Followers Remaja Purba

Thursday, April 20, 2023

Tol RAHMAH Percuma dan Hari Kelepasan Am Tambahan


Sebahagian kenangan yang tertinggal pada Ramadan 1444H.

Lebuh raya/Jalan raya - sesak teruk:
Dengan kadar peningkatan kenderaan di atas jalan raya turut menyumbang kesesakan jalan raya. Pilihan menggunakan kenderaan awam tidak praktikal malah menyukarkan aku. Pilihan yang ada? Hadaplah jelah seperti biasa.

Kesihatan Diri:
Alhamdulillah, aku ni tiada penyakit darah tinggi tetapi doktor yang memeriksa aku dan bagitahu tekanan darah aku sedikit tinggi. Mana tak tingginya, sepanjang bulan Ramadan ni berhadapan dengan kesesakan jalan raya yang luar biasa. Selepas Aidilfitri ni nanti, aku perlu ke hospital bagi mengetahui hasil disebalik ujian darah yang diambil. Moga semuanya baik-baik sahaja. InsyaAllah.. walau dalam hati risau tetap ada.

Hospital Tunku Azizah (Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kuala Lumpur):
Pertama kali aku akan berurusan di sini atas saranan doktor yang memeriksa dak Nuha sebelum ini. Moga semuanya berjalan lancar hendakNYA nanti. Apa yang pasti, en. Hubby akan turut menemani kerana aku tidak biasa memandu sendiri. Mahu aku tersesat nanti.

Sebagai penutup Ramadan 1444H dan sebagai kenangan untuk disimpan di sini.
 
Kuih Koci nenek Mak Ani yang dibuat dengan penuh kasih sayang.
Air tangan bekas pengasuh anak-anakku tidak pernah mengecewakan.

'cuci mata' di sini.

Berbuka di luar.
Sup Kambing pilihan en. Hubby

Mee Goreng Mamak pilihan dak Nuha

Nasi Beriani pilihan MakBudak
Aku makan tak banyak sebab lebih kepada menyuap en. Hubby dan anak-anak.
Tak membazir, kongsi bersama.

En. Hubby melayan kerenah MakBudak

Bahagia itu pilihan..

Moga tidak mengecewakan..

Bersantai di tengah malam
Bila sesekali berada di luar kawasan..

Berada di tengah Bandaraya dengan jalan raya yang sesak sentiasa..


Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2023:
Tidak perlu bergaduh berebut hendak beraya di mana. Rutin yang sama setiap kali Syawal menjelma. Moga tiada kejutan lagi untuk tahun ini kerana segala persiapan berkaitan raya belum dibuat lagi.

Dalam pada itu ada berita gembira buat semua:
  • Tol RAHMAH percuma - pengecualian bayaran tol selama empat hari sempena Aidilfitri bermula dari 19 April 2023 (Rabu) hingga 21 April 2023 (Jumaat) dan pada 24 April 2023 (Isnin). Pelaksanaan ini melibatkan 33 lebuh raya bagi semua kelas kenderaan yang mana dapat mengurangkan kos bayaran tol untuk pulang beraya bersama keluarga di kampung halaman.
  • 'Sekiranya tarikh 1 Syawal 1444H jatuh pada Jumaat, 21 April 2023, maka Kerajaan menetapkan hari Isnin, 24 April 2023 sebagai hari kelepasan am tambahan berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan 1951 bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. Walau bagaimanapun, sekiranya tarikh 1 Syawal 1444H jatuh pada Sabtu, 22 April 2023, maka Kerajaan menetapkan hari Jumaat, 21 April 2023 sebagai hari kelepasan am tambahan. Bagi Sabah dan Sarawak, Kerajaan Negeri bolehlah mengisyitiharkan hari kelepasan am pada tarikh tersebut mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing'.

#RemajaPurba: Alhamdulillah..

1 comment:

  1. selamat menyambut aidil fitri. mcm x balik kg je sbb hari ni pun masih kerja?

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...