Followers Remaja Purba
Saturday, January 31, 2015
Aku masih rasa ting tong
Dah petang baru dapat bersiaran tanpa gangguan..
Tak cukup tidur malam tadi.. berjaga sampai pukul 4am..
Dah macam KluangMan overtime nak selamat dunia..
Tapi walau tak cukup tidur, rutin harian berjalan seperti biasa malah sempat lagi aku hantar document dekat Hotel Concorde Shah Alam..
Makan tengahari bersama family kecikku di Shah Alam..
Bagi peluang dapurku berehat dari memberikan khidmatnya seperti kebiasaan..
La ni hubby ajak dak Kakak dengan dak Adik memancing di Setia Alam..
Dak Nuha pulak jadi peneman aku kat rumah memandangkan aku malas nak ikut..
Sambil layan Transformers 2 kat tv, sambil update blog
Dak Nuha leka dengan mainan dia.. oklah.. janji dia tak meragam..
Malam nanti..
Sesekali malam minggu kita lepak kat luar ye.. bersantai bersama family..
psstt: Perhatian tu jadi kurang tapi tak bermakna melupakan..
Friday, January 30, 2015
Mak Mertua kata aku mengandung..?
My MIL ada bagitahu yang aku mungkin mengandung..
Terkejut aku..
Itupun sebab hubby whatsapp aku..
Eh! Macam mana pulak my MIL tahu ni..
Sebelum isu ni makin besar, laju-laju aku whatsapps Mala, wife adik ipar..
Dak Mala mengiyakan yang MIL ada bercerita pasal isu tersebut..
Lagi menarik bila adik ipar siap kira jumlah semua anak buah yang ada untuk agihan duit raya nanti..
Wah.. hubby pun tak cakap apa.. seolah-olah mengiyakan..
Tak boleh jadi ni..
Terus bagitahu pada Mala keadaan sebenar..
Rupanya my MIL cerita berdasarkan teori beliau..
Aku dah jarang balik rumah beliau..
Yup.. ini aku akui..
Memang sejak awal tahun hari tu aku dah jarang balik kampung menjenguk FIL dan MIL..
Bila dah mula musim persekolahan ni, lagilah susah nak balik..
Serba salah aku..
Aku bagitahu sebab musim persekolahan dah bermula.. jadi masa yang ada agak terhad dan aku sendiri sibuk dengan rutin mingguan di rumah..
Tak nak bau dapur mak..
Kalau aku mengandung, dapur adalah kawasan larangan aku untuk 3 bulan pertama..
Memang aku tak boleh bau masakan.. lembik jadinya..
Aku bukanlah tak makan langsung tapi kalau pergi rumah MIL mesti hangus dietku..
Tapi biasanya aku makan je.. siap bersilat sudip senduk dengan hubby lagi kat dapur memasak..
Akhirnya terjawab sudah persoalan my MIL berkenaan status aku mengandung atau tidak..
Kesimpulannya di sini.. aku TIDAK mengandung..
Tak perlu buat pregnancy test.. rugi je sebab memang confirm tak mengandung..
Cukuplah buat masa ni.. buah hati yang ada.. Dak Kakak, dak Adik dan dak Nuha..
Inipun tak menang tangan aku nak uruskan..
Tambah lagi..? eeerrr... eeeemmm.. K.I.V dulu boleh..?
psstt: InsyaAllah.. weekend ni aku dah peruntukkan masa yang ada untuk balik kampung menjenguk ibubapa kedua-dua belah pihak..
Thursday, January 29, 2015
Petua mudah bagi yang nak kuruskan badan..
Petua ni sangat mudah..
Tak payah pergi gym, hanya dengan melakukan di rumah..
Cara pertama begini ye..
Cara kedua pulak begini ye..
Cuba bayangkan kita buat macam tu kat rumah..
'Apa dah buang tebiat ke bini aku ni..'
'Ibu ni kenapa..'
Hahaha..
Aku takdelah nak buat macam tu..
Cukuplah dengan hanya aktiviti berjogging tiap hujung minggu..
Mood: Cubaan menenangkan diri ---> Moga aku terus sabarlah hendakNYA kerana SABAR itu kunci kekuatan diri..
Wednesday, January 28, 2015
On My Birthday 28 Januari 2015
Cuti Rehat telah kumohon awal..
Berkira-kira nak gedik santai dengan abam sayang..
Beberapa tempat menjadi pilihan..
Rasa teruja tak sabar pulak..
Ok.. itu kisah kelmarin dan semalam..
Hari ni..
28 Januari 2015..
7:35 am dah touch down di pejabat.. Hari ni jelah.. hari lain biasanya lewat sikit..
Perkara pertama..
Timbang berat.. mengikut spesifikasi pada Body Fat, Body Water and Weight..
Memandangkan perlu mengikut ketinggian dan usia terkini.. jadi tak banyak penurunan berlaku..
Rasa frust sekejap tapi kenalah terima hakikat yang usia telah menginjak setahun lagi..
Tua..? Ops.. aku muda lagi ler.. masih remaja purba.. kehkehkeh..
Cabaran untuk diriku masih berbaki 2 minggu lagi..
InsyaAllah pertengahan bulan depan aku cerita kat sini..
Kata cuti..?
Kesimpulannya.. ni kes merajuk dengan hubby.. huhuhu..
Pesanan untuk abam sayang..
Delta Alpha Hotel Bravo Uniform Alpha Tango Alpha India Mike Echo Romeo Alpha Juliet Uniform Kilo, Papa Uniform Juliet Uniform Kilo Lima Alpha Hotel Bravo Alpha Lima India Kilo..!!
Terima kasih buat semua yang wish kepada Mak Budak a.k.a Remaja Purba..
psstt: Mesej dari mak buat aku sedih.. terima kasih mak.. along sayang mak..
Tuesday, January 27, 2015
Perlawanan Amal 4 Penjuru Bola Sepak Kami Prihatin
Malam minggu lepas..
Awalnya dak Kakak dengan dak Adik tak nak ikut..
Tapi bila aku cakap nak pergi Stadium, laju-laju dorang cakap nak ikut dan terus bersiap..
Taraa.. dah sampai sini..
Highway SKVE..
Lagi sekali taraa.. dah macam jakun lak aku.. syukur hubby tak pandu laju..
Kalau tak.. boleh selfie depan camera tu.. kihkihkih..
Perjalanan diteruskan menuju ke tempat ni..
Akhirnya selepas sesat 2 kali, kami selamat sampai di Stadium INSPEN, Kajang..
Perlawanan Amal 4 Penjuru Bola Sepak Kami Prihatin yang dibarisi oleh 4 pasukan:
INSPEN Football Club
Raja Lawak United
Malaysian Artists Sports Club
The Red Warrior Club KLIA
Sebelum perlawanan dimulakan.. moh kita bergambar..
Photographer: dak Kakak
Eh! Itu je gambar yang ada..?
Punca..?
Photographer cilik punya pasal ler.. spoil mood ibu tau.. huhuhu..
Dak Nuha pantang tengok aku keluarkan monopod, berebut nakkannya..
Babah pujuk pun tak layan..
Sudahnya memang takde arr walau sekeping gambar aku dengan mana-mana artis yang ada kat Stadium tu..
Ok.. ok.. perbetulkan balik niat datang ke Stadium ye Mak Budak..
Bila perlawanan dimulakan, memang takdelah duduk kat tepi padang lagi..
Nun kat atas kami duduk..
Dekat tempat duduk utama menjadi pilihan..
Caca Raja Lawak bersama rakannya jadi MC pada malam tersebut..
Nasib baiklah dak Nuha tak meragam.. kalau tak.. memang sekejap jelah kat Stadium tu..
Kenduri gol je malam tu..
Pintu gol Team Raja Lawakler yang banyak bolos..
Fizo Omar pulak cedera dan tak boleh meneruskan permainan
Moga beliau cepat sembuh hendakNYA.
Dalam pada tu ada selingan nyanyian dari 3 orang penyanyi baru..
Aman Nassim - lagu: Lafaz Setia
Ikhwan Fatanna - Lagu: Jatuh Cinta
Reza..
Lagu.. aku tak ingat.. maaflah ye..
Boleh google lagu dorang dalam youtube..
Inilah punca kenapa aku tak dapat nak ambil gambar artis yang ada masa tu..
Cik Nikon pulak dah diconquer oleh dak Kakak..
Apa yang aku boleh buat.. eemm.. layan tengok bola jelah dengan hubby..
Lama jugak kitorang kat sana..
Pkul 11 pm baru balik, itupun kami tak tengok sampai habis.. tak tahu team mana yang menang
psstt: Takpe.. nanti aku mintak hubby tanya kat Caca sape yang menang malam tu.. ekekeke..
Akhirnya selamat sampai rumah pukul 1 lebih lepas bawak anak-anak supper dulu..
psstt: Tahniah kepada pihak penganjur yang menganjurkan program ini..
Monday, January 26, 2015
Kenalah sama rata kan..
2014..
Dah 26 hari kita tinggalkan bersama lipatan sejarah..
Bila rindu sesekali ku selak sambil tersenyum sendirian..
2015..
Awal tahun punya cerita pun tak habis cerita lagi..
Tak tahu nak mulakan macam mana..
Asal nak mula je ada je kerja lain nak kena buat.. nak kena hadap.. nak kena layan..
Jadi.. kenalah sama rata kan..
Kang terlebih layan teratak mak budak ni, bising lak hubby..
So.. takpe kita pendamkan dulu kisah tu..
Hari ni mak budak nak jenguk teratak kengkawan..
psstt: Countdown ---> Bravo India Romeo Tango Hotel Delta Alpha Yankee on 28 Januari..
Saturday, January 24, 2015
Petua agar hubungan lebih mesra dan intim..
Tajuk tak hagak..
Mesti ada yang laju-laju klik entry ni..
Setiap hari kita buat perkara yang sama.. rutin yang sama..
Sampai satu tahap.. bagusnya kalau dapat ubah rutin tersebut..
Mencari kelainan bagi menceriakan lagi keadaan..
Aku share kat sini bukan nak menunjuk-nunjuk hubungan intim suami isteri itu..
Tapi macam aku bagitahu di SINI..
Sebagai manusia, kita tak dapat lari dari perasaan inginkan perhatian..
Sesekali kita lari dari rutin harian pun menarik jugak kan..
Main sorok-sorok..?
Biasa kita lihat anak-anak dok main permainan ni..
Habis pelosok ruang rumah menjadi tempat persembunyian dorang..
Besar manalah rumah tu pun nak sembunyi.. lainlah kalau main kat luar rumah..
Itu anak-anak..
Ni kalau aku yang main.. takde tempat lain dah.. dalam selimut je aku sembunyi.. kahkahkah..
Memang kedengarannya kelakar tapi pengakhirannya akan jadi happy ending..
Hilang rasa marah.. hilang rasa rajuk.. hilang rasa stress..
Kan lain dari rutin yang biasa kita buat.. bila sesekali perubahan dilakukan..
psstt: Tak cuba tak tahu hasilnya.. ye tak.. kihkihkih..
Friday, January 23, 2015
Abang cuma manusia biasa..
Dalam perjalanan banyak persimpangan
Di mana kita bertukar arah
Kau lurus ke kiri, aku tegak ke kanan
Di mana kita tersilap langkah..
Jangan cuba mencari atau menyelidik kisah silam orang yang kita sayang..
Percayalah.. esok masih ada.. lupakan sejarah silam..
Jadikan sebagai sempadan dalam mematangkan fikiran..
Kebahagiaan sebenar rumahtangga.. bila kita dapat menerima dan memahami perubahan itu.
psstt: Moga hubungan ini milik kita hingga ke akhir hayat hendakNYA..
Thursday, January 22, 2015
Jogging menggantikan Futsal dan Netball
Kali terakhir aktif pegang peluk sentuh bola ni bulan Oktober tahun lepas..
Kisah di SINI dan SINI..
La ni bola tersebut tersadai bawah meja aku..
Hujung tahun lepas cadang nak sambung dengan latihan secara berkala tapi faham jelah hujung tahun.. musim hujan..
Semangat pun rasa macam menurun je..
Sekarang lagilah.. merudum terus aku rasa..
Bukan mudah nak buat latihan berkala ni memandangkan masing-masing sibuk dengan komitmen keluarga..
Rutin harian yang tidak membolehkan untuk bergiat secara aktif dalam kedua aktiviti ini..
Baru-baru ni, TDBi dan taman depan perumahan aku berpakat untuk bermain bola jaring..
Ianya lebih kepada riadah pada hujung minggu..
Aku belum ada masa nak join lagi..
Memandangkan belum ada masa yang sesuai untuk main futsal dan netball..
Kita tukar dengan aktiviti lain yang juga menyihatkan badan..
Jogging Time dihujung minggu..
Mengambil peluang dan ruang ketika dak Nuha tidur lena takmo bangun..
Tak perlu lama.. dapat setengah jam pun dah kira baik dari tak buat langsung..
Aku cemburu bila tengok ada anak jiran yang rileks santai berjogging keliling taman perumahan aku..
Kalau dia boleh buat kenapa aku tak boleh buat.. hehehe..
psstt: Bila tengah bersemangat nak buat apa pun rasa seronok..
Letihnya pagi ni..
Rutin harian seperti biasa.. bla.. bla.. bla..
Cuma yang buat aku letih pagi tadi..
Lepas je tol Setia Alam nak masuk NKVE arah Subang Jaya.. sesaknya..
Pilihan perlu dibuat sepantas mungkin..
Laluan alternatif ke arah Bukit Raja melalui Tol Sungai Rasau memasuki Lebuhraya Persekutuan menuju ke Petaling Jaya menjadi pilihan..
Sebelum ni pun pernah buat macam tu..
Lebuhraya NKVE yang menjadi laluan utama aku jarang sesak teruk sampai tak bergerak..
Bila jadi macam tu.. memang tak lah nak redah kesesakan luarbiasa tu..
Pagi tadi aku tak pasti sebab apa.. biasanya sebab kemalangan..
Tapi hubby bagitahu malam tadi NKVE tutup 2 lorong dari Bukit Jelutong menghala ke arah Subang Jaya..
Aku rasa pihak NKVE nak buat garisan putih untuk setiap lorong memandangkan laluan 4 lorong telah siap sepenuhnya dekat situ..
Lebih kurang macam kes yang dekat SINI aku rasa..
Tak pun memang betul ada kemalangan..
Dalam penat lenguh kaki memandu tu.. Alhamdulillah selamat sampai office tapi lewat setengah jam dari biasa..
psstt: Siera Alfa Kilo India Tango Papa Echo Romeo Uniform Tango.. huhuhu..
Wednesday, January 21, 2015
'Let it go.. let it go..' bukan LEGO ye sebutannya..
Merujuk kepada entry yang INI..
Kepada yang bertanyakan pada aku kat mana aku beli LEGO besar tu..
Bolehlah menghubungi Munn Jaafar di SINI..
Bukan setakat LEGO besar tu tapi Munn Jaafar ada juga jual barangan lain..
Korang boleh klik link tu dan boleh cuba hubungi beliau..
Lego pertama yang aku beli dari Munn Jaafar..
Dapat set pencil case Frozen.. yang ni aku sorokkan dari dak Nuha.. ekekeke..
Taraaa.. ada 16 ketul dalamnya..
Hubby cakap tak cukup.. sikit sangat..
Ok.. tak cukup ye bang..
The next day, aku order lagi satu set dari dak Munn..
Dapat yang baru, yang lama dia bagi kat dak Kakak..
'Let it go.. let it go..' bukan LEGO ye sebutannya.. itu yang dak Nuha nyanyikan..
Barulah nampak banyak..
Model terbaru iklan pampers..
Dapat buat lagi banyak..
Bila dah habis susun, dak Nuha mintak lagi.. huhuhu..
Nantilah ye Nuha.. ibu gedik kat babah mintak belikan lagi..
Lepas dah main, kemas dan simpan..
Bila dah ada LEGO yang besar macam tu, lego-lego kecik yang ada tak pandang dah..
Bersepah-sepah aku tengok..
Ada kat dalam laci kabinet tvlah.. dalam bekas mainanlah.. dalam beg mainanlah.. bawah sofalah.. tepi mejalah..
Kesian dak Kakak kena kemas.. sambil mengemas sambil bebel marahkan dak Nuha..
Dak Nuha.. bila dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi..
psstt: Semalam dak Nuha bukan demam tapi demand nakkan babah dia ada.. badan dedo.. selesema.. bila hubby temankan seharian, lincah semacam aku tengok keletah dia..
Tuesday, January 20, 2015
Kegunaan Aplikasi Whatsapps
Nak jadikan sebab je ni..
Petang semalam..
Sah confirm..
Dak Nuha kena selesema..
Malam tadi dedo hangat je badan dia..
Dia boleh tersedu-sedu menangis mencari babah dia malam tadi..
Kebetulan hubby balik lambat sebab nat pada tayar kereta cikPutih yang baru tukar tu problem..
Bila hubby dah balik, melekat jelah dengan babah dia..
Aku pun senang hati dapat siapkan baki rutin harian yang tertunggak..
Pagi tadi..
Hubby whatsapps nak bawa dak Nuha ke klinik..
Badan dia hangat balik.. bila sebut klinik takmo pergi.. merengek gediklah dia..
Semua gambar dalam entry ni adalah hasil whatsapps dari hubby pagi tadi..
Selfie dulu bersama anak atok sedara..
Pandai Babah pilih baju ye Nuha.. jeles ibu.. kihkihkih..
Dalam perjalanan nak ke klinik..
Singgah dulu sarapan pagi..
'aik.. ni demam ke demand..?'
Dah sampai kat klinik..
Macam kat rumah dia buat..
Dengan hubby baik je dia.. kalau dengan aku.. mak aii.. boleh teruji kesabaran aku dibuatnya..
Kalau dengan babah minta apa saja boleh dapat..
Dengan ibu macam-macam tapisan kena lalu..
Akhirnya.. babah kena cuti jaga dia kat rumah sepanjang hari ni..
Ada cerita disebalik LEGO tu.. next entry..
Rumusan dari kisah hari ni..
Balik kerja petang nanti..
Aku tak perlu nak terkejar-kejar ambil dak Kakak balik sekolah..
Aku tak perlu nak terkejar-kejar memasak walau hakikatnya kena masak..
Aku tak perlu nak bebel manja kat anak-anak walau hakikatnya anak-anak tetap kena bebel..
psstt: 'I know u dear.. once sayang dah sentap terus mood spoil.. ok.. my mistake..' ni gara-gara berangin dua tiga hari ni..
Monday, January 19, 2015
Dugaan pagi tadi.. CikPutih merajuk..
Dua minggu lepas buat pertama kali dia meragam..
Nasib baik kejadian berlaku kat parking office..
Dan lagi bernasib baik member office tolong tukarkan tayar..
Lagi menarik, kena guna tayar spare dia..
Tayar spare aku bawah kereta dan susah nak membongkok mengambilnya..
Terima kasih tak terhingga pada Faiz sebab tolong akak tukarkan tayar..
Dah sampai masa dia nak merajuk nak buat macam mana kan..
Terima kasih banyak-banyak Faiz..
Pagi tadi..
Nasib baik aku perasan dari rumah lagi..
Cik Putih merajuk terus kali ni..
Kuserahkan pada hubby untuk settle kan hal cik Putih tu..
Bawa ke kedai tayar, dorang tanya mana aku.. kihkihkih..
Ni semua sebab last year tukar tayar awek hubby..
Aku suka tukar tayar kat situ sebab dorang layan baik..
Pagi tadi dari Subang susur ke Lebuhraya Persekutuan..
Jalan yang rosak tu disebabkan kejadian tanah runtuh ditebing bukit sebelah kiri tu..
Sebelum tu aku tak perasan sangat.. sebab yelah aku memandu.. tak dan nak tengok..
Mana nak tengok kiri kanan.. mana nak elak jalan berlekuk-lekuk..
Tapi kalau siapa yang lalu kat situ akan perasan agak teruk kawasan bukit tu terhabis..
eemm.. 'air melintas..'
Kalau guna perkataan air bertakung boleh tak..?
psstt: Jangan mengharapkan sesuatu yang diluar kemampuan kerana itu mampu mengecewakan bila harapan itu tersasar dari apa yang diinginkan..
Sunday, January 18, 2015
Kesetiaan suami isteri diduga di saat..
Kepada isteri yang punya suami berpangkat besar dan jutawan jaga suami dengan baik kerana mereka calon yang sering diintai wanita lain.
Bukan saja artis, orang biasa pun.. dah tentu mereka takkan kejar yang sengkek..
Jadi, isteri yang selalu mengeluh kerana suami kurang berkemampuan dari segi kewangan, jangan meratap nasib. Anda beruntung kerana kedudukan anda lebih selamat..
INGAT..
Kesetiaan seorang isteri diduga di saat suami tidak punya apa-apa..
Kesetiaan suami pula diduga apabila dia memiliki segala-galanya..
---> Sumber newspaper..
Satu nasihat yang aku nak kongsi bersama..
Walau macam mana krisis yang kita hadapi..
Tenangkanlah hati..
Kuatkanlah hati..
Sabarkanlah hati..
Jangan cepat mengalah..
Jangan cepat terus tewas..
YAKIN.. Itu hanya ujian yang diberikan olehNYA..
Jangan mudah lupa diri bila kita berada di atas..
Hidup ibarat roda..
Kita semua memahami putarannya bagaimana..
Andai niat kita baik, ganjaran yang diterima pasti tak terjangka..
Moga kita semua sentiasa di bawah lindunganNYA..
psstt: Bila sibuk tak bermakna diri dilupakan.. perhatian jadi kurang..
Saturday, January 17, 2015
Sabtu Ketiga Bulan Pertama Tahun 2015
Alhamdulillah..
Kita masih di sini..
Tegak lurus duduknya kita bersantai bersama keluarga..
Merehatkan diri dari urusan sekolah dan kerja..
Cuba mencari rentak bagi menghadapi rutin yang sama minggu depan..
Dak Kakak..
Kembali menghadiri kelas mengaji Al-Quran di sekolah pada setiap hari Sabtu..
Dak Adik..
Rutin yang sama seperti dak Kakak..
Dak Nuha..
Dah pandai mencari kawan nak main kat luar rumah.. takmo masuk dalam rumah..
psstt: Takkan sesekali biarkan kau jauh dari diriku.. harap engkau mengerti..
Friday, January 16, 2015
Bukan aku sorang yang hadapi perkara yang sama..
Minggu pertama musim persekolahan bagi sesi 2015 agak kelam-kabut..
Mana nak uruskan anak-anak..
Mana nak uruskan hal di pejabat..
Mana nak kejar masa elak kesesakan jalanraya walau dah tahu memang tak boleh nak elak..
Mana nak kejar masa ambil dak Kakak balik sekolah..
Mana nak bersilat kat dapur memasak.. memandangkan tahun ni chef hubby balik malam, jadi akulah yang kena masak.. sedap atau tidak belakang cerita..
Tu belum masuk cerita waktu malam pulak..
Bak kata abam sayang..
Bukan aku sorang yang hadapi perkara yang sama.. tapi kita kenalah kuatkan hati.. jiwa kita.. banyakkan bersabar.. InsyaAllah dipermudahkan urusan harian kita..
Ada banyak cerita yang masih tersimpan dalam draft.. entah bila nak aku share kat sini..
Perlahan-lahan aku akan cuba.. InsyaAllah..
psstt: Terima kasih abam sayang penyuntik semangat dikala aku keresahan..
Thursday, January 15, 2015
Minggu yang agak kelam-kabut
12 Januari 2015 - Isnin
Urusan Persekolahan dak Kakak dengan dak Adik..
Entry akan menyusul..
13 Januari 2015 - Selasa
Kali pertama dalam sejarah pergi kerja TERPAKSA ikut laluan Damansara..
Kisah di ---> SINI..
14 Januari 2015 - Rabu
Bertabahlah mak budak berhadapan dengan kesesakan di SINI sehingga kerja-kerja pembaikan jalan selesai.
15 Januari 2015 - Khamis
Jadual Agihan Bantuan Khas Awal Persekolahan 2015 yang telah disusun atur oleh PPD..
Aku cuti hari ni memandangkan sesi persekolahan anak-anak tak sama..
Dak Kakak sesi pagi.. dak Adik pulak sesi petang..
psstt: esok aku di pejabat..
Wednesday, January 14, 2015
Susur Subang Jaya - Lebuhraya Persekutuan pagi tadi
Bila bercerita mengenai sesaknya jalanraya.. mana-mana pun sama..
Pemandangan biasa bila berada di atas jalanraya..
Tapi bila bab sesak atas jalanraya.. memang ramai pemandu Malaysia boleh jadi mental.. dan akulah salah seorang darinya..
Kisah pagi tadi..
Laluan susur Subang Jaya menghala ke arah Lebuhraya Persekutuan telah ditutup satu lorong sebelah kiri kerana terdapat kerosakan pada jalan tersebut.
Aku rasa kelmarin atau semalam satu lorong tersebut ditutup sebab aku baru lalu pagi tadi..
Kisah semalam di SINI..
Pemandangan biasa bagi aku..
Lorong kiri yang rosak ditutup kepada lalulintas..
Kenapalah waktu cuti sekolah bulan Disember lepas tiada tindakan membaiki jalan diambil?
Masa tu pun jalan takdelah sesak teruk macam musim persekolahan la ni..
Ok.. bersangka baik.. mungkin pihak berkenaan baru dapat peruntukan dan baru dapat kelulusan bagi membaiki jalan tersebut.
Kat situ je dah buang masa..
Masuk kerja lambat, keluar kerja pun lambat..
Kesian kat dak Kakak kena tunggu lama kat sekolah petang ni..
Sabarlah ye.. ibu lambat lagi petang ni ambil kakak balik sekolah..
Malam tadi..
'Ibu.. mik bar nuaa..'
update: ('Ibu.. amik gambar Nuha..)
Peneman aku ketika aku sibuk menggosok baju sekolah dak Kakak dengan dak Adik..
Pantang tengok aku pegang handphone.. disuruhnya amik gambar dia..
Gaya terkini.. macam dalam gambar tu.. kihkihkih..
LEGO tu ada kisahnya.. nanti next entry..
Kisah dak Kakak dengan dak Adik sekolah pun takde entry lagi.. eemm.. pun nantilah..
psstt: Pesan abam sayang.. bukan aku seorang yang berhadapan situasi yang sukar, walaupun benda yang remeh tapi tetap kita kena hadapi dengan tenang dan sabar..
Tuesday, January 13, 2015
My New Tom and Jerry Kids..
Bila datang mood baik dak Adik.. dia layan baik je dak Nuha..
Datang mood swing dia.. dak Nuha dia kerjakan..
Aku pun geram dengan dak Nuha..
Kuat sangat merengeknya bila kena sakat..
Geram bukan sebab marah tapi geram nak sakat lagi..
Macam tu lah agaknya dak Adik geramkan dak Nuha..
Sementara tunggu dak Kakak gunting rambut.. elok je dorang berdua ni..
Lepas dah selesai.. macam Tom and Jerry dorang berdua..
Dulu dak Adik sakat dak Kakak.. sekarang dak Nuha jadi mangsa..
psstt: Jika kita terus ikut naluri.. tak ke mana..
Geram dengan Laluan Kontra NKVE Shah Alam - Subang Jaya
Sebagaimana pengguna lebuhraya NKVE sedia maklum, satu laluan kontra dari arah Shah Alam ke Subang Jaya biasa akan dibuka pada setiap hari kecuali pada musim cuti persekolahan.
Dengan kenderaan yang semakin meningkat ketika ini, aku berterima kasih kepada pihak pengendali NKVE membuka laluan kontra tersebut untuk mengurangkan kesesakan.
Tapi masalah timbul pagi tadi di mana laluan kontra tersebut yang biasa berakhir sebelum susur ke Subang Jaya telah ditukar hanya selepas susur tersebut.
Apa yang berlaku pagi tadi..?
Aku tak boleh melepasi susur ke arah Subang Jaya hanya disebabkan laluan kontra tersebut berakhir selepas susur Subang Jaya.
Ok..
Marah.. dah tentu..
Panas hati.. dah tentu..
Kecewa.. dah tentu..
Penat.. dah tentu..
TERPAKSA pulak ikut laluan susur lebih jauh gara-gara laluan kontra tersebut..
Serius aku tak pernah lalu laluan ni waktu pagi.. waktu kemuncak.. waktu nak pergi kerja.. kalau jalan kampung senang.. boleh u-turn.. ni highway.. nak u-turn celah mana..
Susur Damansara..
Hari ini dalam sejarah..
Pergi kerja terpaksa menggunakan laluan lebih jauh dari biasa.. terpaksa pulak berhadapan dengan kesesakan jalanraya yang teruk hazabedah tu..
Macam manalah dorang yang berhadapan dengan kesesakan teruk tu setiap hari..?
Aku yang baru hadap hari ni dah rasa stress semacam..
Bukan selalu dapat bergambar macam ni..
psstt: Kesian dak Kakak tunggu aku lama kat sekolah petang nanti..
Saturday, January 10, 2015
Jogging Time..
Permulaan 2015 yang menarik..
Minggu lepas berjaya dengan 8 pusingan di sekeliling TDBi..
Teruskan usaha..
Jadikan ia rutin seperti tahun 2014..
Friday, January 9, 2015
Kita boleh kawal Nafsu..
Sebelum tu..
Aku nak minta maaf andai entry aku kebelakangan ni agak jiwang dan ada yang tak suka..
Mana yang baik kita jadikan teladan.. mana yang kurang baik kita ambil jadikan sebagai pengajaran dan pengalaman untuk kita jadi lebih baik dari sebelum ini..
Dalam pada terima pujukan..
Dalam pada terima ayat-ayat cinta dari abam sayang..
Teguran membina tetap aku terima..
Macam aku bagitahu tadi.. yang baik kita jadikan teladan..
Kadang-kala aku lalai dan alpa.. ambil mudah dalam banyak perkara..
Tapi bila sesekali dapat teguran macam ni.. sebenarnya DIA masih sayangkan aku dan memberi ruang pada aku untuk berusaha menjadi yang lebih dari sebelum ini..
Menyedarkan aku dari terus membuat sesuatu yang kurang bermanfaat..
Tak banyak sikit ada perubahan dalam diri..
Aku takdelah baik mana tapi aku juga tak nak termasuk dalam golongan mereka yang lalai.
psstt: Ya!Allah.. Permudahkanlah.. jangan dipersulitkan dan Kau akhirkanlah dengan kebaikan..
Thursday, January 8, 2015
Lain kali jangan merajuk ye..
Tinggal 3 hari lagi sebelum anak-anak akan memulakan persekolahan.
Tengok checklist.. sekali aku belum lagi jahit lencana dan nama dorang kat baju sekolah..
Ni yang den lomah ni..
Kelmarin cuba jugaklah jahit pada baju sekolah dak Adik.. dekat sejam aku buat..
Sampai hubby naik rimas tengok aku.. 'tak siap-siap lagi ke..?'
Dah separuh jahit aku bukak balik sebab senget.. bila sampai 3 kali asyik senget.. ah.. lantakkan.. janji ada lencana kat baju tu..
Itu baru sehelai.. bukan 2 bukan 3..
Macam baru pertama kali pegang benang dengan jarum pulak..
Bertabahlah ye mak budak sebab ada lagi beberapa helai yang perlu disiapkan..
Tu kisah kelmarin..
Ni pulak kisah tahun lepas.. alah minggu lepas je pun kisahnya..
Merajuk dan mintak dipujuk dari abam sayang..
Luka ditangan sebab salah sendiri tapi sebab sebelum tu memang tengah merajuk pun makanya pakejler mintak dipujuk..
What ai want is perhatian.. perhatian.. perhatian..
Luka tak seberapa..
Merajuk yang lebih..
psstt: Buat semua mangsa banjir.. bertabahlah.. kuatkan semangat.. sedih memang sedih.. payah memang payah.. tapi bukan kemahuan kita keadaan sebegitu..
Wednesday, January 7, 2015
Umang Umang BBQ Steamboat, Bukit Kapar
Entry tertunggak..
Kisah pada 2 Januari 2015..
Kalau tahun lepas aku makan di Captain Steamboat & Grill.. kali ni kita tukar selera pulak..
Tempat pilihan kali ni beroperasi sejak awal tahun lepas.. cuma baru kali ni berkesempatan nak cuba..
Nak kata aku sambut anniversary kat tempat ni tak jugak.. cuma lebih kepada perjumpaan bersama adik-beradik hubby..
Mudah nak cari sebab berada di laluan utama dari Pekan Meru ke arah Puncak Alam..
Kalau dari Pekan Meru dalam 3 km, Restoran ni berada di sebelah kiri..
Kena alert sikit sebab signboard nak masuk tu kecik sikit
(pemilik Umang-umang boleh tukar signboard lagi besar rasanya kat tepi simpang jalan masuk tu)..
Umang-Umang BBQ Steamboat, Bukit Kapar
Lokasi: Lot 5466, Jalan Sekolah, Kampug Bukit Kapar, Selangor
Harga : RM23 (dewasa), RM10.90 (kanak-kanak), RM13.90 (60 tahun ke atas)
Waktu Operasi : 6.00 pm – 11.00 pm (Tutup hari Khamis)
Tempahan : 011-2816 9501
Maklumat yang sama boleh didapati di SINI..
Kali pertama hujung tahun lepas.. bersama SIL dan hubby kami cuba di sini..
Masa ni ada menu kambing.. 2nd time pergi tak dak pulak..
Menu yang berbeza setiap hari..
Ada dua pilihan sup..
Sebelum ni kami pilih sup ayam.. kekonon tak nak bagi anak kepedasan kalau ambil tomyam tapi sudahnya dak Nuha langsung tak nak makan masa tu..
Dia cuma makan bila ada ice cream.. lagipun masa tu waktu dia tidur..
Kali kedua pada 2 Januari 2015 lepas bersama adik-beradik hubby..
Kali ni kami pilih sup tomyam.. takdelah pedas mana.. mungkin sebab ada beberapa sos yang disediakan mengikut selera pelanggan..
Dak Adik paling banyak makan daging blackpepper..
Dak Nuha tak pandang menu lain dah.. ice cream jadi pilihan hati..
Ice cream ni akan di hantar oleh pelayan..
Biasa aku tengok dorang serve ketika lepas dah kenyang makan steamboat.. kira dessert penutuplah sebelum balik..
Tapi aku minta sedari awal nak bagi dak Nuha senyap sebab masa ni dia meroyan nak balik nak main dengan anak jiran kat rumah.. huhuhu..
Nasib baik makan pujuk.. itupun adik hubby yang pujuk.. takmo duduk dengan aku.. nak duduk dekat cikPen nya..
Bersama adik-beradik hubby.. Ini pun kurang 2 orang ahli tak dapat join sama..
Selesai makan..
Hubby dah tahu dah perangai aku.. tak suka bersepah-sepah atas meja tinggal macam tu je..
'aaa... kat sini ada kerja kosong tak.. akak ni takde kerja..' huhuhu..
Cuba dulu baru tahu..
psstt: Rasa sayang.. rasa cinta yang tiada berpenghujung..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Ingatan Purba
The author will not be responsible for any comment left by the readers.
Please comment using polite language.
Thank you.