Monday, November 9, 2026

Jangan GERTAK, Pakai Otak - Mimifly


08 November 2026 | Ahad [28 Jamadilawal 1448H] 

Setiap kali Mimifly mengeluarkan lagu baru, pasti ada sesuatu yang menarik perhatian dan menjadi bualan. Bukan sekadar ingin mendengar lagunya tapi maksud di sebalik lirik, koreografi tarian, konsep persembahan, pemilihan pakaian hinggalah ke lokasi penggambaran semuanya cukup awesome.

Malah, elemen bahasa isyarat yang turut diselitkan menjadikan setiap hasil karyanya lebih unik dan mempunyai identiti tersendiri. Memang kreatif dan tidak mengecewakan hasil air tangan beliau bersama pasukannya.

Kali ini Mimifly pertaruhkan lagu GERTAK. Bukan sahaja melodinya menarik, video klipnya turut mencuri perhatian dengan persembahan tarian bercirikan budaya India. Lebih istimewa, lagu GERTAK ini dilancarkan bersempena sambutan Deepavali 2026.

Di sebalik muzik yang rancak dan persembahan yang menghiburkan, terselit pula mesej yang agak tajam tentang sikap manusia yang suka mengata, mengadu domba dan menguji kesabaran orang lain.


Release date: 08 November 2026 | Ahad


dari [SINI]

Lagu: GERTAK
Penyanyi: Mimifly
Komposer: Mimifly dan Bo Amir Iqram
Lirik: Mimifly


LAGU: GERTAK

Minta perhatian, lihat si dia
Asyik asyik cari jalan nak mengata
Sikit sikit merengek, mengadu domba
Dah bagi betis, tapi dia nak peha..

Ha..?
Aku bunga kembang berbalik kuncup
Ku bukan malaikat sabarku ke laut
Sampai sakit dadaku nafas tak cukup
Sebelum ku semput dan tersangkut-sangkut

Haaaaaa 
Ku semangat
Haaaaaa
Ku beringat
Haaaaa
Kau mengada
Jangan auta..

[1]
Jangan Gertak..
Pakai otak 
Jangan Gertaaaaakkkkk..
Pakai otak..

Kalau awak terlajak perahu
Awak boleh undur
Kalau awak terlajak kata
Terjelepak gugur,

Tak ta ta takpe
Banyak bunyi barangnya takde
Banyak barang tak ada rasa
Tapi kita? Kita ada..

[2]
Berjalan jaga kaki, berkata jaga lidah
Jangan kan nak jaga orang, sendiri bersepah
Pelihara kata, hati jangan lemah
Kalau tercemar, oh! derita tak sudah sudah
ish.. ish.. ish..

ulang [1], [2] dan [1]


— GERTAK —

Jangan terlalu sibuk menguji kesabaran orang lain. Takut nanti, bila dia mula bersuara, kita pula yang tidak mampu menerima.


Apa pun, GERTAK bukan sekadar lagu untuk kita ikut menyanyi dan bergoyang. Ada teguran yang boleh dijadikan peringatan bersama. Jagalah percakapan, fikir sebelum berkata-kata dan jangan terlalu mudah mencari salah orang lain.

Sebelum mahu menegur atau menghukum orang, cerminlah diri sendiri terlebih dahulu. Ingat, bukan semua orang akan terus berdiam diri apabila kesabarannya sampai ke penghujung.

#RemajaPurba: - sumber video dari Youtube dan Instagram -

No comments:

Post a Comment

AdSense

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...