Followers Remaja Purba

Saturday, November 8, 2025

TURAP JALAN YANG ROSAK TERUK

 
06 November 2025 - Khamis (15 Jamadilawal 1447H)

Keadaan jalan yang baik bukan sekadar memudahkan perjalanan tetapi turut menjamin keselamatan dan kesejahteraan penduduk. Namun tidak semua kawasan bernasib baik menikmati kemudahan itu pada setiap masa dan salah satunya adalah di kawasan tempat tinggal kami.

Sebelum ini, pemasangan paip air utama telah dijalankan sepanjang laluan utama termasuk di hadapan taman perumahan aku tetapi selepas siap kerja pemasangan tersebut, keadaan jalan mula menjadi tidak rata dan rosak teruk. Ini kerana laluan tersebut belum diturap semula. Memburukkan lagi keadaan apabila lori-lori membawa pasir kerap menggunakan laluan yang sama. Ini telah menambah lagi kerosakan pada jalan raya yang sedia rosak itu.


Sehinggalah isu jalan raya rosak ini dilaporkan dalam Buletin Utama TV3. Hasil daripada liputan tersebut serta aduan yang telah dipanjangkan kepada pihak berkenaan, akhirnya laluan di hadapan taman perumahan aku dibaik pulih. Walaupun bukan keseluruhan laluan utama diturap semula, sekurang-kurangnya keadaan jalan kini tidak lagi rosak dan berlubang seperti sebelumnya.


Kerja-kerja penurapan jalan di hadapan taman perumahan kami


Alhamdulillah, keadaan sekarang jauh lebih baik daripada dulu. Laluan ni dulu antara yang paling teruk sepanjang jalan utama — tak rata, berlubang, mendap dan tinggi sebelah. Sekarang dah ok, taklah kereta cepat rosak disebabkan permukaan jalan yang teruk macam sebelum ni.

Jalan utama yang digunakan penduduk kampung ni dah tak ‘aman’ lagi sejak lori-lori kerap melalui laluan sama. Harapnya pihak berkuasa lebih peka dan dapat memantau pergerakan lori-lori yang menggunakan jalan ini. 


Ini antara sebab kenapa aku tidak benarkan dak Nuha ke sekolah menaiki basikal sebaliknya menaiki kenderaan ke sekolah walau jarak sekolah tak sampai satu kilometer. Sekurang-kurangnya aku tak risau memikirkan keselamatan dak Nuha.

@RemajaPurba: ..

No comments:

Post a Comment

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...