Yamaha Y16ZR-R telah memasuki pasaran Malaysia menerusi pelancaran rasmi oleh Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) sempena Karnival GenBlu Yamaha 2026 yang berlangsung pada 9 Ogos 2026 di Setia City Convention Centre (SICC), Setia Alam, Selangor.
Dua versi telah diperkenalkan iaitu:
- Standard — pilihan warna: Kouka Grey, Raijin Green dan Yoru Black.
- Limited Edition — Pramac Racing Replica.
Kenapa entry kali ni berkaitan motor?
26 Oktober 2026 | Isnin [15 Jamadilawal 1448H]
Rupanya, ada sesuatu yang en. Hubby rancang dalam diam. Patutlah beria-ia mengajak kami keluar pada tengah hari menuju ke [SINI]. Sedangkan kebiasaannya, kalau boleh seawal pagi lagi dah mula bergerak. Aku pula langsung tak terfikir apa-apa ketika itu.
Bang Chan - Stray Kids
Tak dapat Y15, aku dapat Y16
Pada awalnya, aku ingat en. Hubby sekadar bergurau bila beliau bertanya..
'Nak nombor plat apa?'
Waktu itu, aku masih belum sihat sepenuhnya. Jadi, memang malas nak layan kerenah en. Hubby. Sudahnya, nombor diberi secara rawak. Arrghh.. ruginya rasa..! Itulah Mak Budak. Lain kali, dengar cakap. Kalau tak, dak 'AIZA' ada geng.
- sumber gambar dari en. Google -
Kouka Grey (Modern Grey) — tampil dengan gaya kemas, elegan dan sedikit misteri, sekali gus memberikan sentuhan premium. Lebih istimewa, Y16ZR-R ini sendiri sudah cukup premium bagi aku kerana ia merupakan hadiah in advance daripada en. Hubby.
Test drive..?
Fun Fact..?
Aku tiada lesen motosikal dan langsung tak tahu menunggang motor.
Alasannya..?
Ayah aku, myFIL dan en. Hubby memang tak izinkan aku menunggang motosikal. Aku pandu kereta pun boleh tahan lajunya. Kalau bawa motor pula..? Eloklah aku tak tahu, risau nanti roh aku yang lari dulu.
Memandangkan aku tiada lesen dan langsung tak tahu menunggang motosikal, aku jadi pembonceng setia ajelah. Jangan salah faham — hadiah je untuk aku tapi atas geran nama en. Hubby bukan aku.

Dak Jasmine pun dah rasmikannya..
#RemajaPurba: - Happy Deepavali 08 November 2026 -




No comments:
Post a Comment