Aku..?
Followers Remaja Purba
Sunday, August 31, 2025
SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN MALAYSIA KE—68
Aku..?
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE—68
@RemajaPurba: Menonton siaran langsung dari rumah je..
Saturday, August 30, 2025
LOGO DAN TEMA HARI KEBANGSAN TAHUN 2025
- Sambutan Hari Kebangsaan – 31 Ogos 2025 akan diadakan di Dataran Putrajaya.
- Sambutan Hari Malaysia – 16 September 2025 akan berlangsung di Pulau Pinang [Amalan penggiliran lokasi setiap tahun sama ada di Sabah, Sarawak dan Semenanjung].
TEMA HKHM 2025
Konsep 'Malaysia MADANI' melibatkan prinsip yang seimbang antara pembangunan material dan rohani, merangkumi aspek kemajuan ekonomi, integriti pentadbiran dan perpaduan masyarakat. Penekanan pada tema 'Rakyat Disantuni' menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan kebajikan rakyat diberikan perhatian semua.
LOGO HKHM 2025
Logo Malaysia MADANI dijadikan sebagai logo rasmi HKHM 2025 kerana reka bentuk logo ini berteraskan Malaysia MADANI yang menghasilkan corak simbolik 'tangan yang sedang diangkat untuk melafazkan ikrar Rukun Negara'.
Lagu Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025
Friday, August 29, 2025
ANTARA REALITI DAN PERATURAN BUKU
MOMENTUM AWAL
Masuk kerja - terus mulakan kerja.
Kalau nak cerita pasal drama boleh.. tapi datanglah awal sebelum waktu bekerja atau simpan untuk waktu rehat tengah hari.
KENA ADA KOMITMEN
Ramai yang dulu sanggup buat apa saja demi dapat kerja tapi bila dah dapat mulalah keluar ayat: 'Dulu.. sanggup buat apa saja. Sekarang.. nantilah.. itulah.. inilah..' Ada je alasannya.
Contoh perbezaan suasana bekerja:
Pejabat – paling teruk pun kena marah, bukan kena pumping atau ketuk ketampi.
Kilang – tak sempat pun nak mengular, kerja sentiasa berjalan.
Kem Tentera/Polis – berdiri tercegat jaga pos kawalan.
Soalnya: Bagaimana kita nak menghalalkan rezeki yang masuk setiap bulan kalau komitmen pun acuh tak acuh?BELAJAR DAN MENGAJAR
Bila tidak mengikut prosedur kerja yang ditetapkan, ianya boleh merosakkan hasil kerja. Jangan main belasah — tak tahu bertanya. Bila dah tahu, kongsikan pula dengan orang lain. Itu yang akan jadi pahala berterusan.
- KOMUNIKASI
Dalam organisasi, komunikasi itu kunci. Banyak masalah boleh selesai kalau kita pandai berhubung.
Kalau perlu cuti — mohon cuti.
Kalau perlu tarik diri dari sesuatu yang menyakitkan — undur dan jauhkan diri.
Janganlah pukul 10.30 pagi tiba-tiba hilang ke kafe semata-mata kerana craving kopi ais kaw. Jangan pula pukul 12:30 tengah hari beratur menunggu giliran membeli makanan. Dan kalau ada cerita viral nak dibawang, eloklah tunggu waktu rehat rasmi satu hingga dua petang. Lagipun, dalam pekeliling perkhidmatan awam tidak pernah pun dinyatakan ada 'minum pagi' atau 'minum petang' – yang jelas disebut hanyalah waktu bekerja.
Masuk lewat kerana faktor yang tidak disengajakan mungkin boleh dipertimbangkan. Tetapi kalau masuk lewat kerana pilihan sendiri — disengajakan — maka soalan asas perlu ditanya semula: waktu bekerja itu sebenarnya bermula jam berapa, dan berakhir jam berapa.
Kalau ikut buku betul-betul, maknanya sepanjang masa duduklah di meja kerja. Jangan cuba bergerak ke mana-mana tanpa alasan rasmi. Baru seimbang. Baru adil. Sama-sama rasa nikmatnya ikut garis panduan, biar sampai buku itu sendiri pun letih nak menegur.
Thursday, August 28, 2025
OGOS BULAN KELAHIRAN DAK ADIK
Belajar rajin-rajin, jaga nama baik dan jangan lupa ibu sentiasa tunggu khabar..
Saturday, August 23, 2025
@@@ FILEM - BLOOD BROTHERS: BARA NAGA
DALAM DUNIA AKU, KESETIAAN ADALAH SEGALA-GALANYA
Kadang-kadang, kesetiaan kau pun boleh teruji apabila dapat client tahi macam dia ni. 'Huh!Gemuk bodoh. Kalau dia bukan salah seorang Naga, dah lama aku sula syaitan ni'.SIKAP GHAZ NI MACAM ABANG-ABANG SIKIT
Tapi marah macam mana pun dia tahu kita team paling padu. Tapi padu macam mana pun, tetap tak boleh lari dari undang-undang.SILENT GUARD
Satu-satunya Agensi Bodyguard paling elit dalam negara ini dan semua ni pun sebab Dato' Zul. Bekas Komando, Ketua Tujuh Naga, Ayah kami semua. Terror juga kabel dia. Daripada ketua gangster sampai ketua politik, semua nak pakai service dia.
Anak-anak dia pulak bukan calang-calang. Yang perempuan, Sheila — Nadi Agensi ini dan buah hati mamat jambang ni. Yang lelaki pulak, Fadlan. Higher achiever dalam keluarga ini.
ADEGAN FLASHBACK GHAZ DAN ARIFF KETIKA KECIL
'Sampai bila kau nak hidup macam ni Ariff? Ubah hidup kau dulu sebelum kau nak ubah hidup orang lain. Kau Faham?'.
Ini bukan OST biasa-biasa — ini lagu yang buat kau teringat balik setiap babak dalam filem Blood Brothers: Bara Naga

Tuesday, August 19, 2025
DAK ADIK TIDAK SIHAT
19 Ogos 2025 - Selasa (25 Safar 1447H)
Jika Ahad lepas dak Adik ke klinik, hari ni giliran aku pula ke hospital. Namun, tujuan aku bukanlah untuk bertemu doktor tapi hanya mengambil ubat untuk diri sendiri.
@RemajaPurba: Setiap detik kecil bersama keluarga, tetap menjadi memori berharga..
Saturday, August 16, 2025
SCREENSHOT: SENJATA PILIHAN SI PENAKUT
Pengkhianatan tidak selalu datang dari luar. Kadang-kadang, ia bernafas di sebelah kita. Bila tak mampu berdepan, mereka menyerang dari belakang — dengan jari..
Bukan semua yang tersenyum itu kawan dan — bukan semua yang diam itu tidak menikam..
Wednesday, August 13, 2025
SIASATAN SEGERA DIJALANKAN DI SEKOLAH
13 Ogos 2025 - Rabu (19 Safar 1447H)
Tuesday, August 12, 2025
SETIAP KESILAPAN BOLEH DITEGUR
Monday, August 11, 2025
KUCING BERNAMA DAK JASMINE
Begitulah dak Jasmine.. si kecil berbulu yang penuh ragam. Kadang buat geram, kadang buat hati cair. Satu je pasti — walau ia tak selalu manja, bila bekas makanannya kosong, terus jadi kucing paling manja. Ah..! Pandai betul ia main hati.. ❤️
Sunday, August 10, 2025
PETANG YANG BERMULA DENGAN CEMAS


Kereta rosak.. tapi tetap pulang dengan syukur..
Saturday, August 9, 2025
KHABAR DUKA DARI KAMPUNG DI JOHOR
Friday, August 8, 2025
HADIAH BIRTHDAY - CERMIN MATA
Hari ini berakhir dengan senyum puas, belum tahu bahawa esok akan membawa cerita lain..
Cermin mata itu selamat sampai tapi petangnya.. satu khabar duka dari selatan, membelah ketenangan yang baru terasa indah.


.jpg)











