Saturday, November 28, 2026

Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 2026


Walau dah beberapa minggu berlalu tapi aku nak update di sini sebab ada sesuatu yang menarik perhatian.

14 November 2026 | Sabtu [4 Jamadilakhir 1448H] 

Hari ini berlangsungnya hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16. Tumpuan pastinya terarah kepada keputusan pilihan raya yang bakal menentukan wakil rakyat bagi 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

Maklumat penting PRN Melaka 2026:
  • Tarikh mengundi: 14 November 2026 | Sabtu – pusat pengundian beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang.
  • Pusat mengundi: Sebanyak 240 pusat mengundi disediakan dengan 1,213 saluran mengundi di seluruh negeri.
  • Jumlah pengundi: Seramai 687,697 pemilih berdaftar layak menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi, termasuk pengundi awal.
  • Jumlah calon bertanding: Seramai 79 calon bersaing bagi merebut 28 kerusi DUN Melaka.


Antara calon yang menarik perhatian aku ialah YB Mohd Noor Helmy, yang bertanding di kawasan Duyong, Melaka. Beliau dilihat sebagai seorang YB yang dekat dengan rakyat, mengambil berat tentang kawasan yang diwakilinya serta memanfaatkan media sosial dengan baik untuk berkomunikasi dan berkongsi perkembangan bersama masyarakat setempat.

Bukan mudah untuk mencari YB yang benar-benar menjalankan tugas dan tanggungjawab hakiki mereka. Pemimpin yang berkhidmat dengan amanah seolah-olah semakin sukar ditemui.


Video menarik sebelum PRN Melaka 2026
dari [SINI]
YB yang dekat di hati penduduk DUN Duyong.

Komen berdasarkan video:
'Cuma nak tegur sedikit. Masa YB mendarat, jalan tersebut sampai pecah. Kemudian YB baiki semula. Kalau boleh, lain kali mendaratlah dengan lebih cermat, YB. Tak perlulah sampai rosakkan jalan dan kemudian terpaksa keluarkan duit lagi untuk membaikinya. Sayang duit rakyat'.

'Jangan mengundi kerana parti, undilah kerana bakti. Apa yang kita mahukan ialah pemimpin yang menjaga kebajikan rakyat, bukannya rakyat yang terpaksa menjaga kepentingan pemimpin'.

Dalam PRN Melaka kali ini, YB Mohd Noor Helmy berjaya mencatat kemenangan besar di DUN Duyong. Tahniah atas kemenangan yang diraih. Semoga kepercayaan yang diberikan oleh rakyat terus dibalas dengan khidmat bakti yang ikhlas serta tanggungjawab yang sentiasa digalas dengan penuh amanah.


— PRN 2026 —

Kemenangan mungkin diperoleh melalui undi tetapi kepercayaan rakyat hanya dapat dikekalkan melalui amanah dan khidmat bakti.


Setiap kali Pilihan Raya Negeri (PRN) atau Pilihan Raya Umum (PRU), pilihlah mereka yang benar-benar memahami erti amanah. Bukan sekadar memegang jawatan tapi menggalas tanggungjawab yang datang bersamanya – kerana amanah itu bukan sesuatu yang mudah untuk dipikul, apatah lagi untuk dipertanggungjawabkan.

#RemajaPurba: ..

No comments:

Post a Comment

AdSense

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...