rengek usah cakaplah.. gara-gara dari pagi tadi dia tak dapat tidur dengan nyenyaknya..
  • Aku ---> bantal dah memanggil-manggil sebab penat teramat..

Sebahagian barang-barang untuk kenduri dak Nuha dah beli terutama barang-barang yang aku perlukan. Barang-barang basah hubby dengan atok sedara yang akan pergi beli kat pasar borong nanti.. Kebetulan hubby ada pagi tadi, tu yang keluar sekejap yang tak sekejaplah sampai rasa kelam-kabut setengah hari ni..



psstt: masih tak boleh nak lupakan kes kat bank pagi tadi.. lalalala..

psstt lagi: duduk depan rumah hadap hujan yang turun walaupun tak lebat mana.. syukur.. hujan jugak akhirnya..

last psstt: Berkemungkinan aku tak dapat nak BW dengan jayanya sehinggu hujung minggu ni.. tak pasal-pasal kena jelingan manja hubby nanti..



14 comments:

faraherda. razalan said...

Oh, jgn stress2 sgt k? Nmpk penat betul tu.

Mrs Lurve said...

ohh makk malunya auntie tue, aiyakk xboleh bygkan, samada bau yg menyenangkan atau tidak kekekekeke

Rai said...

nasib baik tak tegur auntie tu.. sakit perut ke kak..hahaha...

insya allah kami pergi hujung minggu ni..

Pida said...

haha mesti musyuukk!

Pida said...

hihihi... mesti musyuukk!

QueeN TerataI said...

hahahaha.. nak gelak juga.. aduyaii kalau Queen yg at belakang auntie tu confirm dag xleh tahan.. senyum jela.. xdelah gelak sakan.. hehehehe

Edy Fee said...

hahaha kuat merengek ,,,
takpe la sebelah umah je..senang la

Tinta Lana said...

Salam kak! hahahhaa.

Adoilah, apasal akk tak terjerit terus cmni, "Sapo la ni wehh dok kentot2 bunyik bombastik nihhhh??"

Hahahahha, adoi..auntie tu pun, dah tak tahan beno la gamaknya,hehehe. haihh, terbayang lak cmnalah insiden kentut tu terjadi..slmt takde bau, lau ada, jenuh tercungap2 cri fresh air,heh3.

aha..takpalah kak..ada baiknya akk fokus nk uat knduri..kang ngamuk hubby, dgn kitaorg2 kena skali..eh,ada kaitan ke? hek3 >_<

pha is said...

tu ok lagi kak.. saya terkentut masa jawab exam dalam exam hall. bayangkanlah betapa sunyinya time tu... tetiba terkentut kuat pulak... malunya rasa.. tapi buat tak tahu je.. hehehehe

Kamsiah said...

nasib baik org tak sangkakan awak yg ter tut..tut tut..tu hehe

Namee Roslan said...

haha. comel la akak ni! haha. adik sy pernah kentut time terawekh..punya lah kuat! lepas tu semua orang igt saya yg kentut!!! :/

kay_are said...

menu tunjuk2 r yang paling mahal.. takat tunjuk fulus takde tak dapat gak.. huu

ct rahani said...

adeh la.. dpt bayangkan betapa bengangnya muka auntie tuh.. kehkehkeh..

Hidayah Bach said...

hahaha..

tak boleh imagine la...

kalau la dayah disitu..dayah konfem dah gelak mengekek..!

:DD

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...