01 November 2025 - Sabtu (10 Jamadilawal 1447H)
Selamat tinggal Oktober — sampai jumpa lagi jika diizinkan waktu.
Kadang, takdir membawa kita melalui jalan yang tidak kita pinta. Namun di penghujung setiap ujian, kita akan sedar — semua yang terjadi hanyalah cara Tuhan memimpin hati kita pulang kepada-Nya.
Hai November — terima kasih kerana menerima aku seadanya.
Kadang aku lupa, tempat aku berdiri hari ini sebenarnya adalah jawapan kepada doa-doa yang pernah aku yang dulu.
Percayalah, setiap doa tidak pernah hilang. Allah menggenggamnya erat, lalu melepaskannya satu demi satu pada waktu yang paling tepat. Sangka baiklah pada-Nya — kerana jalan hidup kita — semuanya sudah diatur sebaik-baiknya oleh-Nya.
Buatmu Disember — aku pun sedang menghitung hari.
Aku ingin melangkah dengan hati yang lebih reda, membawa sisa cerita yang belum sempat aku tutup. Biarlah penghujung tahun ini menjadi saksi bahawa aku masih cuba bertahan, perlahan tapi tetap berjalan.
@RemajaPurba: Sabar..
No comments:
Post a Comment