Followers Remaja Purba

Saturday, February 28, 2026

KHAIRUL AMING MASAK, DIA YANG MAKAN

 
Ramadan kali ini, selain Khairul Aming menjadi perhatian ramai, ada juga seorang student 'budak emas cikgu' yang tiba-tiba jadi sebutan dalam kalangan pelajar lain.

Ketika student lain berusaha menyiapkan assignment setiap kali kelas KA bermula, dia pula selamba menayang dengan bangganya dia makan apa yang KA masak. Sengaja nak uji tahap kesabaran student yang lain.

Anieq Rosdi | Mekyah di [SINI]


video pertama di [SINI]

Bertabahlah student KA bila melihat seorang student yang terlampau - KA masak dia tukang makan.

Aku..?
Lepas tengok resipi KA, pasti aku akan tengok video dari dia ni jugak.. geram je aku tengok [dalam nada cemburu].

#RemajaPurba: ..

KHAIRUL AMING - [Resipi] 08 Ramadan 1447H



26 Februari 2026 - Khamis [08 Ramadan 1447H]

Assignment kali ini, KA tukar silibus ke Indian food. Jadi.. student dah boleh bersedia dari segi mental jika KA nak sambung pula dengan Chinese cuisine.


Mari kita tengok apa resipi pada hari ke-8 bagi bulan puasa 2026.

Resipi untuk 08 Ramadan 1447H


Resipi: Vadai

di [SINI]


Macm biasa.. dia haruslah ada..

Anieq Rosdi | Mekyah

di [SINI]



#RemajaPurba: ..

KHAIRUL AMING - [Resipi] 07 Ramadan 1447H


25 Februari 2026 - Rabu [07 Ramadan 1447H]

Selepas dua hari KA memberi kelonggaran kepada studentnya dalam menyiapkan assignment yang tertunggak. Kali ini, tak cakap banyak  terus dibagi empat resipi untuk tugasan kali ini.

Student KA kena fokus lebih sikit kali ni. Peniaga dan supermarket pun sama — standby awal-awal supaya tak kalut. Bila kelas KA bermula, semua benda boleh licin sekelip mata. Supplier pun mungkin tak menang tangan.


Mari kita tengok apa resipi pada hari ke-7 bagi bulan puasa 2026.

Resipi untuk 07 Ramadan 1447H


Resipi pertama: Lala Tumis Serai

di [SINI]

Ada student persoal kenapa silibus kali ini penuh dengan ayam je? Disebabkan itu, lala menjadi pilihan KA kali ini. Bagus juga idea tu — sekurang-kurang peniaga yang jual lala tak menang tangan melayan kerenah student KA.. win-win situation.

Bila KA dah siap memasak, giliran dia ni pula takeover.


Anieq Rosdi | Mekyah

di [SINI]


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Resipi seterusnya..

Resipi kedua: Doughnut Balls

di [SINI]


Dia hadir lagi..
Anieq Rosdi | Mekyah

di [SINI]

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Tak cukup hanya dengan lala?

Resipi ketiga: Tenggiri Masak Cuka

di [SINI]

Jika tiada tenggiri, boleh guna ikan yang student suka. Kadang-kadang kita boleh aje derhaka pada resipi KA.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Tugasan terakhir yang diberikan oleh KA paling simple — dua bahan sahaja iaitu aiskrim dan roti.


Resipi keempat: Aiskrim Goreng Pro Max 

di [SINI]


Geram pulak tengok dia ni..

Anieq Rosdi | Mekyah

di [SINI]


#RemajaPurba: ..

Friday, February 27, 2026

KHAIRUL AMING - [Resipi] 06 Ramadan 1447H


24 Februari 2026 - Selasa [06 Ramadan 1447H]

Masih lagi dengan satu resipi dari KA..


Mari kita tengok apa resipi pada hari ke-6 bagi bulan puasa 2026.

Resipi untuk 06 Ramadan 1447H

Honey BBQ Chicken Tenders

di [SINI]

Pesan KA.. kalau nak beli sos BBQ, ada dekat sebelah sos plum


Resipi ni memang menarik tapi moment Anieq Rosdi upload video makan tu yang paling aku tunggu. Student KA terpaksa berhempas-pulas siapkan assignment, dia elok duduk tenang makan tanpa perlu bersusah-payah. Begitulah antara kerenah student dalam kelas KA

Anieq Rosdi | Mekyah

di [SINI]

Aku rasa punchline dia  yang masak berpeluh.. yang makan berselera.


#RemajaPurba: ..

KHAIRUL AMING - [Resipi] 05 Ramadan 1447H


23 Februari 2026 - Isnin [05 Ramadan 1447H]

Hari ni KA perlahankan rentak  cuma satu resipi je, memandangkan ada student KA mengeluh sampai nak drop subject ni.


Mari kita tengok apa resipi pada hari kelima bagi bulan puasa 2026.

Resipi untuk 05 Ramadan 1447H

Ayam Goreng Crispy Cicah Sos Thai

di [SINI]


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

TAPI..
Dia ni paling mendonia. Ramai student geram tengok dia ni.

Anieq Rosdi | Mekyah

di [SINI]


#RemajaPurba: ..

Thursday, February 26, 2026

KEMBALI KEPADA PENCIPTA إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

 
25 Februari 2026 - Rabu [07 Ramadan 1447H]

Sebelum ini, sudah beberapa kali taman perumahan kami menerima khabar duka. Ada yang pergi kerana sakit jantung. Ada yang kelihatan sihat sahaja, tiba-tiba dapat berita meninggal malamnya. Ada juga yang kembali kepada-Nya kerana sakit tua.

Namun.. ketika semua orang sedang sibuk menyediakan juadah berbuka puasa, sekali lagi kami diuji dengan berita kematian — kali ini jiran yang tinggal di hadapan rumah kami.

Tiba-tiba dak Nuha bersuara,
'Ibu… suami cikLong meninggal'.
'Hah! Siapa?'. Aku yang tengah melawan rasa penat terus bertanya semula.
'Alah… suami cikLong depan rumah kita..'
'Eh! Mana Nuha tahu ni?' Aku terkejut mendengarnya. Dalam group taman langsung tiada sebarang makluman.

Bila aku menjenguk ke luar, barulah jelas — nampak ramai jiran sedang sibuk di dalam dan hadapan rumah arwah. Aku segera menghubungi en. Hubby yang ketika itu masih di tempat kerja memaklumkan apa yang berlaku. Beliau sendiri terkejut dengan berita yang aku sampaikan.

Aku melangkah ke rumah arwah. Di ruang tamu, anak-anak buah dan jiran lelaki sedang mengemas dan menyusun tempat untuk meletakkan jenazah. Suasananya sayu, ditambah lagi bila melihat arwah diletakkan di ruang tamu. Sempat juga aku bertemu anak tunggal arwah sebelum kami balik untuk berbuka.

Malamnya, en. Hubby menyertai geng lelaki membeli bahan mentah untuk menyediakan juadah sahur. Alhamdulillah, sekali lagi rumah kami menjadi tempat menyediakan hidangan — untuk sahur. Manakala petang hari ini [08 Ramadan] untuk juadah berbuka dan tahlil akan diuruskan di masjid.


إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

Ya Allah, Ya Tuhanku, ampunilah arwah, rahmatilah arwah, maafkanlah arwah, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang  yang beriman.

Semoga kakLong dan keluarga kuat dan tabah hadapi ujianNYA.

Sebelum ini, adik beliau telah kehilangan suami tercinta, kisah di [SINI]


Di bulan Ramadan ini, kami belajar satu lagi makna kehidupan — bahawa setiap detik bersama adalah nikmat yang tak ternilai. Hari ini membantu menguruskan pemergian orang lain, esok lusa belum tentu giliran siapa. Allah susun semuanya dengan hikmah. Dalam duka, Dia satukan hati-hati kami untuk saling membantu. Moga kami yang masih bernafas ini terus diberi kesempatan memperbaiki diri.

#RemajaPurba: Inilah pertama kali kami berhadapan dengan kematian ketika bulan Ramadan.

Monday, February 23, 2026

MENGHANTAR DAK ADIK KE SELATAN


22 Februari 2026 - Ahad [04 Ramadan 1447H]

Malam..
Selepas berbuka puasa, lebih kurang pukul 9:30 malamkami memulakan perjalanan ke selatan menghantar dari Adik pulang.

Memandangkan keesokan harinya sudah bermula sesi persekolahan, kami tinggalkan dak Kakak menemani dak Nuha di rumah. Lagipun kami hanya hantar dak Adik sebelum terus bergerak pulang, sampai di rumah hampir pukul 2:30 pagi.

Aku sebagai co driver tidur sepanjang perjalanan balik dan sempat singgah di pekan berhampiran rumah untuk tapau sahur. Aku sememangnya sudah mohon cuti lebih awal. Tak sanggup rasanya memaksa diri bekerja dalam keadaan kurang tidur. Aku perlukan rehat dan tangki emosi sendiri juga mesti dijaga.

Alhamdulillah,
Selesai sudah urusan Adik. Moga dia terus kuat di Selatan, fokus pada pelajaran dan dipermudahkan segala urusan tanpa gangguan.


23 Februari 2026 - Isnin [05 Ramadan 1447H]

Pagi..
'Ibu kenapa tak kejut Nuha sahur tadi?'

Aku ingat dia tak nak bangun dah selepas makan pukul tiga pagi tadi. Rupanya aku tersalah dengar, aku cuma kejutkan dak Kakak tapi tidak dia. Maafkanlah ibu ye.

Hari ni.. dak Nuha akan kembali ke sekolah selepas cuti seminggu sempena Tahun Baru Cina. Moga dak Nuha kekal kuat dan bertenaga di sekolah memandangkan hari ini hari pertama persekolahan dalam bulan Ramadan.

Hari ini pula, aku cuma berehat di rumah — recharge tenaga agar momentum kerja lebih teratur.


#RemajaPurba: ..

KHAIRUL AMING - [Resipi] 04 Ramadan 1447H


22 Februari 2026 - Ahad [04 Ramadan 1447H]

Tahun ni nampaknya Khairul Aming makin maju langkahnya. Belum sempat dia pening kepala tengok hasil student masak, terus dilambakkan assignment lain pula. Siapa rajin, silakan buat. Mana yang rasa tak mampu nak kejar, terpulanglah — nak drop subject awal-awal pun tak jadi masalah. 


Mari kita tengok apa resipi pada hari keempat bagi bulan puasa 2026.

Resipi untuk 04 Ramadan 1447H


Tugasan berkumpulan pertama dari KA untuk studentnya. 
Nasi Kukus Ayam Berempah

di [SINI]


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


KA kata resipi yang ini tersangatlah mudah — sampai #KetuaDarjah2026 Aznil Nawawi pun confirm tak sempat nak membebel. 


S'mores Dips

di [SINI]


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Sambal Tempe

di [SINI]



Jika Ramadan tahun lepas KA tertekan, nampak gayanya tahun ni student KA pula yang tertekan. Kifarah pada student sebab buat KA tertekan.. 'what u give u get back'.


#RemajaPurba: ..

Saturday, February 21, 2026

KHAIRUL AMING - [Resipi] 03 Ramadan 1447H


21 Februari 2026 - Sabtu [03 Syaaban 1447H]

Hari ini, Khairul Aming (KA) bawa satu silibus International Studies masuk ke dalam kelas. Dari ayam tempatan terus lompat ke Ayam Peri-Peri. Ready untuk next level..?


Mari kita tengok apa resipi pada hari ketiga bagi bulan puasa 2026.

Resipi untuk 03 Ramadan 1447H

Ayam Peri-peri

di [SINI]

Ayam Peri-peri


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Menu ini mudah aje. Ibarat markah bonus untuk tambah markah assignment pada semester Ramadan ini. Minum sejuk-sejuk memang lega tekak.

Pisang Sagu Gula Melaka

di [SINI]


Terima kasih KA sebab tak 'menekan-nekan' student hari ni. Resipi hari ni pun memang level pra-sekolah je. Kalau tak jadi juga, tak tahulah nak cakap apa lagi.

KA 30 minit boleh keluar 30 resipi. Aznil Nawawi (Pak Nil) pula satu resipi boleh jadi tiga video. Itu pun belum tentu menjadi sebab selalu 'derhaka' di dapur. KA fokus pada hasil. Pak Nil fokus pada konten.


Bahan lengkap?
Step ikut KA?

kalau tak.. ulang sampai jadi sedap, 


#RemajaPurba: sumber gambar dari [SINI]

KHAIRUL AMING - [Resipi] 02 Ramadan 1447H


20 Februari 2026 - Jumaat [02 Ramadan 1447H]

Hari pertama sahaja sudah ada lima resipi, belum campur lima resipi air. Memang padu betul permulaan kelas kali ini.

Nak tanya..?
Ada yang sempat kejar semua resipi tu? Kalau berjaya ikut sampai habis, memang antara top studentlah dalam kelas KA. Moga student KA kekal momentum sampai ke penghujung 'semester' Ramadan. Kita sasarkan lulus dengan cemerlang — tak mahu ada yang repeat paper tahun depan.


Mari kita tengok apa resipi pada hari kedua bagi bulan puasa 2026.

Resipi untuk 02 Ramadan 1447H

Cantonese Yee Mee

dari [SINI]

Cantonese Yee Mee

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Kuah Buttermilk dan Mantao

dari [SINI]

Kuah Buttermilk dan Mantao

{Antara komen yang ada}
Buat mereka yang nak cuba resepi ini tetapi roti mantao sold out, boleh dapatkan di sini


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Peach Cobbler

dari [SINI]

{yang bawah ni resepi salam seorang student KA}
Ratio 1:1:1 (self raising flour:gula:susu)
Melt butter dalam tray, letak ratio 1:1:1, on top letak peach


Peach Cobbler


Buatmu pasar raya di Malaysia:

Mohon sentiasa peka dan bersedia dengan stok bahan-bahan yang dikongsikan oleh Khairul Aming dalam 30 resipi Ramadan beliau.

Kami datang dengan misi, dengan senarai di tangan dan semangat berkobar-kobar. Jangan biarkan kami keluar dengan perasaan kecewa  kerana rak sudah kosong dan stok habis.


Mana yang berjaya, Alhamdulillah — tahniah dan teruskan momentum.
Mana yang kurang menjadi tu.. simpan dulu gambar dalam galeri. Tak perlu terus post dalam socmed, nanti terpaksa berdepan sesi 'post-mortem' netizen. Maklumlah, tahun ini tahun penting buat mereka yang repeat paper. Emosi kena jaga, mental kena kuat. 


Sementara mereka sibuk membeli segala bahan yang diperlukan, aku santai membaca komen-komen dari student KA. Antara drama student kelas KA — semangat ada, panik pun ada, risau apatah lagi.
  • 'Sir.. tak terkejar saya budak kelas belakang ni. Baru nak sediakan bahan, Sir dah masuk topik lain. Tadi cari sos plum pun tak jump.. assignment dah bertimbun ni'.
  • 'Ini memang khas untuk budak-budak kelas lompat masuk kelas Khairul Aming rasanya. Laju sangat silibus kali ini'.
  • 'KA macam nak balas dendam dengan student tahun lepas yang derhaka resipi tu?'.
  • 'Baru hari pertama dah rasa gagal. Banyak betul kena study. Ini baru hari pertama, dah terfikir.. kena repeat semester macam ni. Kenapa tekan-tekan sangat ni..?'

#RemajaPurba: Semua resipi bergambar dari [SINI]

Friday, February 20, 2026

KHAIRUL AMING - [Resipi] 01 Ramadan 1447H

 
19 Februari 2026 - Khamis [01 Ramadan 1447H]

Kali pertama aku cuba mengikuti resipi daripada Khairul Aming (KA), pejam celik rupanya sudah masuk tahun ke-9. Tak sangka perjalanan belajar memasak dengan 'silibus' KA ni dah sejauh itu.

Tahun lepas, antara tahun paling mencabar. Ramai yang 'gagal' kerana tidak berjaya mengikut silibus yang diajar, sampai KA sendiri pening kepala melayan kerenah para 'student'nya. Ada yang hangit, ada yang terlebih bahan, ada juga yang tersalah teknik — memang macam-macam ragam yang mencuit hati.

Namun itulah seronoknya proses belajar. Walau ada yang tersasar, pengalaman itulah yang buat kita lebih faham dan lebih mahir untuk percubaan seterusnya. Serius tahun lepas memang happening. Macam mana pulak tahun ni..?


'What’s up, guys?'.
'Sesi pembelajaran akan bermula. Moga dapur students tak terbakar tahun ni'
dari [SINI

Mari kita tengok apa resipi pada hari pertama bagi bulan puasa 2026.

Resipi untuk 01 Ramadan 1447H

Ayam Sos Plum

dari [SINI]

Ayam Sos Plum

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Sardin Tumis Bersantan dan Nasi Goreng Cili Kering

dari [SINI]

Sardin Tumis Bersantan

Nasi Goreng Cili Kering

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Puding Karamel

dari [SINI]

Kali ini KA buat R&D semula resipi puding caramel ini sebab tahun lepas ramai yang gagal.

Puding Karamel

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


LIMA Menu Air Berbuka:
Longan Kurma Merah, Watermelon Jasmine, Soda Herbs Kasturi, Infused Water dan Es Jeruk

dari [SINI]

LIMA Menu Air Berbuka:
Longan Kurma Merah, Watermelon Jasmine, Soda Herbs Kasturi, Infused Water dan Es Jeruk

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Ayam Pop

dari [SINI]

Ayam Pop


Bila baca komen-komen dari student KA, sumpah kelakar. Aku tak rasa ramai yang graduate tahun ni, itu belum lagi kena repeat paper, termasuklah #KetuaDarjah2026 - Pak Nil di [SINI].. 'Macam mana nak buat 30 resepi ni? Satu pun dah ahzab!'  punya laju silibus KA tahun ni.


#RemajaPurba: Semua resipi bergambar dari [SINI]

Thursday, February 19, 2026

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN 1447H


19 Februari 2026 - Khamis [01 Ramadan 1447H]

Ramadan tiba..
Kali ini semua ada — dak Kakak, dak Adik dan dak Nuha. Berbunga-bunga rasa hati.


- Pengumuman Permulaan Puasa 1447H -



Aku..?
Sahur pagi tadi, dak Kakak yang membantu di dapur. Menu ringkas aje, sekadar mengalas perut sebelum memulakan hari. Sepanjang bulan puasa ini, aku perlu keluar rumah lebih awal supaya tidak terperangkap dalam kesesakan jalan raya.

Seperti biasa, kebenaran pulang 30 minit lebih awal daripada waktu bekerja sepanjang Ramadan. Jalan yang sesak itu sudah biasa. Redah aje — asalkan selamat sampai ke rumah, itu yang paling utama.


Semoga Ramadan ini terus memelihara langkah kami  dalam sabar, dalam syukur dan dalam kebersamaan yang sederhana tapi penuh makna.


Selamat Menyambut bulan Ramadan.
Semoga bulan penuh rahmat ini menghadiahkan kita ketenangan jiwa, pahala yang berlipat ganda dan kesempatan untuk memperbanyakkan ibadah bersama keluarga.. Amin Ya Rabb.

#RemajaPurba: ..


Wednesday, February 18, 2026

BANJIR KETIKA TAHUN BARU CINA


17 Februari 2026 - Selasa [29 Syaaban 1447H]

Hujan..
Malam Isnin hujan turun sangat lebat — cukup merisaukan jika berlarutan sehingga pagi. Alhamdulillah.. hujan berhenti seketika malam tu. Awal pagi hujan kembali turun dan berterusan hingga ke pagi. Walaupun dah tak selebat sebelumnya tapi bila berterusan, beberapa kawasan mula dinaiki air bila parit penuh dan melimpah keluar.

Kejadian kali pertama di [SINI]..

Jika air mula melimpah keluar, bersedialah kami semua menghadapi kemungkinan.

Dating berdua pun dalam kereta..


Aku..?
Satu je yang bermain di fikiran, jika air dari kawasan kebun kelapa sawit di sebelah taman aku ni melimpah masuk ke kawasan perumahan, aku kena bersedia apa yang patut, sebab pengalaman sebelum ini, ada rumah yang dinaiki air. Aku bersyukur hari ini cuti umum, sekurang-kurangnya tidak perlu berdepan jalan yang dinaiki air.

Tak cukup dengan banjir, sekitar pukul satu petang bekalan elektrik pula terputus hampir tiga jam. Mujur cuaca masih mendung, jadi bahang panas tidak begitu terasa. Makan tengah hari pun kami duduk depan pintu rumah takut tercekik tulang.


Dalam masa yang sama, dak Nuha pula nampaknya semakin baik berbanding Ahad lepas. Dua malam aku temankan dia tidur lagaknya macam menjaga baby, risau kalau dia merengek tak selesa waktu tidur. Sudahnya, aku yang tak lena. Dia elok je tidur, lasak pulak tu. Aku syak dia demam mungkin sebab gigi geraham bongsu yang nak tumbuh. Dia pelik, kenapa kena sampai demam pulak? Aku cuma senyum dan jawab, 'Lain orang lain antibodi dia'.


Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2026 buat semua yang meraikannya. Semoga tahun ini membawa kebahagiaan, kesihatan yang baik dan limpahan rezeki kepada anda sekeluarga.

#RemajaPurba: ..

Tuesday, February 17, 2026

SEAblings vs Knetz


Apabila ego dan keyboard bertemu, hasilnya memang meletup. Di zaman semuanya boleh viral dalam sekelip mata, yang paling laju bukanlah fakta — tapi ego yang akhirnya memakan diri sendiri.


Bila kita berada di tempat orang, hormati adab dan budaya serta peraturan tempat tersebut. Jangan ikut kepala sendiri yang mana akhirnya memakan diri sendiri. Seperti yang berlalu di dalam konsert kumpulan pop-rock, DAY6 dari Korea Selatan yang telah membuat persembahan di Axiata Arena, Kuala Lumpur pada 31 Januari 2026 yang lepas — adab tetap perlu dijaga.

Ketika konsert tersebut berlangsung, timbul rasa tidak puas hati dalam kalangan penonton tempatan apabila ada peminat dari SK yang menggunakan kamera profesional bersaiz besar sehingga menghalang pandangan. Walhal, peraturan penganjur sudah jelas melarang demi keselamatan dan hak cipta. Bila kena tegur dengan security Malaysia sebab ganggu pemandangan, Dorang tak puas hati dan mula play victim kononnya dilayan kasar macam penjenayah, walhal dorang yang langgar peraturan.

Maka tercetuslah 'perang siber' antara netizen Malaysia dan SK sehingga istilah SEAblings dan Knetz mula trending sejak itu. Keadaan menjadi semakin tegang apabila beberapa komen yang didakwa berbaur perkauman dilemparkan terhadap netizen Asia Tenggara. Rentetan daripada itu, netizen dari Malaysia, Indonesia, Filipina, Vietnam dan Thailand dilihat bersatu mempertahankan diri, malah menggunakan label SEAblings sebagai simbol solidariti serantau.

Isu yang bermula di konsert DAY6 akhirnya melangkaui pentas hiburan — bertukar menjadi perdebatan identiti dan maruah di ruang maya. Netizen Malaysia memang terkenal dengan serangan berfakta bercampur sarkasme, IsRaHell pun KOYAK, inikan pulak dengan SK, ditambah pula bila bergabung dengan Indonesia, Filipina, Vietnam dan Thailand memang next level. Habis rentunglah dibuatnya.

Sekarang, banyak akaun K-Netz yang memulakan provokasi itu telah memadam akaun atau menukar mod kepada private kerana tidak tahan diserang bertubi-tubi dalam pelbagai bahasa (Melayu, Inggeris, Tagalog, Thai).


Bayangkan kalau troll dari China bekerja 24 jam sehari, 7 hari seminggu tanpa henti. Tambah lagi teruk kalau mereka kaki doxxing dan hacking. Kalau mereka all out, memang setiap akaun SK yang terlibat boleh 'londeh' habis-habisan. Malaysian masih lagi boleh dikira baik dan jaga air muka orang. Ini Mainland.. kalau dah mula menaip, memang takda censor. Takde nak jaga air muka orang, takde istilah budi bicara. Kalau troll cyber China dah keluar, SEAblings dah boleh pas baton.


Biar tajam, jangan jadi kejam.
Biar sinis, jangan hilang prinsip.

Kerana akhirnya..
Maruah dipertahankan bukan dengan jerita paling kuat tapi dengan pendirian paling kukuh.


Sekarang adalah masa untuk Malaysia dan SEAblings duduk diam dan tak layan semua hujah dari Knetz. Biarlah mereka bergaduh sorang-sorang, making fools of themselves. Kita dah boleh move on dah. Kita pun dah nak sambut Ramadan. Bagi Aku.. SK secara rasmi sudah kalah. Mereka dah takde bahan untuk berdebat, hanya tinggal topik-topik yang jauh tersasar dari isu asal.



RESPECT IS LOUDER THAN INSULTS


Bukan mahu berlagak kuat, cuma jangan silap tafsir kesabaran sebagai kelemahan. Bila hormat itu dipijak-pijak, responsnya tentu bukan lagi berbentuk senyuman manis.


#RemajaPurba: - sumber gambar dari en. Google -

Monday, February 16, 2026

BUBUR LAMBUK SEMPENA MENYAMBUT RAMADAN


14 Februari 2026 - Sabtu [26 Syaaban 1447H]

Tambahan cuti perayaan sempena sambutan Tahun Baru Cina yang diperuntukkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) di [SINI] telah dimaklumkan oleh pihak SMK dak Nuha.

 
Pagi..
Memulakan perjalanan untuk mengambil dak Kakak pulang. Kali pertama berhadapan dengan kesesakan jalan raya berkilometer panjangnya. Dalam keadaan kepala berdenyut dek migrain dan badan yang belum benar-benar pulih seperti di [SINI] — perjalanan terasa lebih menguji kesabaran. 

Sepanjang perjalanan, aku cuba melelapkan mata.

Selesai urusan mengambil dak Kakak, kami terus bergerak pulang. Tidak mahu terperangkap dalam kesesakan jalan raya yang memenatkan. Alhamdulillah.. yang sulung telah selamat di sisi. Esok, giliran  yang nombor dua pula pulang.

Malam..
Berehat di rumah, menyimpan tenaga untuk hari esoknya. Alhamdulillah.. migrain yang tadi mencengkam, perlahan-lahan beransur pergi dalam diam.



15 Februari 2026 - Ahad [27 Syaaban 1447H]

Pagi..
Gotong-royong memasak bubur lambuk sempena menyambut Ramadan dijalankan, bertujuan untuk diagihkan kepada warga taman dan jemaah di masjid. Aku hanya membantu mengikut kemampuan kerana badan masih terasa sakit.

Aktiviti ini dibuat di rumah kami, mudah kerana semua kelengkapan memasak sudah tersedia — tak perlu bersusah-payah mengangkat ke tempat lain.

Bubur Lambuk


Sementara mereka sibuk dengan kerja masing-masing, dak Kakak menemani aku pergi menjemput dak Adik di hentian bas. dak Adik hanya dapat cuti seminggu sempena sambutan CNY, tak apalah.. asalkan semua ada di sisi aku.

Setibanya kami di rumah, bubur hampir siap dibungkus dan semua orang sudah mula menikmati hidangan tengah hari yang dimasak bersama sebelumnya. Jadi.. tiada gambar menarik untuk dikongsi tapi suasana tetap meriah walaupun tak sempat merakam detik itu.



Siap untuk diagihkan.


Petang..
Membawa dak Nuha ke klinik untuk mendapatkan rawatan, sebab dia dah mula demam dengan suhu badan agak tinggi. Dia mengadu sakit tekak sejak dua hari lalu dan bila batuk membuatnya rasa tidak selesa.

Malam..
Berehat di rumah kerana dak Nuha tak larat nak berjalan. Selepas makan ubat, dia tidur sebelah aku — senang nak pantau jika suhu badan dia meningkat semula. Syukur juga dia tak merengek, kalau tak.. mahu aku tak tidur sepanjang malam melayan ragam dia.

#RemajaPurba: ..

Sunday, February 15, 2026

OBJEKTIF PENGANJURAN COOL DAY


13 Februari 2026 - Jumaat [25 Syaaban 1447H]

Di dalam entry aku di [SINI], aku ada menyebut tentang 'COOL DAY'.

Dalam kesibukan menyiapkan tugasan dan mengejar tarikh akhir, ada waktunya kita perlukan sesuatu yang segarsupaya dapat mengimbangi tekanan yang datang tanpa henti. Di tempat kerja aku, program 'COOL DAY' ini akan diadakan sebanyak empat kali setahun.

Penganjurannya bukan sekadar suka-suka tetapi dirancang berdasarkan objektif yang jelas dan tersusun. Ini bukan bermakna kerja semakin berkurang tapi pada hari itu, kami dibenarkan bekerja dengan lebih tenang — tanpa tekanan tambahan yang kadang-kadang tercipta daripada sistem itu sendiri.


OBJEKTIF PENGANJURAN COOL DAY:

PENGANJURAN COOL DAY ADALAH BERTUJUAN UNTUK;
  • Memberi peluang kepada warga kerja melaksanakan aktivit-aktiviti yang tidak dapat dijalankan berikutan jadual rasmi yang padat, khususnya yang melibatkan mesyuarat.
  • Mengeratkan hubungan antara pihak Pengurusan dan kakitangan melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang sepanjang program berlangsung.
  • Memberi ruang dan masa kepada kakitangan untuk menyelesaikan tugasan atau kerja-kerja sendiri yang dapat meningkatkan produktiviti individu.
  • Memberi peluang kepada kelab berkaitan termasuk Kelab Sukan untuk menggunakan hari tersebut bagi melaksanakan aktiviti yang melibatkan warga kerja.


ETIKA BERPAKAIAN:
  • Smart Casual.
  • Semua kakitangan dibenarkan memakai t-shirt rasmi organisasi bersama seluar yang bersesuaian.
  • Pemakaian jeans, legging, jogger pants dan pakaian yang tidak menepati garis panduan adalah tidak dibenarkan bagi memastikan keseimbangan antara keselesaan dan kesesuaian sepanjang aktiviti dijalankan.


#RemajaPurba: Cool Day ini mungkin kecil pada nama tapi besar pada maknanya

Saturday, February 14, 2026

PERLAWANAN PING PONG - AKU TARIK DIRI


13 Februari 2026 - Jumaat [25 Syaaban 1447H]

Hari ini telah dipilih oleh pihak pengurusan tertinggi sebagai 'COOL DAY'. Update di [SINI]


KISAH SEBELUM:
Beberapa minggu lepas, aku telah memberi nama untuk menyertai perlawanan ping pong di tempat kerja — itu pun selepas dipaksa oleh salah seorang kawan yang sudah lama teringin nak bermain semula. Namun di saat-saat akhir aku menarik dari, bukan kerana tak mahu atau tak mampu tapi aku tak suka kalau team aku kalah disebabkan aku. 


Dalam masa yang sama, team aku merancang untuk makan-makan secara potluck sempena nak menyambut Ramadan minggu depan. Sehari sebelum, salah seorang anak buah aku membawa dua ekor ikan dan meminta en. Hubby tolong masakkan untuk dikongsi bersama tapi aku boleh terlupa nak bawa balik. Aku hanya teringat ketika sedang menempuh kesesakan jalan raya dalam perjalanan balik kerja. Ralat rasanya + rasa bersalah sangat-sangat. En. Hubby hanya menyediakan kari daging tetel, sepatutnya ikan masak tiga rasa tapi ikannya tertinggal dalam peti sejuk.


HARI KEJADIAN:

PAGI..
Ketika anak-anak buah aku memotong buah dan menyusun segala juadah untuk makan tengahari, aku pula segera menyiapkan beberapa tempahan untuk diserahkan kepada bahagian kewangan untuk diproses. Selesai urusan berkenaan, barulah aku bercadang untuk turut sama membatu mereka TAPI.. aku tidak terus kembali ke tempat aku sebaliknya, pantas pula kaki aku melangkah untuk melihat mereka yang sedang bertanding dalam perlawanan ping pong.

Di satu sudut, ada beberapa orang sedang bermain santai. Aku meminta kebenaran untuk bermain sekejap, sekadar melepaskan gian. Bukan untuk membuktikan apa-apa — cuma untuk merasa kembali sesuatu yang sebelum ini aku sendiri lepaskan.


Ada yang bertanya kenapa aku menarik diri dari perlawanan ping pong itu. Aku hanya tersenyum tanpa memberikan jawapan yang sebenar. Walau jauh disudut hari teringin juga untuk bermain tapi aku memilih untuk tidak mengambil risiko, risaukan diri yang tak secergas dulu. Bertahun tak memegang bet ping pong, tanpa latihan konsisten — tiba-tiba nak main? Bukankah itu menzalimi diri sendiri?

Yang baru pertama kali melihat aku bermain nampak sedikit terkejut, tak sangka yang aku boleh bermain. Dalam hati aku.. 'Ini Mak Budaklah.. dulu pernah masuk perlawanan ping pong waktu mengandung enam bulan, anak sulung pula tu hingga jadi perdebatan pihak atasan tak bagi aku main'. Degil sangat aku masa tu tapi syukur Alhamdulillah.. dak Kakak pun dah besar sekarang tapi selepas habis perlawanan waktu tu, satu badan aku sakit.. Adan uke..

Sejak bertukar tempat kerja, aku dah tak berpeluang untuk bermain kerana tiada kesempatan. Bermain selepas waktu bekerja bukan lagi pilihan utama. Aku tak sanggup mengambil risiko memandu dalam keadaan penat, rumah pulak jauh. Itu belum lagi cerita tentang berhadapan dengan kesesakan jalan raya. Jadi, antara minat dan keselamatan diri, aku kena kekal waras, jangan ikut sangat kata hati.


PERCAYA ATAU TIDAK?
Ketika mereka sedang sibuk bertanding dalam perlawanan di ruang hadapan, aku pula rancak bermain di bahagian belakang, dengan berpakaian baju kurung pula tu. Dari hanya bermain beberapa pukulan hingga berlarutan hampir dua jam tanpa henti. Aku paksa team teknikal untuk terus bermain melayan aku, sampai satu tahap mereka angkat tangan tanda menyerah. 

'Akak tak letih ke..?' mereka bertanya.
'Kalau nak letih, biar sekali'. jawab aku selamba.
Mereka kepenatan tapi aku yang puas melepaskan gian untuk bermain.


Makan tengahari
Sebahagian menu 'Rembayung' kata deme.
Dessert dan buah yang banyak menghiasi meja makanan sebenarnya tapi sebab aku penat memang tiada gambar untuk dijadikan kenangan.



PENAT..?
Selepas puas bermain dan berpeluh sakan, aku segera kembali untuk join my team — its makan time. Mereka tertanya-tanya ke mana aku hilang sebab tak muncul-muncul. Aku..? Bila dah penat, selera makan pun hilang. Aku hanya makan dessert dan buah aje walau deme suruh aku makan.

Bila dah duduk dan bertenang, panas berkurangan, kesan sakit mula terasa hingga membuatkan aku rasa sangat tidak selesa. Setiap gerakan badan sangat menyakitkan. Sendiri cari penyakit dengan menzalimi diri sendiri, maka terimalah akibatnya. Adan uke mak budak.. Dia ingat dia muda belia lagi agaknya, tak sedar diri yang diri tu dah mula memasuki alam Remaja Purba. 


PETANG..
Berhadapan dengan kesesakan jalan raya mengundang rasa serba tak kena. Badan yang dah mula rasa sakit membuat aku ingin sampai ke rumah secepat mungkin. 


MALAM..
Merengek mengadu pada en. Hubbysemua sendi rasa sakit. Rasa nak menangis pun ada. Dahlah kena bangun awal nanti untuk mengambil dak Kakak di luar negeri tapi part yang ini nanti aku cerita pada entry akan datang. Cuma berharap, esok badan tak merajuk terlalu lama.

======================================


PENUTUP:
Lewat petang, ketika memandu balik kerja, aku baru perasan jari aku sedikit melecet dan merah — akibat dua jam memegang bet ping pong tanpa henti. Urat di bahagian ibu jari tangan mula bengkak. Sekejap je rasa seronoknya tapi kesannya mengambil masa nak sembuh.

Bukan bet ini yang menyebabkan jariku bengkak.
Jika ada gambar di hari pertandingan, nanti aku kongsikan..


Aku bagitahu pada en. Hubby..
'Dah boleh beli bet ping pong yang baru ni..'
'Dulu beli mahal, sudahnya berhabuk lama tak guna'. Jawab en. Hubby.
Teringat pula waktu aku tengah gila main ping pong di tempat kerja lama. Sampai sanggup beli bet yang mahal harganya tapi waktu itu berbaloi — hampir setiap hari waktu rehat dan kadang-kadang waktu balik kerja, aku bermain bersama partner aku. Kira tak rugilah membelinya. Tapi sekarang..? Kalau aku beli, masa bila pula aku nak main? Kadang-kadang, semangat ada tapi realiti masa dan tenaga buat kita terpaksa mengalah.


DULU..
Semuanya mudah, semangat melimpah, tenaga tak pernah habis.

KINI..
Hanya tinggal memori, manis untuk dikenang tapi badan ini tak lagi mampu seperti dulu. Kadang rasa rindu tapi kena sedar diri.

Kadang-kadang aku tersenyum sendiri mengimbau kenangan lama  waktu bermain ping pong tanpa henti.


#RemajaPurba: ...

Friday, February 13, 2026

LUAR BIASA SESAKNYA



Sejak minggu lepas, aku mula perasan kesesakan yang luar biasa setiap kali perjalanan pulang dari tempat kerja. Pada awalnya aku fikir mungkin sebab aku tumpang Kak Anis di [SINI] tapi masuk minggu ini, walaupun aku keluar lebih awal, trafik makin teruk. Perjalanan bergerak perlahan — seolah-olah seluruh sistem jalan raya tersangkut serentak.

Bagi aku, situasi sekarang terasa lebih teruk berbanding waktu Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di [SINI]. Bezanya, waktu itu ada kawalan dan pelan khas tapi kali ini ia berlaku tanpa kawalan atau pelan khas dan kesannya menjadi luar biasa. Bila semua orang bergerak pada waktu yang sama, hasilnya — trafik sesak teruk.

Kenderaan pula makin bertambah. Setiap tahun ramai orang masuk alam pekerjaan. Jadi setiap tahun akan ada yang bawa kereta, bawa motor, ada yang naik public transport. semua mode of transportation akan makin sesak.

Kadang-kadang aku terfikir.. bukan sekadar jalan yang sesak tapi hidup kita pun bergerak dalam ruang yang sama — mengejar masa, pulang pada jam yang serupa, berulang dalam rutin yang tak banyak beza. Jalan raya cuma memantulkan realiti itu. Kita semua mahu cepat sampai tapi akhirnya tetap kena sabar juga.


Aku..?
Penat..

#RemajaPurba: .. sebab ia bukan cuma tentang jalan tapi tentang hidup juga.

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...