Salah satu stok draft yang tersimpan dan ini sambungan dari SINI..
22 Jun 2024 - Sabtu (15 Zulhijjah 1445H)
Pada tarikh ini aku telah menghadiri Program Permuafakatan Bersama Waris Tahun 6 di SK dak Nuha. Selain aku membuat rakaman suara penceramah, aku turut merakam satu slot ceramah dari wakil pihak sekolah dan aku terjemahkan di sini.
Beliau adalah seorang guru yang telah lama berkecimpung di dalam dunia pendidikan dan antara guru paling lama berkhidmat di SK di sini yang mana kali pertama menjejakkan kaki pada 1 Januari 1998. Dikenali oleh anak-anak murid di sekolah dengan gelaran 'Ustazah Ibu Hawa'. 'Saya bukanlah seorang penceramah tetapi saya cuba untuk berkongsi rasa mengenai pengalaman dalam membesarkan anak-anak'.
=====================
Apa yang ibu ayah boleh buat dan tak perlu buat?
Benda ini sangat berat sebenarnya dan sangat penting dalam kehidupan kita dalam meniti akhir zaman ini.
SIHIR PALING HEBAT DI AKHIR ZAMAN - HANDPHONE
Betapa negatifnya bila handphone di salah guna. Kalau ibu ayah nak tahu, sebenarnya hampir setiap hari, di dalam semua kelas mesti ada sahaja murid yang tidur. Masa pertama je dah tidur! Masa pertama dah tak beri perhatian, tidur senyenyak-nyenyaknya. Bukan satu, dua tapi ramai pula tu dan bila ditanya tak nak jawab.
Mengikut pengalaman kami sebagai guru di sekolah, semenjak tiga, empat tahun kebelakangan ini (bermula dari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)), semenjak benda ni 'halal' diberikan kepada anak-anak, masalah ini berpunca dari handphone. Ketika ibu ayah tidur, anak-anak masih layari internet, main game sampai tengah malam yang sepatutnya masa itu dia tidur.
Dulu.. kita tidak punya handphone, masa yang ada akan buat kerja sekolah yang diberikan oleh cikgu sampai lewat malam. Dulu ada UPSR - ada target. Mereka bermati-matian buat. Sekarang tak buat apa-apa, hanya tengok handphone, datang pagi dah tidur sehingga terpaksa dikejutkan. Allahuakbar..!
Saya merayu kepada ibu ayah.. ibu ayah kena buat sesuatu, kena fikirkan sesuatu dan di sini saya boleh berikan cadangan:
- Ibu ayah kena buat Memorandum Of Understanding (MOU) - tak terlewat lagi walaupun anak itu baru masuk 12 tahun. Buat atas kertas bertulisan tangan ibu ayah sendiri apa perjanjian antara ibu ayah dan anak. Bincang macam dalam bilik mesyuarat untuk buat MOU perjanjian handphone boleh ada di tangan anak-anak berapa jam sahaja sehari. Jangan biarkan mereka hanyut.
- Mohon sangat ibu ayah buatkan garis panduan supaya ada perjanjian dengan anak, jangan sampai tidur je di dalam kelas.
Saya tak payah cakap jauh, diri saya sendiri.. Saya baru nak cari maklumat tiba-tiba keluar benda yang tak sepatutnya kita tengok sebagai orang Islam seperti cikgu Norhasrina sebut di SINI.. benda-benda yang tidak sepatutnya keluar. Sekali tertengok takde masalah tetapi bila ulang kali kedua jatuh haram, berdosa besar. Kali pertama Allah ampunkan, dua kali pandang berdosa besar kerana memandang kemaluan orang lain. haram hukumnya.
Di akhir zaman ini kita memang sangat sibuk, masa yang diperuntukkan bertambah sikit. Saya sangat perasan, kalau dulu saya boleh borak dengan jiran, sekarang tak boleh, guna handphone je sebab tak sempat. Itu menunjukkan betapa sedikitnya masa yang diperuntukkan untuk kita.
Buat pengetahuan kita semua, malaikat maut melihat muka kita sebanyak 70 kali sehari, tak tahu waktu mana dia nak ambil nyawa kita. Kalau waktu itu kita tengah melayari benda yang tidak baik, alangkah ruginya kita. Saya mohon sangat ibu ayah buatlah sesuatu kalau sayangkan anak. InsyaAllah..
NAKAL ITU BIASA
Nakal kanak-kanak itu biasa, nakal tak apa, tak pandai tak apa. Saya selalu pesan, 'tak pandai tak apa sayang, kamu tak pandai kamu boleh belajar tapi jangan tak beradab'.
Sebab akhir zaman ini, adab manusia bertambah sikit. Kita boleh tengok dalam media sosial, tiba-tiba anak bunuh mak, mak tengah solat dia bunuh sebab pengaruh dadah. Biarlah waktu kita di ambil Allah, malaikat datang waktu itu kita sedang buat sebanyak-banyak kebaikan. 'Buatlah banyak kebaikan selagi boleh'.
APA NAK BUAT JIKA KITA NAK ANAK KITA PERGI SEKOLAH?
Bercakap dengan anak ketika anak tidur. Solat tahajud, qiamullail, solat sekadar yang kita mampu (paling baik 4 rakaat, dua salam) dan jangan tinggal solat istikharah dan solat hajat. Kemudian minta dengan Allah kerana hari-hari kita kena buat pilihan.
Bercakap biasa, tak perlu susun ayat ketika anak sedang tidur. Apa yang kita cakap dia dengar sebenarnya. Baca apa-apa surah waima Al-Fatihah pun dah cakap dan hembuskan ke ubun anak-anak. Minta bantuan dari Allah.
Ibu ayah dah penat dan letih cari duit, bukan mudah, sangat susah. Bukan senang nak membesarkan kamu wahai anak. Jika seorang anak tak tahu nak hargai ibu ayahnya, sangat susah.
APA NAK DIBUAT BILA ANAK TAK NAK PERGI SEKOLAH?
Letak tapak tangan ibu ke jantung anak-anak, pandang anak dan bacalah surat Al-Rahman ayat 1-4 atau surah Toha ayat 1-5 atau doa Nabi Daud. Kita minta Allah lembutkan hati anak kita, macam mana Nabi Daud lembutkan sebatang besi. Tiup di dada anak.
Surah Al-Rahman ayat 1-4
Surah Toha ayat 1-5
Doa Nabi Daud
Selain itu, amalkan dengan meletak tapak tangan di atas kepala anak, kemudian baca surah Al-Insyirah. Kemudian salam, peluk 10 saat. Rugi anak tak peluk ibu ayah. Waktu mereka hiduplah kita peluk, bila esok ibu ayah dah meninggal, waktu itu hanya dapat peluk sekujur jasad sahaja. Waktu hidup ini gunakan sebaik-baiknya sebab bila peluk, kamu akan rasa best sangat sebab ibu peluk aku.
Saya buat dekat anak saya, waktu itu anak saya sambung belajar. Bila saya nak balik, ramai kawan dia ikut dekat belakang, semua tunggu dekat belakang. Rupa-rupanya bila saya buat dekat anak saya, lepas tu semua cakap 'Ibu boleh tak buat dekat kita?' Rupanya yang dekat belakang tu pun suruh buat jugak. Saya pun buat juga untuk anak orang lain. Subhanallah.. sebab dia kata 'mak kita tak tahu, mak kita tak buat'.
Jadi ibu ayah buatlah.. selagi mana Allah pinjamkan anak-anak kita ini, saya yakin ibu ayah adalah ibu ayah yang terbaik dan boleh bawa anak-anak menuju ke syurga Allah.
=================================================
Sebagai penutup sesi ceramah ini.. dengarkanlah sebuah lagu..
Lagu: Tekad (Hazami)
Percaya
Takdir Maha Esa
Restu Ayah Bonda
Mencapai Cita-cita
Usah Putus Asa
Kelak Kau Berjaya
Membela Nasibmu
Masamu kan Tiba..
di SINI..
#RemajaPurba: Sumber gambar dari en. Google
Thanks for sharing. Sayu nya bila anak2 lain minta dibacakan Surah Al Insyirah juga.
ReplyDeleteThanks kongsi
ReplyDeletesatu motivasi yg berguna. sy akan cuba amalkan. InsyaAllah..
ReplyDeleteTerima kasih sharing... teringat pulak kat anak-anak bila baca ni.. rindu pulak kat diorg
ReplyDeleteBacaan yg baik di pagi Jumaat ini.. Terima kasih atas perkongsian ..
ReplyDeleteAt this moment anak memang tiada hp. tapi itulah dah pandai curi2 guna hp mak ayah dia..
Behavior anak kalau selalu tgk hp main tv memang akan lain.. cepat mrah terutamanya.