30 April 2023 - Ahad
Pagi:
Menghantar dak Kakak kembali ke kolej kediaman bagi meneruskan sesi pembelajarannya. Hari ni dah mula rasa tak sedap badan.
01 Mei 2023 - Isnin
Hari Pekerja: en. Hubby bertugas di luar kawasan. Alhamdulillah. rezeki. Aku berehat di rumah. Batuk dan sakit tekak dah mula menguasai diri.
02 Mei 2023 - Selasa
Musim panas di Aidifitri:
Menjadikan rasa perit di tekak dan batuk mula kedengaran. mySIL pula bagitahu dia tidak sihat dan telah disahkan +ve dek Covid-19. Bila ku tanya siapa suspect utama? Dia sendiri pun tak tahu dan berlaku pula selepas pulang dari berhari raya di kampung.
Aku..?
Keputusan: negatif.
Andai itulah keputusan percubaan 'mengandung', aku tetap rasa bersyukur. Bukanlah menolak rezeki tapi 'ukur baju di badan sendiri' kerana aku tidak mahu mengambil risiko. Faktor usia, perjalanan yang jauh untuk ke tempat kerja, stamina yang makin berkurangan turut memainkan peranan. Apa-apapun Alhamdulillah.. sedikit rasa lega.
Covid-19 Bukan Lagi 'Kecemasan Antarabangsa' - KKM
Ianya bukan lagi menjadi Kecemasan Kesihatan Awam yang Menjadi Kepentingan Antarabangsa (PHEIC). Ini susulan dari hasil mesyuarat Jawatankuasa Darurat Peraturan-peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR) yang berlangsung pada 4 Mei di Geneva.
Dr. Zaliha Mustafa berkata:
- 'Keputusan ini mengambil kira trend global yang menunjukkan penurunan bagi kes kematian Covid-19, kemasukan kes ke hospital dan Unit Rawatan Rapi (ICU) serta tahap imuniti populasi dunia terhadap virus SARS-Civ-2 yang tinggi'.
- 'Kementerian Kesihatan akan meneruskan langkah kawalan dan pencegahan Covid-19 berdasarkan protokol sedia ada serta membuat semakan semula dan mengemas kini garis panduan Covid-19 dengan merujuk kepada kenyataan WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) berkaitan transisi pengurusan jangka masa panjang pandemik Covid-19'.
Pagi:
Majlis rasmi di sini. Sekadar hadir untuk memeriahkan suasana. Batuk + sakit tekak membuatkan aku rasa sedikit tidak selesa sepanjang majlis berlangsung.
10 Mei 2023 - Rabu
Sekarang..
Moga semuanya baik-baik sahaja.
Batuk + sakit tekak masih belum baik.
#RemajaPurba: ...
Kalau demam biasa dan sekali pakej ngan batuk selsema..memang cepat jer la positive C19 tu...syukur i dah sihat semula..tapi immune x kuat
ReplyDelete