Tuesday, February 14, 2023

Pass the Baton to Februari 2023


JANUARI 2023
Awal bulan: Happy Anniversary MakBudak
01 Januari 2023 - Ahad di SINI..

Hujung bulan: Selamat Hari Lahir MakBudak
28 Januari 2023 - Sabtu di SINI..

Terima kasih mySIL walau surprise kurang menjadi dek aku sibuk dengan urusan menukar cermin kereta. Dah beberapa kali tertangguh.

Walau dak Nuha merengek nak tapi aku tak bagi.
Nampak tak betapa aku menghargai.

Masak sendiri sebagai hadiah untuk diri sendiri.
-Asam Pedas Torpedo Scad-


Pass the Baton to FEBRUARI 2023
3 Februari 2023 - Jumaat
Di tempat kerja, kek dan hari lahir berpisah tiada.
Sebagai permulaan, dah tentu buat mereka yang lahir di bulan Januari. Aku..? Terima kasih semua, buat susah-susah je.. hehehe.

Tapi.. apa yang pasti tak sehebat tahun lepas, aku sorang yang punya - di SINI..

9 Februari 2023 - Khamis
Tengah malam.. Hujan lebat.. Bumbung bocor..
Bila hanya ketua keluarga Interim yang ada ketika ketua keluarga ke luar negeri..

Tadah bagi mengurangkan impak percikan air dan sambung tidur.. ๐Ÿ˜ด
Janji tak 'banjir' dalam rumah.


10 Februari 2023 - Jumaat
Aku menemani en. Hubby ke luar negeri untuk mengambil dak Kakak pulang ke rumah. Sekejap je dah habis satu semester. Sementara dak Kakak mengemas semua barang-barang di kolej kediamannya, aku mengambil kesempatan dengan membeli-belah. Dah alang-alang semuanya ada depan mata, kita beli apa yang diperlukan, sampai rumah nanti terus masak.

en. Hubby pun stalk aku rupanya..
Aku tak tahu en. Hubby ambil gambar ni dalam diam.
Dah sampai rumah baru en. Hubby tunjuk gambar ni.


Selingan:
Sekadar membuat satu pusingan lengkap di sini
-bukan berlari tapi memandu kereta sendiri-


Setakat ini, perjalanan aku masih baik dan tidak pincang,
Perhatian diberikan tidak teralih mahu pun berganjak dari landasan,
Allah jua yang menentukan disebalik apa yang dirancang,
Gunakan ruang dengan terbaik dan biarlah ia berterusan.

#RemajaPurba: Buatmu Mac, harap tak lemas..

Monday, February 13, 2023

Jangan direbut dan mengharapkan..


Realiti Kehidupan:
Kau: Assalamualaikum akak, maaf kalau mengganggu. Akak apa khabar? Sihat?

Aku: Wsalam. Alhamdulillah sihat. Allyn sihat ke..? Kita ni lama tak chit chat, terasa makin jauh pulak.

Kau: Alhamdulillah, sihat. Ya, mungkin sebab kekangan kerja tapi kalau saya jumpa yang lain pun, dah tak rasa macam dulu, rasa ada 'gap'. Nak borak panjang pun macam dah segan.

Aku: Akak pun rasa macam tu, tak 'happening' macam dulu.

Kau: Mungkin sebab semua dah ada 'group' lain kot jadi perasaan dengan kita macam dah takde. Takpelah.. saya masih ada akak. Jangan direbut dan mengharapkan lebih-lebih orang nak layan kita macam dulu kan.. hehe..

Aku: Akak masih ada Allyn, walau jarang jumpa tapi tak pernah lupa. Allyn tak berubah.. sama je. Akak tak berubah kan dekat mata Allyn..? ๐Ÿค”๐Ÿ˜…

Kau: Itu memang normal untuk 'circle' kehidupan. Semakin banyak umur kita, kita akan lebih selesa untuk menyendiri dan menguruskan diri sendiri. Saya faham tu, dan saya juga ke arah tu juga. Lebih tenang kan tapi bukan bermaksud kita tak nak bergaul.

Kau: 'Of course' tak kak.. sama macam saya kenal akak dulu, malah lebih lembut + matang sekarang. Takpelah, kita kawan berdua jelah. Saya pun tak mampu nak pergi berjalan sana-sini macam dorang. Komitmen saya banyak kiri, kanan, depan, belakang. Memang takde ruang buat masa ni nak berjoli dengan kawan-kawan. Apa-apa pun, kita jalani kehidupan ni seadanya. Ada kawan yang sayang dan hargai kita, kita sayang dan hargai dia balik tapi kalau takde.. Allah ada. Bersangka baik sentiasa, yang penting dapat memberi ketenangan.


Kisah Sambung Belajar:
Kau: Sekarang saya tengah sambung belajar ambil program Bachelor Digital Media Design with Honours dekat Universiti A. Doakan saya boleh ye.

Aku: Akak tau Allyn kuat, bukan setakat kuat tapi berani dengan pelbagai ujian yang Allyn hadap, Allyn masih mampu belajar. Moga Allyn dianugerahkan kesihatan yang baik, dari segi mental mahu pun fizikal dan moga rutin harian Alllyn dipermudahkanNYA.

Kau: Terima kasih kak.๐Ÿฅน๐Ÿฅน Terharu baca kata-kata semangat akak ni. Kalau dekat, saya cium pipi akak kiri kanan, peluk kuat-kuat.. ❤️๐Ÿ’ Terima kasih sangat-sangat.. aamiin.. Semoga akak sekeluarga sentiasa di dalam rahmat, perlindungan dan kasih sayang Allah. Hanya Allah yang dapat membalas doa akak yang baik dan indah-indah tu semua.. ❤️


Kisah 'Idea':
Aku: Akak ambil ni ye, buat 'entry' kat dalam blog.
You are amazing
REMEMBER THAT

Kau: 'Memang ia istimewa untuk akak..'


Kisah 'Terbit':
Kau: Baru buka blog akak. Hebatnya... menulis 'since' 2009. Dah boleh bukukan cerita ni, pastu jual. Saya boleh tolong buat grafik penerbitan. Ada masa nanti saya baca satu-satu. 'Tq for sharing..'

Kau: Hebatlah... tak semua orang mampu menulis, mengarang ayat dan bertahan dalam tempoh masa yang lama. Teruskan berkarya akak. 'I'm support you from behind.. today, you already have another 1 fan!'✌๐Ÿป๐Ÿ˜


Ini yang buat aku terharu. Memang aku akui dia ni seorang yang pandai dalam reka grafik, walau bukan di dalam skop kerjanya, dia masih mampu melayan kerenah mereka. Tabik spring aku dengan dia ni.

Sekadar Rekod:
Blog Mak Budak a.k.a Remaja Purba wujud adalah kerana anak-anak, terutamanya dak Adik. Masih kekal dan bertahan hingga kini seiring tumbesaran dak Kakak, dak Adik dan dak Nuha. Traffic dalam blog aku sentiasa di aras kuning, merah tak, hijau pun tak. Sendu..? Tersedu-sedu ye ada. Selagi mengikut piawaian mata dan pemikiran, selagi itulah ianya bertahan. InsyaAllah.. aamiin..

#RemajaPurba: Ku tinggalkan di sini sebagai satu kenangan terindah.

Thursday, February 2, 2023

Hukum suami kahwin nombor dua tanpa pengetahuan isteri yang pertama


Bertebaran di media sosial, si suami telah bernikah di Thailand tanpa pengetahuan isteri pertama. Aku tak nak sentuh isu tapi satu video dari Ustaz Azhar Idrus (UAI) menarik perhatian aku. Bagi aku, soalan yang diutarakan dan dijawab oleh beliau ringkas tapi membawa maksud yang mendalam buat mereka yang ingin berkahwin dua.


Apa hukum suami kahwin nombor dua tanpa pengetahuan isteri yang pertama?
Hukumnya sah tapi perbuatan itu tak betul kerana perkahwinan ini ialah bergembira bukan bersedih. Maka kita ada isteri pertama, kita kahwin yang kedua bermakna dari dua orang menjadi tiga. Biar tiga-tiga gembira. Itu kaedahnya. Bukan yang kedua, dua orang je suka, yang pertama menangis teruk.

-Aku kongsikan semula dari ceramah oleh Ustaz Azhar Idrus-
'Saya nak berkahwin sorang lagi. Inilah orangnya, awak berkenan atau tak?'
'Saya tak suka'.
'Okay, tak suka. Ini gambar kedua, orang nombor dua suka atau tak..?'
'Tak suka jugak'.
Akhirnya.. 'Nikahlah abang, serabut kepala'.

Kita kahwin senyap-senyap itu dah menipu isteri kita. Kalau isteri kita tipu kita, kita marah tak? Jangan buat macam tu sebab jasa dia besar dengan kita.
  • Isteri pertama sanggup berpisah dengan ibu dan bapa untuk ikut kita.
  • Padahal mak ayah isteri pertama sanggup berpisah dengan adik-beradik duduk dari kecik untuk menemani hidup kita.
  • Isteri pertama sanggup tinggalkan kampung halaman tempat dia dilahirkan untuk ikut kita.
Besar budi isteri pertama, betul tak? Jangan tipu tapi kalau bagitahu dia mengamuk. Dia mengamuk biaq pi la, asalkan bagitahu.
'Tak beranilah lagu tu Ustaz'.
'Yang sebenarnya awak tak mampu. Orang mampu dia boleh panggil isteri dia 'saya nak kahwin seorang lagi. Itu orang mampu'.

Selagi isteri pertama marah jangan nikah. Bila tak marah, baru nikah.
'Cara terbaik yang dia tak marah, tunggu dia mati'.
'Tak mati lagi ustaz'.
'Sembahyang hajat'. - sanggup tu nak bunuh sebab nak nikah.
Macam mana binimu nak terima nikah. Mu tak baik dengan dia. Kalau mu baik dengan dia, dia bagilah. Kita tak baik dengan bini, cer baik, dia bagi tak bagi.

'Ni roadtax motor guna duit bini, nak berbini pulak. Mana perempuan tak marah'.
'Selipar putus pun tak berganti, cari dawai betulkan balik'.

Video asal di SINI..

Bila aku kongsikan video ini dengan en. Hubby.. 
'Nak sangat ke..?'
'Pergilah abang, tapi..'
'Lah.. kata bagi, lepas tu ada tapi pulak..'
'Tapi' aku tu buat en. Hubby tergelak besar mendengarkannya..

#RemajaPurba: 'yang ada ni pun susah nak jaga..'

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...