Followers Remaja Purba

Wednesday, July 24, 2024

AIR SELANGOR - Henti Tugas Sementara Loji Rawatan Air (LRA)


23 Julai 2024 - Selasa (17 Muharram 1446H)

Air takde..!
Dapat mesej dari whatapps group kawasan perumahan aku. Aku yang membacanya dari tempat kerja nun di sini hanya mampu berserah jelah. Hanya mengharapkan air tangki sedia ada. Air tadahan sebelum ni, telah digunakan dan tak pula ku tadah air yang baru. 'Biarlah.. nantilah..' asyik bertangguh.

Henti Tugas Sementara Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang, Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2) dan Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) Berikutan Insiden Pencemaran Bau di Sungai Kundang dan Sungai Sembah.

Gangguan bekalan air ini susulan kebocoran tangki sebuah kilang plastik di Kuang akibat dari bahan pencemar berjadual Poly Methacrylic Acis (PMAA) mengalir ke tiga batang sungai menyebabkan empat Loji Rawatan Air (LRA) dihenti tugas dijangka pulih sepenuhnya Jumaat ini.


24 Julai 2024 - Selasa (18 Muharram 1446H)

Hari ini..
Sehingga jam 2:30 petang, bekalan air masih belum sampai ke sinki dapur rumah kami. Berhadapan dengan kesesakan di dalam terowong air agaknya. 


Kawasan kediaman yang mempunyai tekanan air rendah mungkin mengambil sedikit masa namun sebahagian besar pengguna akan mendapat bekalan air dalam tempoh 24 jam. Tempoh masa pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air di SINI..

Peratusan pemulihan bekalan air kawasan yang terjejas dijangka akan mencapai sekitar:
  • 40% pada jam 8:00 pagi, 25 Julai 2024 (Khamis)
  • 90% pada jalm 8:00 malam, 25 Julai 2024 (Khamis)
  • Waktu pemulihan penuh bagi kawasan yang terlibat adalah dijangka pada 8:00 pagi, 26 Julai 2024 (Jumaat)

Para pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual ini dari semasa ke semasa daripada:
  • Saluran komunikasi rasmi di SINI..
  • Saluran komunikasi rasmi alternatif seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X
  • atau hubungi Air Selangor di talian 15300
  • atau layari laman web di SINI..

#RemajaPurba: Hari kedua tiada air di rumah.

3 comments:

  1. haduh mmg tersiksa jiwa raga bila gangguan bekalan air ni.. tambah2 bila nak memerut hehe

    ReplyDelete
  2. selangor ngan gangguan air berpisah tiada...nasibaik kalini area umh tkde dlm senarai..biasa ada...smoga dipermudahkan utk smua yg terlibat...bertabahla nk tgu pulih jumaat ni

    ReplyDelete
  3. I feel you... susah betul takde air kan?

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...