Kejadian pada bulan Mei 2024 yang lepas.
11 Mei 2024 - Sabtu (2 Zulkaedah 1445H)
Hampir seharian mengemas bahagian dapur dek serangan cik mouse.
Malam..
Mula menyediakan lemang periuk kera untuk dibawa ke rumah Tuan Shamsul Abas (Shamsul Ondscene) - bekas wartawan TV3) sebagai memenuhi jemputan beraya di rumah beliau walau Syawal telah berlalu.
Periuk kera ni asalnya untuk open house rumah kami tetapi dek kekangan masa, kami tak dapat buat. Kemudian, aku nak bawa ke tempat kerja tetapi dek kerana aku tidak sihat ditambah dengan masalah berlaku di SINI, juga tidak jadi. Akhirnya, rezeki telah tertulis periuk kera ini dibawa ke rumah beliau.
Juadah untuk dikongsikan bersama mereka pertama kali aku nak jumpa.
12 Mei 2024 - Ahad (3 Zulkaedah 1445H)
Perasaan teruja sudahlah tentu, dulu kali pertama berjumpa selepas kisah di SINI. Hari ni bukan sekadar dapat bertemu beliau dapat juga bertemu sebahagian kecil team Ondcene di rumah beliau. Sekiranya rekod kehadiran diambilkira, kami orang pertama yang tiba.
Rezeki buat kami yang hadir.
-Tuan Sham sedang menerangkan khasiat dari daun gelenggang yang diusahakan oleh beliau kepada en. Hubby.
Menu utama, nasi lemak + sambal ikan bilis memang terbaik. Aku geram sebenarnya sebab asyik tengok deme bercerita kata sedap, sedap dan ye memang sedap. Waktu sedang menulis ni pun, rasa nak call Tuan Sham nak makan nasi lemak lagi.. hahaha..
Ada juga rendang ayam + pucuk ubi.. rugi makan sikit je. Ada pulut selain dari kek batik dan agar-agar. Juga ada menu potluck yang dibawa oleh ahli team ondcene; selain dari periuk kera, ada juga rojak buah, buah-buahan. Malah ada juga beberapa biji kobis.
Kerabu Mangga
Seorang demi seorang hadir..
Tuan Hamdan bersama Ambulancenya..
Ada kenangan di SINI..
Daus Wilcha
Kalau aku rajin, nanti aku kongsikan kisah mengenai beliau.
Mereka yang hadir
Tak cukup.. Tuan Sham masak lagi.
Panas berdenting ting ting.. dengan berbaju kurung tak boleh tahan beb duduk bawah khemah. Ku bawa diri ke dalam rumah melayan anak kecil berdansa dengan lagu raya.
Waktu sampai, aku dah aim pokok mana yang aku inginkan
Pisang, kobis
Ketika orang lain dah bersedia nak pulang, aku masih lagi di situ..
Pokok cili merah, tomato, gelenggang, kunyit, kesum malah pokok bunga kantan pun turut kami ambil. Ah.. jangan cakap, hilang rasa malu dek geram tengok banyak anak-anak pokok yang disemai oleh tuan Sham. Moga anak-anak pokok yang kuambil bertahan lama peluang hidupnya di rumah kami.
Jomlah kita balik.
Mereka ini yang lepak hingga ke sudah.
Hujan lebat mengiringi perjalanan pulang kami
Update:
Masih lagi elok ku frozen kan di dalam peti sejuk. Rasa sayang pulak nak makan, sama macam jeruk buah cermai dulu.
Kerabu Mangga
Setelah puluhan tahun bersiaran sebagai wartawan penyiaran, penulis blog - dalam kalutnya suasana sekitar, saya kini lebih menumpukan terutama pada kehijauan alam sekitar. Teman setia termasukklah berkebun dan membuat kajian dan jualan anak² pokok. Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan anak² pokok cili pelbagai jenis, boleh hubungi saya. Pengkhususan saya ialah Pokok Gelenggang termasuk menjual anak² pokok, daun segar dan memproses serbuk gelenggang.
Itulah sahaja nak tulis kot...dah penat menulis selama lebih 20 tahun..
- Shamsul Liani Abas (Shamsul Ondscene) -
#RemajaPurba: InsyaAllah, akan ketemu lagi Ogos nanti.
sayang betul nak makan kerabu mangga tu...hihihi
ReplyDeletemeriah..
ReplyDeleteWarna oren tu bunga orkid ya?. Kerabu mangga uiiii sedap tu.
ReplyDeleteSaya tak pasti tapi sebab warnanya cantik saya ambil gambarnya.
DeleteAmboi! Sekali sekotak dia isi!
ReplyDeleteSedapnya Lemang periuk kera...Terbayang kelembutannya..
ReplyDeleteWow.. jumpa orang legend 🤩 Semoga sihat sihat saja semuanya ye.. Teringin pulak nasi Lemak Dan Kerabu Mangga tu yee 😁
Kerabu mangga tu memang buat kecur air liur, sedap sangat nampak. Best nya dapat anak pokok. Ni kita baru nak berjinak dengan pokok.
ReplyDeleteSedapnya rendang dan pucuk ubi :))
ReplyDeleteKami pertama kali mencubanya, sedap jugak rasanya.
Delete