Followers Remaja Purba

Wednesday, January 25, 2023

Call Ambulance bawa ke Hospital


22 Januari 2023 - Ahad

Dapat mesej kata Ayah tak sihat.
Dah dua hari Ayah tak boleh nak bangun, baring je atas katil sebab kakinya sakit sangat. 

Awalnya.. cubaan memujuk Ayah.. 'Tak payahlah pergi klinik, sakit sikit je ni'.. tapi bila menantunya cakap 'call Ambulance bawa ke hospital', tak kata apa dah Ayah.

Menunggu Ambulance sampai. Kebetulan en. Hubby turun dan ikut naik sekali bersama mereka.

Buat pemeriksaan awal sebelum bergerak ke hospital terdekat.

Kali pertama aku naik Ambulance bukan sebagai pesakit.

  • xray ok
  • Gula tinggi
  • Tekanan darah tinggi
  • Takde tulang retak
  • Muscle pain tapi takde tisu koyak. 
Alhamdulillah.. Ayah ok. Tak warded. Nasib baik Ayah 'tak meragam' tak nak pergi hospital. 

Disebalik kisah Ambulance:
Kali pertama aku dah menggigil satu badan waktu perlukan bantuan.. tak perlu tunggu lama, cepat dan pantas respond yang diberikan. Ini merupakan pengalaman berharga buat aku dan keluarga ayah.

Apa² pun terima kasih banyak² buat Tuan Hamdan & Team yang bantu membawa Ayah dari rumah ke hospital.. Ayah sangat menghargainya.. 🤗 🫶

#RemajaPurba: Moga ayah terus kekal sihat hendakNYA.

1 comment:

Han Hanni said...

Semoga Allah permudahkan semua urusan.
Teringat kami dulu pun bawak father in law ke hospital guna ambulans. Ms hayatnya hidup dia mmg taknak ke hospital. Tapi bila dia xsedar, kami call ambulans terus ke hospital. 17 hari di wad, meninggal. Puas hati dan sbb 3tahun menjaga dia bedridden sbb saraf

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...