Followers Remaja Purba

Saturday, July 6, 2024

TAHNIAH EN. HUBBY DI ATAS GELARAN DATUK YANG DITERIMA


Alhamdulillah, myAnakFruit telah selamat melahirkan baby girl. Tahniah buat mySIL kerana menerima cucu pertama dalam keluarga.

Berganda berita gembira buat aku di mana en. Hubby telah menerima augerah yang membawa gelaran Datuk. 

Aku..?
Secara tak langsung aku pun turut menerima kesannya. Dah tentu gelaran Datin menjadi kepunyaanku. Ada Datuk dah tentu ada Datin kan.

TAPI belum pernah cucu panggil neneknya Datin. Ok.. yang ini akan aku ajar dak Baby myAnakFruit panggil aku Datin instead of Nenek.. kahkahkah..

Terasa diri makin purba pulak.. ah!Tiber..


Dalam gembira, aku turut menerima berita sedih. Dak Adik mendapat kecederaan ketika bermain futsal. Orang lain main jugak tapi takdelah sampai ke tahap macam ni. Hailaa Adik.. Adik..

Ngilu perut aku melihatnya.

Mungkin bagi segelintir orang, boleh rawat sendiri di rumah tapi aku tetap bawa dak Adik ke klinik bagi mendapatkan rawatan. Pakej dapat satu dos suntikan lagi. Biar cepat sembuh, ni bukan cuti sekolah nak berehat di rumah.

#RemajaPurba: Datuk - Datin bukan Datuk - Nenek ye.. Ingat ni..

6 comments:

  1. Alolo comelnya ♥️
    Tahniah ye Datuk & Datin :D

    ReplyDelete
  2. Tahniah la dah naik pangkat. Hihi. Comel baby. Dalam kegembiraan terima kehadiran orang baru terselit juga berita sedih. Semoga cepat sembuh.

    ReplyDelete
  3. wahh tahniah! ok baby nti pggil datin okaysss hehehe

    ReplyDelete
  4. Comelnya baby......bau dia pun best. Tahniah!

    ReplyDelete
  5. Saya masa umur belasan tahun lagi dah bergelar datuk sedara... hahaha... anak sedara saya ramai yang lagi tu dari saya. sebab saya ada ramai kakak (1 pak mak lain) yang dah tua2.. hehehe

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...