Followers Remaja Purba

Wednesday, May 27, 2015

Selesai sudah program Teambuilding - Realising Team Spirit siri 2


Sambungan dari SINI..
Entry terakhir ni agak panjang dari biasa.. penutup pada program yang dihadiri..

Hari Ketiga.. 17 Mei 2015 (Ahad)

Pagi tersebut kami menerima kejutan di mana CEO kami sanggup meredah Tasik Banding demi melihat keadaan kami.. Meredah pulak hujan lebat.. memang terbaiklah Dato'..

Memandangkan pagi tersebut hujan renyai-renyai, maka aktiviti pagi di darat dibatalkan..
Tugasan terakhir kami sebelum sarapan pagi.. sesi mengemas mengutip sisa-sisa sampah yang ada disekitar tempat di mana aktiviti darat kami lakukan di SINI dan SINI..


Pagi-pagi semangat nak Stretching tapi tak jadi sebab hujan..
Sudahnya.. tiada lain selain dari wefie.. selfie..


Masing-masing sabar menanti keputusan penuh bagi aktiviti yang telah dibuat..

Summary.. De-Briefing.. Conclusion.. Closing Ceremony.. in the houseboat..


Acara kemuncak bila mana keputusan penuh diumumkan..
Tempat Keempat---> Team MERAH
Tempat Ketiga ---> Team BIRU
Tempat Kedua ---> Team HIJAU
Tempat Pertama ---> Team Oren

Hadiah buat Tempat Pertama..
Penginapan 2 hari 1 malam di Royal Belum.. wah.. untung arr korang..
Frust tak dapat sebab aku aim team aku untuk jadi Juara..


TAPI..
Tetap bersyukur.. walau hanya Tempat Kedua..
Hadiah merupakan 1 hari di Gopeng Caving & White Water Rafting..
Oklah kan dari takde.. belum tahu bila nak pergi..


Bersama Tenaga Pengajar, Juruletih dan our CEO..


Bersama hadiah kemenangan..


Bersama En. Mustafa dan En. Rafee


Selepas makan dan sebelum balik..
Last minute plan.. ronda sekitar tasik menaiki bot laju..


Empangan Tasik Temengor..

Sementara kami meronda sekitar tasik.. ada yang ambil kesempatan berakit.. ada yang terjun dari houseboat ke dalam tasik..
Bila kenangkan balik.. wah.. rugi tak join.. sebab masa ni aku dah siap tukar baju..
Boleh je sebenarnya bersiap dalam houseboat on the way back to Jeti tapi aku tak suka kelam-kabut..


sobsobsob..
Selamat Tinggal Pulau Pendidikan, Royal Belum, Perak..
Takde kenangan pahit pun kat sini.. semua best belaka..



Tempat penternakan ikan talapia untuk diexport ke pasaran luar negara..
Besar dan luas tempat penternakan ikan tu..
 

Kenapa jadi macam..?

Nampak tak.. nampak tak..?
Tabik hormat dengan jayanya bila mereka berjaya melepasi houseboat kami..
Mentang-mentanglah houseboat yang kami naik tu paling slow antara yang lain..

Dalam houseboat tu, aku sempat join layan karaoke lagi..
eerrr.. kepada abang houseboat tu, harapnya video kami menyanyi dan  menari tu tak di viralkanlah ye..


Selfie terakhir sebelum sampai ke jeti Tasik Banding..


Kenangan yang tertinggal..

Tahniah buat kita semua kerana berjaya mengharungi 3 hari 2 malam jauh dari dunia luar..


wefie terakhir sebelum bergerak balik ke P.J..


Gambar terakhir sebelum bateri cik Nikon padam sepenuhnya..


Alhamdulillah.. smooth je perjalanan balik..
Selamat tiba di office dekat pukul 10pm..
Takde sesi menjemput pun.. balik sendiri..



Akhirnya lengkap sudah kisah disebalik program Teambuilding - Realising Team Spirit siri 2 yang kuhadiri pada 15 - 17 Mei 2015 di Pulau Pendidikan, Royal Belum, Perak.
Team Siri 3 dah balik baru siap entry aku ni..

Buat Jurulatih.. En. Zali (BOA)..
Jurulatih En. Zali terlibat dalam kemalangan dalam perjalanan pulang di Gerik selepas program Team Building bagi siri ketiga ahad lepas..
Kenderaan yang beliau naiki telah dirempuh dari hadapan.
Kecederaan yang dialami agak teruk..
Moga beliau cepat sembuh hendakNYA..




psstt: Ingatlah.. diamku bukan bererti aku mengalah..



6 comments:

  1. Keseronokan yg panjang. Lepas balik keletihan menanti pula schedule utk memenuhi next trip atas kemenangan yg diperolehi. Best!

    ReplyDelete
  2. SA dapat bayangkan memang ini aktiviti yang sangat2 manis untuk dikenang selain sangat meletihkan...kan? tahniah Aiza...

    ReplyDelete
  3. Tempat kedua pun jadilah..tahniah!
    Semoga En Zali cepat sembuh...

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum,
    wow! bestnya.
    kalau boleh mengail lagi extra best

    ReplyDelete
  5. Uiks! Opis kitorang nak buat Team Building kat Gopeng Caving & White Water Rafting pada 12/06/15 nanti. See you there! Hehe...

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...