03 November 2026 | Selasa [23 Jamadilawal 1448H]
Pagi..
Selepas Subuh, aku menerima panggilan daripada anak buah di tempat kerja yang memaklumkan satu berita mengejutkan. Pemergian salah seorang rakan pejabat secara tiba-tiba pastinya menjadi berita yang sukar diterima oleh sesiapa sahaja yang mengenalinya.
Aku..?
Dalam pada berusaha menghubungi isteri arwah bagi mendapatkan beberapa maklumat penting, hebahan turut dipanjangkan melalui socmed tempat kerja supaya rakan-rakan lain dapat dimaklumkan.
Kebetulan en. Hubby ada, jadi aku terus meminta beliau menemani aku. Memandangkan arwah masih berada di hospital dan proses post-mortem perlu dilakukan yang pastinya mengambil masa, aku putuskan untuk terus ke hospital.
Kali ini, naik motosikal sahaja — waktu kemuncak orang pergi kerja, tak sanggup nak berhadapan dengan kesesakan jalan raya dan masalah mencari parking di hospital jika naik kereta.
Sampai di bahagian forensik hospital, kelihatan beberapa pegawai dan rakan sekerja sudah pun tiba. Sehingga tengah hari, ramai yang hadir untuk memberikan penghormatan terakhir buat arwah. Semua yang hadir di hospital dapat menatap arwah buat kali terakhir sebelum jenazah di bawa ke masjid bagi urusan seterusnya.
Anak sulung arwah yang belajar di UiTM di Melaka sempat tiba di hospital pagi tadi. Anak arwah yang belajar di MRSM di Perlis sedang menduduki SPM tahun ini pula mempunyai ujian bertutur yang diawalkan pada pagi tadi. Disebabkan itu, dia agak lewat tiba, namun masih berkesempatan untuk melihat arwah buat kali terakhir.
Petang..
Sedikit lewat urusan pengebumian kerna bagi memberi laluan kepada anak arwah balik dari Perlis. Alhamdulillah, semua urusan berkaitan dipermudahkanNYA. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan keluarga yang ditinggalkan diberikan kekuatan.
— Satu Hari Yang Tidak Dijangka —
Kita merancang untuk hari esok, sedangkan belum tentu kita sempat melaluinya. Hargailah setiap pertemuan kerana perpisahan kadangkala hadir tanpa sebarang petanda.
Esok..
Aku perlu berurusan dengan Bahagian HR bagi menyelesaikan beberapa urusan berkaitan. Insya-Allah, dalam masa terdekat kami juga akan menguruskan barang-barang peribadi arwah untuk diserahkan kepada isteri arwah.
#RemajaPurba: Al-Fatihah..
Salam takziah buat ahli keluarga dan rakan² arwah.
ReplyDeleteBerat ujian khususnya kpd anakanda yg sedang menghadapi SPM. Semoga mereka sekeluarga diberi kekuatan dan kesabaran.
Innalillahh.. sekelip mata pergi nya kan. kesian kat anak2 yg ditinggalkan. semoga family nya tabah dan redha atas pemergiannya.
ReplyDeleteAiza, akak ada tertengok N3 lama akak then akak shared TG Mr Rameez n u ada texted kat blog dia. dia ada contact you? and u dah pernah ke Kashmir ye.
ReplyDeleteAlfatihah,.. semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.. salam takziah
ReplyDeleteAl-fatihah untuk arwah.
ReplyDeleteTurut berduka
ReplyDeleteAllahummaghfir lahu warhamhu wa 'afihi wa'fu 'anhu (Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, sejahterakanlah dia dan maafkanlah dia
ReplyDeleteinnalillahiwainnailaihirojiunnn..
ReplyDeletesemoga anak yang akan menduduki SPM diberi kekuatan begitu juga dengan isteri dan anak yg lain
Innalillahiwainnahirojiun...
ReplyDelete