05 November 2026 | Khamis [25 Jamadilawal 1448H]
Petang..
Hujan turun dengan lebatnya dan berlarutan hingga ke malam. Banyak kawasan mula dinaiki air, malah ada tempat aliran airnya deras. Aku mula rasa risau kalau kejadian sebelum ini berulang lagi seperti yang berlaku di [SINI].
Hujan yang mencurah-curah menyebabkan kawasan kebun kelapa sawit di sebelah kawasan perumahan kami dah seperti kolam renang. Kalau air dah mula masuk ke kawasan perumahan aku, nampaknya aku cuti ajelah.
Kerja memang penting tapi keselamatan rumah dan keluarga lebih utama — tambahan pula, en. Hubby sedang outstation ke utara. Jadi, kalau berlaku apa-apa, aku kena uruskan semuanya sendiri.
Hujan masih turun..
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
06 November 2026 | Jumaat [26 Jamadilawal 1448H]
Pagi..
Perkara pertama yang aku buat ialah melihat perkembangan banjir melalui group dan socmed. En. Hubby meminta aku supaya tak pergi kerja hari ini.
Nampaknya, terpaksalah ambil cuti kecemasan. Walaupun taman perumahan aku tidak terjejas, kawasan sekitarnya sudah dinaiki air sejak petang semalam. Kalau aku tetap pergi kerja, risau petang nanti hujan turun lagi lebat seperti semalam. Silap-silap, aku pula yang stranded tak dapat balik rumah.
Aku bukannya suka kalau setiap kali pergi dan balik kerja terpaksa menggunakan laluan alternatif yang lebih jauh untuk mengelak kawasan banjir. Nak memandu pun jadi tak tenang, apatah lagi kalau terpaksa menempuh kesesakan dan keadaan jalan yang tak menentu.
Cuti memang cuti tapi ada kerja yang tak boleh ditangguhkan, jadi mana yang mampu aku selesaikan dari rumah, aku cuba siapkan. Mana yang tak boleh, terpaksalah tunggu minggu depan.
Buat mereka yang dilanda musibah ini, kuatkanlah semangat walau dah tak sekuat mana. Moga semua urusan berkaitan dipermudahkan-Nya. Aamiin..
#RemajaPurba: ..
No comments:
Post a Comment