16 November 2025 - Ahad (25 Jamadilawal 1447H)
Tak sampai sehari, dak Jasmine dah pun bagi salam perkenalan pada kerusi baru di ruang tamu. Bukan salam biasa — siap tinggalkan cakaran manja lagi. Eh.. dia ni kan.. 😂
Sebenarnya, set kerusi dan meja kopi ni pemberian kawan tempat kerja. Kami pergi ambil sendiri di rumahnya. Sebelum ni kawan aku ni ada cerita nak kemas rumah, banyak barang nak buang. Aku pula selamba cakap, 'Meh bagi saya apa yang akak tak nak'.
Beberapa hari selepas itu, kawanku itu tunjukkan gambarnya..
'Nak sofa tak? Tapi sofa lamalah..'
'Kalau akak bagi saya nak. Rumah saya takde kerusi kat ruang tamu'.
'Akak nak bagi je tapi awak kena datang rumahlah ambil kerusi ni'.
Rupa-rupanya bukan sofa je — nak bagi satu set kerusi dan meja kopi sekali. Meja tu pula ada sentimental value; dia beli masa anak dia umur 4 tahun. Dia memang sayang tapi sebab nak kurangkan barang, dia bagi saja pada aku. Alhamdulillah.. rezeki.
Sekarang set tu dah selamat berada di rumah kami. Rasa pelik sikit sebab ruang jadi kecil. Biasalah, sebelum ni ruang tamu kami kosong — lapang betul. Nak tidur, baring, guling-guling pun takde masalah.
'Ibu, macam mana Nuha nak tidur macam ni?'
Dak Nuha ni memang taknak tidur bilik kakaknya. Sanggup angkat tilam tidur tengah ruang tamu. Bilik ada tapi nak jugak tidur situ. Aku pula dah tak boleh tidur sebelah dia sebab ruang jadi sedikit sempit.
Sekarang risau pasal dak Jasmine pula. Kenalah beli tempat cakaran untuk dia. Kalau tak, habislah set kerusi tu nanti.. Jasmine oii.. 😅
#RemajaPurba: Migrain..

No comments:
Post a Comment