Followers Remaja Purba

Monday, July 22, 2024

LATIHAN KEBAKARAN - FIRE DRILL


Aku masih lagi terkial-kial nak update kenangan yang tertinggal.

9 Julai 2024 - Selasa (3 Muharram 1446H) 

Abang BOMBA datang lagi - sesi 2024.
Latihan Simulasi Kebakaran dan Pengungsian Bangunan (Fire & Evacuation Drill) telah diadakan di tempat kerjaku.

Aku..? 
Hanya menguruskan makanan untuk mereka yang terlibat, selain dari itu adalah tugas urusetia. Aku cuma perlu selamatkan diri selepas loceng kecemasan berbunyi. Bergerak pantas ke 'tempat berkumpul semasa kecemasan'. Arahan perlu dipatuhi.

InsyaAllah, tahun hadapan orang lain pula yang uruskan. Aku dah boleh cuci kaki, tangan dan mungkin dah boleh ucap selamat tinggal.. 🤭

Team BOMBA dari seberang jalan je.. 

Gambar?
Cukuplah abang BOMBA yang berjuang menyelamatkan mangsa..

#RemajaPurba: ...

3 comments:

  1. Memang elok dibuat supaya orang tak lupa tatacara nya yang betul.

    ReplyDelete
  2. SA kalau ada fire drill ni la yang paling x suka..tapi suka tgok abam bomba ehhhh...hahahaha

    ReplyDelete
  3. Bagus ada aktiviti macam ni. Dapat jugak cergaskan badan sikit. 😆

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...