Tuesday, November 3, 2026

Si Kopi Sudah Ada Tuan


Sambungan dari [SINI]

Lewat tengah malam..
Alhamdulillah.. aku terima mesej, akhirnya ada yang sudi nak adopt si Kopi. Lega aku. Bukanlah sebab tak suka, cuma dengan komitmen sedia ada, aku belum mampu nak menjaganya.


23 Oktober 2026 - Jumaat [12 Jamadilawal 1448H]

Pagi..
Dak Kakak dengan dak Nuha menemani aku ke tempat kerja. Deme berdua ni sebenarnya ada agenda sendiri — mencari makanan di karnival jualan makanan dan barangan tempat kerja aku. Ada pula cabutan bertuah, menang tiga hadiah pulak tu deme berdua.

DAN..
Aku turut bawa si Kopi untuk diserahkan kepada tuan barunya. Sekali dengan ubat dan keperluan si Kopi. Tuan baru ni siap minta QR daripada aku untuk membayar semuanya tapi aku tak nak sebab aku ni tamak pahala. Nak juga merasa sedikit pahala walaupun tak mampu nak menjaganya. Apalah sangat nak dibandingkan dengan kesudian beliau mengambil dan membela si Kopi.


Kenapa tuan baru ni nakkan si Kopi?
Rupanya anak beliau merengek nak anak kucing. Di rumahnya memang dah ada kucing dan kebetulan mereka sedang mencari seekor lagi anak kucing. Mungkin inilah rezeki yang Allah aturkan untuk mereka. Si Kopi hadir pada waktu yang tepat.

Alhamdulillah.. selesai semuanya. Lega. 


Petang..
Member dari tempat kerja berkongsi gambar si Kopi di rumah tuan barunya. Warna si Kopi lebih kurang sama dengan kucing yang sudah sedia ada di rumah tuan baru itu.



— Si Kopi —

Tak semua yang kita selamatkan perlu kita miliki.
Cukuplah tahu ia kini berada di tempat yang lebih baik.




Kenangan menyelamatkan si Kopi memang takkan aku lupakan. Tak pernah aku senekad itu sebelum ini. Walaupun si Kopi hanya semalaman berada di rumah, aku tetap lega akhirnya. Bukan sebab tak mahu menjaganya tapi sebab aku tahu si Kopi kini berada di tangan yang betul.

Alhamdulillah.. selesai sudah episod si Kopi.
Moga si Kopi kekal sihat, kembali bertenaga dan membesar dengan baik di rumah barunya.

#RemajaPurba: ...

No comments:

Post a Comment

AdSense

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...