Realiti Kehidupan:
Kau: Assalamualaikum akak, maaf kalau mengganggu. Akak apa khabar? Sihat?
Aku: Wsalam. Alhamdulillah sihat. Allyn sihat ke..? Kita ni lama tak chit chat, terasa makin jauh pulak.
Kau: Alhamdulillah, sihat. Ya, mungkin sebab kekangan kerja tapi kalau saya jumpa yang lain pun, dah tak rasa macam dulu, rasa ada 'gap'. Nak borak panjang pun macam dah segan.
Aku: Akak pun rasa macam tu, tak 'happening' macam dulu.
Kau: Mungkin sebab semua dah ada 'group' lain kot jadi perasaan dengan kita macam dah takde. Takpelah.. saya masih ada akak. Jangan direbut dan mengharapkan lebih-lebih orang nak layan kita macam dulu kan.. hehe..
Aku: Akak masih ada Allyn, walau jarang jumpa tapi tak pernah lupa. Allyn tak berubah.. sama je. Akak tak berubah kan dekat mata Allyn..? 🤔😅
Kau: Itu memang normal untuk 'circle' kehidupan. Semakin banyak umur kita, kita akan lebih selesa untuk menyendiri dan menguruskan diri sendiri. Saya faham tu, dan saya juga ke arah tu juga. Lebih tenang kan tapi bukan bermaksud kita tak nak bergaul.
Kau: 'Of course' tak kak.. sama macam saya kenal akak dulu, malah lebih lembut + matang sekarang. Takpelah, kita kawan berdua jelah. Saya pun tak mampu nak pergi berjalan sana-sini macam dorang. Komitmen saya banyak kiri, kanan, depan, belakang. Memang takde ruang buat masa ni nak berjoli dengan kawan-kawan. Apa-apa pun, kita jalani kehidupan ni seadanya. Ada kawan yang sayang dan hargai kita, kita sayang dan hargai dia balik tapi kalau takde.. Allah ada. Bersangka baik sentiasa, yang penting dapat memberi ketenangan.
Kisah Sambung Belajar:
Kau: Sekarang saya tengah sambung belajar ambil program Bachelor Digital Media Design with Honours dekat Universiti A. Doakan saya boleh ye.
Aku: Akak tau Allyn kuat, bukan setakat kuat tapi berani dengan pelbagai ujian yang Allyn hadap, Allyn masih mampu belajar. Moga Allyn dianugerahkan kesihatan yang baik, dari segi mental mahu pun fizikal dan moga rutin harian Alllyn dipermudahkanNYA.
Kau: Terima kasih kak.🥹🥹 Terharu baca kata-kata semangat akak ni. Kalau dekat, saya cium pipi akak kiri kanan, peluk kuat-kuat.. ❤️💐 Terima kasih sangat-sangat.. aamiin.. Semoga akak sekeluarga sentiasa di dalam rahmat, perlindungan dan kasih sayang Allah. Hanya Allah yang dapat membalas doa akak yang baik dan indah-indah tu semua.. ❤️
Kisah 'Idea':
Aku: Akak ambil ni ye, buat 'entry' kat dalam blog.
You are amazing
REMEMBER THAT
Kau: 'Memang ia istimewa untuk akak..'
Kisah 'Terbit':
Kau: Baru buka blog akak. Hebatnya... menulis 'since' 2009. Dah boleh bukukan cerita ni, pastu jual. Saya boleh tolong buat grafik penerbitan. Ada masa nanti saya baca satu-satu. 'Tq for sharing..'
Kau: Hebatlah... tak semua orang mampu menulis, mengarang ayat dan bertahan dalam tempoh masa yang lama. Teruskan berkarya akak. 'I'm support you from behind.. today, you already have another 1 fan!'✌🏻😁
Ini yang buat aku terharu. Memang aku akui dia ni seorang yang pandai dalam reka grafik, walau bukan di dalam skop kerjanya, dia masih mampu melayan kerenah mereka. Tabik spring aku dengan dia ni.
Sekadar Rekod:
Blog Mak Budak a.k.a Remaja Purba wujud adalah kerana anak-anak, terutamanya dak Adik. Masih kekal dan bertahan hingga kini seiring tumbesaran dak Kakak, dak Adik dan dak Nuha. Traffic dalam blog aku sentiasa di aras kuning, merah tak, hijau pun tak. Sendu..? Tersedu-sedu ye ada. Selagi mengikut piawaian mata dan pemikiran, selagi itulah ianya bertahan. InsyaAllah.. aamiin..
#RemajaPurba: Ku tinggalkan di sini sebagai satu kenangan terindah.
I'm speechless.. Thank you for this expression of appreciation. I love you, kak.
ReplyDelete