25 Julai 2024 - Khamis (19 Muharram 1446H)
Kisah AIR SELANGOR dari SINI..
Selepas dua hari ketiadaan air, Alhamdulillah pagi tadi air perlahan-lahan kembali ke sinki dapur rumahku tapi dek kerana tekanan air masih rendah, air belum mampu melonjakkan dirinya untuk terjun ke dalam tangki rumah. Tangki air dah kering tapi syukur ada sedikit air simpanan untuk digunakan anak-anak ketika mandi.
Pengajaran dan peringatan bersama..
Simpan air, jangan bertangguh. Jangan terlampau selesa dengan keadaan semasa. Bila-bila masa nikmat adanya air boleh hilang dek kecurangan mereka yang tidak bertanggungjawab.
Apa-apapun, terima kasih buat semua pihak terlibat yang bertungkus-lumus dalam menyelesaikan masalah yang berlaku dan mengembalikan air kepada kami semua.
==========================================
Pagi tadi, memandangkan Program Pemeriksaan Kesihatan Asas di tempat kerja ini wajib dihadiri, maka kenalah serahkan diri.
Disebalik program ini, data kesihatan tersebut akan dikumpul dan akan dibuat analisis, peratusan tentang kesihatan semua pekerja. Selebihnya tak nak ambil tahu ke mana hala tuju analisis tu, cukup aku tahu hasil pemeriksaan diri aku je.
Aku..?
Kali ini ada peningkatan ke arah yang kurang baik seperti tahap tekanan darah, kolesterol, berat badan.
Faktor usia?
Bukan hanya kerana faktor usia tapi amalan pemakanan dan gaya hidup yang menjadikan semuanya naik mencanak. Alasan 'nantilah..' 'tunggulah..' memang boleh membawa padah jika aku tidak mengawalnya.
Aku ingat berada di border je, sekali nah.. mencanak tinggi. Bila ku bagitahu pada en. Hubby..
Reaksi en. Hubby..
Tindakan seterusnya?
Jaga kesihatan diri sendiri bukan orang lain.
#RemajaPurba: ...
itulah ada masuk berita psl gangguan bekalan air selangor tu..
ReplyDeleteDalam Berita tengok pasal problem air. Moga tak ada dah lah masalah ni.
ReplyDeleteSediakan tangki sebelum hujan
ReplyDelete