Mereka yang memandu kenderaan, pasti akan melalui pengalaman dan cabaran dari kiri, kanan, depan mahu pun belakang. Jika bukan kita sebagai pemangsa, mungkin kita pula yang dijadikan mangsa. Walau kau sehabis 'pembaris' mengikut peraturan, tapi disebabkan sikap segelintir orang lain, sedikit sebanyak rasa negatif mampu menjentik hati kita.
MEMOTONG BARISAN - 'QUEUE' a.k.a 'Q'
Siapa suka orang memotong Q, nak pula ketika di waktu puncak. Memang mencanak naik darah dibuatnya. Sedang elok berbaris seperti pembaris, tiba-tiba datang meluncur laju memotong 'Q'.
Kisah pagi tadi:
Aku memang tak bagi ruang untuk dia memasuki laluan di depan aku, dia boleh buat muka tak puas hati pada aku. 'Sekurang-kurangnya kau bagilah signal, tak pun kau angkatlah tangan'. Ini kau main redah tu yang buat aku tak puas hati. Syukur juga tiada kejadian menyayat hati, kalau tak, makin sesaklah tempat itu pagi tadi.
Komen yang ini aku ambil dari SINI.. 'cakap jew lebih, buatnya idok'.
Aku tak buat apa-apa pun sebab kereta aku tak bergesel + aku sendiri mengejar masa. Dari bergaduh hanya kerana 'Q', biarlah dia terus menyelit ikut kehendak hati. Sekurang-kurangnya bila aku tak nampak kelibat dia lagi, rasa marah tu akan pergi.
Pernah juga terjadi, dahlah memotong 'Q', dilanggar pula side mirror aku. Sejenis yang tak alert dengan keadaan. Kalau aku hon, risau dia tertekan minyak. Bagi lampu tinggi lagilah dia tak hairan. Hati kering tiada perasaan.
Banyak kisah menyayat hati yang menyakitkan hati kalau nak dikongsi di sini. Ini pun sebab tak terkawal hati dan jemari.
'Manusia ni, bila berada di atas jalan raya automatik akan berubah 360 darjah'. Hilang segala kelembutan, terserlah kegarangan.
#RemajaPurba: Sabar bukan untuk dicabar.
No comments:
Post a Comment