06 November 2026 | Jumaat [26 Jamadilawal 1448H]
Awal Pagi..
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) telah mengisytiharkan Dewan Masjid di sini sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi menempatkan mangsa banjir yang dikategorikan sebagai Bencana Tahap 1.
PPS ini mula beroperasi pada 05 November 2026, Khamis bagi memastikan keselamatan dan kebajikan mangsa banjir terpelihara, selain membolehkan mereka mengambil tindakan sewajarnya dalam menghadapi situasi ini.
Petang..
Bila en. Hubby balik daripada outstation, aku mula merengek ajak keluar. Alasannya nak beli makanan dak Jasmine, sedangkan niat sebenar nak tengok keadaan kawasan sekitar.
Sepanjang perjalanan, kelihatan banyak kawasan yang sudah dinaiki air. Kenderaan pula banyak yang diletakkan di sepanjang jalan — sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya keadaan banjir semakin buruk.
Dah keluar sampai ke jalan besar, aku minta en. Hubby patah balik sebab hujan tiba-tiba turun tapi dah alang-alang basah, biarlah basah bersama. Sempat juga singgah beli cendol dan pisang goreng untuk minum petang di rumah.
Air dalam kebun kelapa sawit ni tinggi, sama paras dada itik
Sampai rumah, haruslah mandi dulu. Takut nanti demam pula. Antibodi dah tak macam dulu, tak usahlah nak berlagak kuat ye Mak Budak.
Lewat malam..
Hujan dah berhenti tapi esok tak tahu lagi.
No comments:
Post a Comment