Followers Remaja Purba

Friday, May 31, 2013

Model BabyGap


  • Terima kasih pada Atika Rafina a.k.a Mummy Azroi..
  • Hadiah tersebut selamat tiba petang semalam..
  • Sebenarnya beliau berhajat nak bagi hadiah masa birthday dak Nuha bulan lepas tapi ada masalah semasa proses penghantaran..
  • Malam tadi try test.. terkedek-kedek dak Nuha menggayakannya..

Gaun yang comel untuk dak Nuha..
psstt: Awalnya aku risau takut tak muat.. hehehe..


Dan.. inilah dia modelnya..

auntie.. terima kasih ye auntie..
muaaaahhhhh..



psstt: Apa-apapun terima kasih banyak-banyak ye Atika.. dan selamat berpantang..



Eh! Bukan itu suara anak kita ke bang..?



  • Sejak dak Kakak dengan dak Adik balik kampung.. aku dengan sewenang-wenangnya boleh menonton tv tanpa gangguan..
  • Tapi.. bila terlebih fokus, mulalah dak Nuha alihkan perhatian aku..
  • Bosan le tu..
  • Tengah lipat kain.. dia pun sama tolong 'kemaskan'..
  • Sudahnya bila dah penat, merengek nak tidur..
  • Baru nak tidur.. dengar pulak orang bagi salam..
  • Eh! Bukan itu suara anak kita ke bang..?
  • Rupa-rupanya dak Kakak dengan dak Adik balik..
  • Bukan itu je.. pakej dengan family SIL dan BIL bertandang..
  • Frust dorang tak dapat makan char keoy teow chef hubby..
  • Sudahnya, apa yang ada jelah kami hidang kat rumah..
  • Lewat malam dorang balik.. lagi best dak Kakak dengan dak Adik pun ikut sekali..
  • Seronok bergumbira dengan sepupu-sepapat dorangler tu..
  • dak Nuha jugak kena tinggal..



psstt: By hook pr by crook petang ni amik dak Kakak dengan dak Adik sebab esok dak Kakak ada kelas kat sekolah..

last psstt: Lepas tu balik kampung.. yeye..




Thursday, May 30, 2013

Bila anak-anak takde..


  • aaaaa.. eeerrrr... eeeemmm..
  • Kalih kiri.. kalih kanan..
  • Pandang depan.. pandang belakang..
  • Tengok atas.. tengok bawah..
  • Sunyi sangat-sangat bila 'Tom and Jerry' takde kat rumah..
  • Dak Nuha golek sana golek sini.. akhirnya terus senyap..
  • Rupa-rupanya tidur..
  • Bosanler tu.. takde geng..



psstt: Ni lah jadinya.. bila anak-anak takde kat rumah..



Wednesday, May 29, 2013

Percutian tajaan..



  • Dak Kakak dengan dak Adik mendapat percutian tajaan hubby selama 3 hari 2 malam..
  • Wah.. best tu kakak.. adik.. takdelah dengar suara 'gagah perkasa' ibu ni..
  • Nampaknya dak Nuha takde kawanlah kat rumah.. takdelah kena sakat lagi dengan dak Adik..
  • Sunyilah rumah dari suara 'Tom and Jerry' dorang berdua tu..

Pagi tadi, senang je kejutkan dorang..



psstt: Percutian.. ---> balik rumah atok dengan wan dorang..




Tuesday, May 28, 2013

Ragam dak Nuha


  • Aku ni kalau tengok keadaan anak2 'cedera' + berdarah.. panic usah cakaplah.. memang nampak over terlebih.. walhal kekadang tak teruk mana pun..
  • Tapi biasalah akal anak-anak.. tak cuba.. tak kena.. tak jadi..
  • Baru-baru ni dak Nuha jatuh tersembam + tergigit lidah..
  • Aku ingatkan sikit je tapi bila tengok dia menangis berguling + mulut berdarah.. tak fikir apa dah.. basuh muka dengan mulut dia, tengok keadaan ok ke tak..
  • Atok sedara suruh bawak ke Klinik untuk dapatkan rawatan susulan disebabkan masa kejadian dak Nuha tengah minum air dari straw..
  • Syukur Alhamdulillah.. cuma kesan gigitan kat lidah dak Nuha je yang jelas kelihatan.. yang lain ok takde pape..
 
  •  TAPI..
  • Lepas kejadian tu..
  • Sikap dak Nuha berubah sikit.. ---> dah takde gedik santai dah..dah jadi seorang yang 'berangin'..
  • Kalau sebelum ni senang nak urus.. la ni.. kuat betul 'angin lintang' dia..
  • Bila jadi macam tu.. dak Adik paling suka menyakat.. gamat + bingit rumah dibuatnya dengan jeritan dak Nuha..
  • Jangan kata dak Nuha.. dak Kakak pun disakatnya..



psstt: Tak sabar nak tunggu hujung minggu ni.. nak balik kampung.. yeye..



Monday, May 27, 2013

Sunday, May 26, 2013

Sukaneka Tahunan TDBi 2013


  • Sukaneka pertama diadakan bagi tahun 2013 di TDBi..
  • Acara bermula seawal 8.30 pagi..
  • Dak Kakak dan dak Adik yang teruja.. aku layankan aje..

Keadaan cuaca yang baik membantu melicinkan lagi sukaneka ni..
 

Sarapan pagi.. nasi lemak 'telur goyang'..
 

Sebahagian dari hadiah untuk para peserta..
 

Dak Adik bersama para peserta..
 

Dak Adik bagi kerjasama yang baik bila bergambar, biasanya susah ya amat..
 
 
 
Sebahagian dari acara yang disertai anak-anak warga TDBi..

 






Sesi penyampaian hadiah kepada para peserta
 

Sesi agihan hadiah berpasukan..
 

Sebahagian warga TDBi..
 

anak Babah..
 

Dak Nuha dah kepenatan..
 

Gedik manja kat babah dia..
 

Ops.. baby ni pun kena tempias balingan 'mesra' tepung k.hema..




psstt: Nasib jurugambar.. dari awal sampai akhir, takde sekeping pun gambar.. alahai..

last psstt: Buat yang bertanya sebelum ni maksud TDBi ---> Taman Desa Baiduri..




Belum pernah dalam sejarah.. kata hubby..


  • Aku rasa ni kali pertama aku pergi kenduri kahwin tanpa dapat merasa nasi minyak.. sekadar sarapan pagi yang disediakan oleh mak pengantin..
  • Ni gara-gara hubby ada urusan lain selepas tengahari semalam dan taknak kelam-kabut, itu yang awal sampai kat rumah pengantin..
  • Walaupun hanya sarapan pagi tapi dapat layanan istimewa dari family pengantin..
  • Memang dalam sejarahlah..
 
 
PAGI SEMALAM..

Tak dapat amik gambar dengan pengantin, baju pun jadilah..

Pelamin yang hampir siap..
Biasa mesti bergambar dengan pengantin, tak pun ada jugak gambar pengantin atas pelamin..
Nah.. ini kali tanpa pengantin..

Bunga telur yang telah di'gubah' oleh dak Nuha..
 
 
 
 
MALAM SEMALAM..
 
Sup tulang (tanpa nasi dan telur), sate + kuah kacang..
 
 
 
 
psstt: Selamat Pengantin baru buat Siti Nasuha dan pasangan.. moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat..
 

last psstt: Terima kasih chef hubby.. minggu depan masak lebih lagi.. ;)




Friday, May 24, 2013

Baru bercadang nak buat..


  • Sementara dak Kakak, dak Adik, dak Nuha masih tidur.. aku bercadang nak memulakan larian pertama aku di TDBi ni..
  • Walaupun cuba di'halang' oleh hubby (menyakat) tapi keinginan aku membuak-buak nak buat..
  • Tapi sayang..
  • Takdan nak gedik santai kat luar rumah ---> hujan turun dengan lebatnya..
  • Sudahnya aku 'berlari' kat sini..
  • Syukur Alhamdulillah.. pagi ni tak perlulah aku siram pokok kat depan dan belakang rumah aku ni..


psstt: Malam minggu ni akan ada penambahan menu ---> nasi putih + sup tulang + telur masin..

last psstt: Bila hujan.. streamyx dah macam astro pulak.. ---> LEMBAB + SLOW.. gggrrr..




Wednesday, May 22, 2013

Memorial Tun Abdul Razak, K.L



Mak Budak a.k.a Remaja Purba tidak akan bersiaran untuk hari ni dan esok kerana menghadiri kursus di Memorial Tun Abdul Razak, K.L..



psstt: Will miss u guys..



Tuesday, May 21, 2013

Nak bagi orang sayang..




  • Boleh dibilang berapa kali aku guna stroller ni sejak dari dak Kakak lagi..
  • Nak bagi orang sayang.. yelah.. memikirkan masa tu kot-kot bertambah lagi ahli keluarga..
  • Dan kini dak Nuha pulak menggunakannya..


Senang.. tak payah dukung dah..


Aku sengaja bagi dia main.. dah penat senang tidur.. hehehe..

Masa ni kebanyakkan anak-anak TDBi dah beransur balik ---> yelah.. dah lewat malam.. tu yang nampak kosong takde orang..






psstt: Tak sabar nak tunggu hujung minggu ni.. moga berjalan dengan lancarlah hendakNYA..

last psstt: Nanti boleh guna lagi stroller tu kan Nuha kan..




Monday, May 20, 2013

Tu lah.. semalam hensem.. hari ni dah tak hensem.



Minggu lepas dak Adik jatuh basikal.. agak teruk keadaan mukanya.. Bibir atas bengkak, pipi kiri pun sama..Dahi pun turut kena tempiasnya.. Sebelum tu dah pesan jangan bawak basikal laju-laju.. tapi biasalah.. selagi tak kena, selagi tu lah dibuatnya..Dipendekkan cerita dua hari jugaklah dak Adik tak bersekolah.. Kes malulah tu..

Semalam.. jiran kat rumah cerita..

J: Kan dah tak hensem..
A: Tu lah.. semalam hensem.. hari ni dah tak hensem..

Gelak aku mendengarnya.. adik.. adik..


Dak Kakak sedang menghayati char keoy teow chef babah dia..
Dak Adik sedang cover muka dia yang dah tak hensem tu.. huhuhu..




psstt: Sekarang dia dok pujuk aku suruh repair basikal dia yang turut  'cedera' tu..


Saturday, May 18, 2013

Kali ni kepci pulak


  • Kali ni turn anak-anak pulak gedik manja layan KFC.. sempena birthday KakNgah anak atok sedara..
  • Nasib baik ada seketul drumstick untuk dak Nuha..
  • Baiknya dia.. makan setempat.. maka senang nak kemas tak bersepah..

kualiti gambar kurang menarik..




psstt: Malam ni nak lepak makan char Keoy Teow hubby pulak..





Friday, May 17, 2013

Minta kecik dibaginya yang besar..





    Nak ketuk paku yang terjulur dicarpet office je pun..



    psstt: Alhamdulillah rezeki hubby menanti malam nanti.. Moga ianya berjalan dengan lancar hendakNYA..





    'Dah timbang berat..?'


    • Satu soalan dari blogger the malay male..
    • Sejak dah tau berat mencanak naik.. amat jarang aku timbang berat..
    • Bukan apa.. konon-konon nak percaya yang berat masih maintain sama.. walhal.. dah mengembang..
    • Sape taknak slim kan..?
    • Masalahnya..
    • Bila chef hubby ada kat rumah je, tekak aku pun gedik manja nak itu.. nak ini..
    • Hubby pulak layan je tekak dengan perut aku ni..
    • Paling-paling pun hubby akan cakap 'yang gemuk awak..' uwaaaa...


    psstt: Bak kata blogger Lana.. 'Akak makin happy bila hb tak outstation,hik3'..

    last psstt: Mungkin sebelum ni aku sendirian menguruskan hal rumah dan anak-anak agaknya..




    Thursday, May 16, 2013

    Pertama kali aku try nih..


    • Pertama kali aku makan menu ni..
    • Menu dari Pantai Timur.. member office bawak..
    • Aku siap tanya cara nak masak..
    • Cheh..! Macam nak buat.. sudahnya nanti chef hubby jugak jadi mangsa.. kihkihkih..


    pulut sotong


    psstt: Betullah.. semakin menggebu-gebu selera aku sekarang ni..




    Kau ibarat lilin membakar diri


    • Dari huruf A hingga ke huruf Z..
    • Dari nombor 1 hingga nombor 10 dan seterusnya..
    • Dari huruf Alif hingga Ya..
    • Dari tak faham akhirnya faham..

    Alhamdulillah..
    Dari tak kenal huruf, akhirnya lancar menulis dan membaca..

    Alhamdulillah..
    Dari tak kenal nombor, akhirnya mampu menjawab soalan berkisar nombor..

    Alhamdulillah..
    Dari Muqaddam hingga Al-Quran.. --> yang ni kena mahirkan lagi diri..

    Alhamdulillah..
    Terima kasih cikgu.. kerana sabar mengajar tanpa jemu..
    Terima kasih cikgu..
    Terima kasih cikgu..


    SELAMAT HARI GURU
    Kepada semua Guru yang pernah mengajar aku khususnya dan semua guru di seluruh Malaysia amnya..





    psstt: Kali ni anak-anak tak pulak 'paksa' aku belikan cikgu dorang hadiah..




    Wednesday, May 15, 2013

    Berduaan-duaan mana haram..



    •  Baru-baru ni aku lunch date dengan hubby..
    • Wah.. tak menahan selera.. semakin menggebu-gebu..
    • Nak pulak sejak hubby dah tak outstation.. wah.. tekak aku bagi kerjasama sepenuhnya kat perut.. makan.. makan.. makan..

     Alhamdulillah.. bukan setakat kenyang tapi 'sendat' perut dibuatnya..




    psstt: Berduaan-duaan dengan encik suami mana haram.. kan.. kan.. kan..




    Dak Adik belum ada geng..



    • Dak Adik memang susah nak ajak bergambar..
    • Bila dia semakin membesar ni lagi susah nak amik gambar dia..
    • Tapi..
    • Bila sekali kena paksa..





    psstt: Dak Kakak dan ada geng --> dak Nuha..

    last psstt: Dak Adik masih belum ada geng lagi..




    Tuesday, May 14, 2013

    Kenduri Aqiqah kat rumah MIL..



    Kenduri Aqiqah anak buah hubby kat rumah MIL pada hari Sabtu lepas..

    baby boy.. yang diraikan..



    turut diraikan.. sambutan hari lahir dak Nuha..
    Dua kali potong kek.. kali pertama kat rumah atok saudara baru-baru ni..



    dak Nuha agak gayat di situ..

    Kek untuk dak Nuha.. dalamnya penuh ice cream..


    Belum sempat sambut pun.. dak Nuha tidur dulu.. letih sangat..



    Dalam kebisingan anak-anak buah berkaraoke, dia lena tanpa gangguan..




    psstt: Bila tengok macam ni.. tetiba rasa macam nak bagi dak Nuha adik je.. erk..??





    Monday, May 13, 2013

    Tiada perubahan besar setakat ni



    Dak Kakak..
    • Dak Kakak semakin baik dari demam baru-baru ni..
    • Kesian dia, pergi kenduri aqiqah rumah MIL diam je.. tak macam biasa..
     
    Dak Adik..
    • Dak Adik semakin menjadi-jadi lasaknya.. naik basikal laju-laju ntah berapa kali jatuh..
    • Bila difikir balik.. eemm..
    • Dulu aku pun sama..


    Dak Nuha..
    • Pantang dengar bunyi motor babah dia..
    • Laju dia nak mengikut..
    • Pantang diajak.. mengikut je..

    Aku dan hubby..
    • Rutin harian berjalan seperti biasa..
    • Tiada perubahan besar setakat ni..


    psstt: Sejak hubby dah tak outstation ni.. masa untuk layan lappy + novel kat rumah semakin merudum.. kihkihkih..




    Friday, May 10, 2013

    Char Kuey Teow



    • Kejadian bermula pada hari Selasa lepas..
    • Bila hubby dah tak outstation.. inilah hasilnya..
    • Hari pertama memang kelam kelibut sikit bang.. nanti bila dah dapat rentak.. insyaAllah.. oklah tu.

     
    try cuba test..




    psstt: Ada pulak yang request sate.. yang ni boleh layan hujung minggu je..




    Tak boleh jadi macam ni..


    • Selasa: 06:50 am
    • Rabu: 06:40 am
    • Khamis: 06:50 am
    • Jumaat: 07:00 am


    • Sejak kebelakangan ni aku semakin lewat keluar rumah.. sampai hubby buat teguran mesra "Sejak abang dah tak outstation ni, makin lambat pulak awak pergi kerja.."
    • Entahlah.. aku pun tak tahu kenapa..
    • Cuma walaupun lewat keluar rumah, sampai office takdelah 'merah'..




    psstt: Sebelum tidur, niat nak bangun awal dan seterusnya pergi kerja awal..

    psstt lagi: TAPI..

    last psstt: Lewat lagi..





    Thursday, May 9, 2013

    Dah lama aku tak 'kisah' dengannya



    • Memang menjadi kebiasaan, pagi-pagi aku akan buka emel.. check + delete yang mana tak berkaitan..
    • Tiba-tiba..
    • Satu emel menarik perhatian..
    • Berdebar-debar + macam tak percaya pun ada..
    • Sebab dah lama aku tak 'kisah' dengannya..
    • Syukur aku tak terdelete emel tersebut..
    • Sebahagian kecil kandungan emel tersebut.. "Tuan/Puan adalah dijemput menghadiri temu duga bagi jawatan yang tersebut di bawah pada tarikh, masa dan tempat temu duga seperti berikut: ... "
    • Dah lama sangat aku tak hadiri mana-mana temuduga.. cuak gak ni..




    psstt: Nampaknya hubby kenalah hantar.. tunggu.. dan ambil aku nanti..




    Wednesday, May 8, 2013

    acik.. taknak join saya ke..?



    • Pusingan yang telah ditetapkanNYA..
    • Lepas musim panas, musim hujan pulak..
    • Part musim hujan ni, anak-anak paling suka.. nak pulak bila dapat green light main hujan.
    • Wah.. jangan kata dorang.. aku pun sama nak join..
    • Bila tengok kakak dengan abang dia main air hujan, dia ni pun terkedek gedik ikut..
    • Hari pertama ok.. antibodi dia kuat..
    • Hari kedua.. main lagi..
    • Lepas tu.. eemm.. panas badan dia..
    • Syukur tak demam..
    • Aku..? Kena bebel manjalah dengan hubby..


    acik.. taknak join saya ke..?




    psstt: Hari pertama memang kelam kelibut sikit bang.. nanti bila dah dapat rentak.. insyaAllah.. oklah tu.

    last psstt: Apakah itu..? Tunggu dah reda sikit, baru aku share kat sini..





    Tuesday, May 7, 2013

    PilihanRayaUmum 2013..



    Hari ni kita belajar buat rumusan ye..

    • JUMAAT lepas.. bawa dak Adik check up di ENT, PPUM..
    • Petangnya pulak bawa cik putih ke pusat service.
    • Keletihan.. kepenatan..


    • SABTU.. sehari sebelum PRU..
    • Kemeriahan di mana-mana dengan warna-warni bendera, banner serta poster bergantungan..
    • Dah macam nak sambut raya pulak.. memasing sibuk nak balik kampung..


    • AHAD..
    • Akhirnya.. tiba jua waktunya..
    • Berdebar-debar..
    • Syukur urusan aku tak lama sebab pagi lagi dah berada di tempat mengundi.. ---> Sekolah lama aku dulu..
    • Rindu dengan suasana zaman kanak-kanak milo..


    • ISNIN..
    • Terima kasih pada Kerajaan Negeri Selangor kerana mengisytiharkan hari tersebut sebagai cuti umum negeri..
    • Memula cuak gak aku sebab cuti tu melibatkan semua Jabatan atau tidak..
    • Tapi yang pasti memang aku cutilah semalam..


    • HARI ni..
    • Moga apa yang hubby rancangkan hari ni berjalan dengan lancar hendakNYA..  amin..



    psstt: Sekian, laporan terkini dari mak budak a.k.a remaja purba..





    Thursday, May 2, 2013

    New baby in da house..




    Terima kasih buat hubby yang merealisasikan kehendak kegedikan aku semalam..





     psstt: dak Nuha cirit-birit.. aku syak sebab susu dia.. Nak tukar jenama apa pulak kali ni..
     
     



    Ingatan Purba

    The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...