Followers Remaja Purba

Monday, August 13, 2012

Dari Pagi sampai ke tengah malam..



Seperti yang dijanjikan.. Akhirnya pagi semalam berjaya dengan percubaan pertama membuat biskut raya <--- bak kata hubby.. alah.. setakat conflakes tak mencabar langsung..

Maka dengan bangganya aku nak cite.. aku berjaya membuatnya.. tak kisahlah tak mencabar ke idak.. sebab ni first time aku buat.. biasanya kuih tunjuk je.. kihkihkih..


dak Kakak sanggup tak tidur lepas sahur pagi semalam, excited nak membuatnya.. dibantu pulak dak Angah yang meletakkan aksesori atasnya.. Aku.. tukang bakarler..



Inilah hasil dari projek pagi semalam.. simpan pulak kat dalam bekas tupperware besar gedabak tak hengat..


Terima kasih banyak-banyak pada nek Uda kerana mengajar aku membuatnya.. Sebenarnya nek Uda yang suruh aku buat sebab dak Kakak suka makan conflakes ni.. sebalang dia sorang hadap masa raya Tahun lepas..



Lepas dah siap projek mega tu, hubby bawak kitorang membeli dan belah keperluan anak-anak.. Syukur.. dak Nuha tak meragam sepanjang aktiviti tu..


Tak cukup siang.. kitorang sambung pulak sebelah malam.. Kali ni pergi pulak kat Kompleks PKNS Shah Alam.. Biasanya malam raya baru turun kat sini tapi kali ni malas nak bersesak bagai, tu yang pergi awal ---> pun ramai jugak.. tapi takdelah sampai tak boleh nak selit celah kat situ..

Complete sudah keperluan untuk raya.. Alhamdulillah.. dalam takde mood nak beraya tapi melihatkan keseronokan anak-anak tu yang meriah jadinya..


TAPI..

yang tak bestnya.. dak Nuha sakit mata.. banyak tahi mata kat mata sebelah kiri.. Jap lagi nak bawak dia check up sementara hubby belum pergi kerja ni..







psstt: dak Adik mengulang makan conflakes tu.. takpe dik.. nanti kita buat lagi pastu kita bawak balik kampung ek..

psstt lagi: Hari ni aku CUTI kerana dak Nuha.. tak sanggup nak tinggalkan kat pengasuh walaupun takdelah teruk mana mata dia tapi elok aku cegah dari awal dari terus merebak.. ye dak..

last psstt: Esok pun aku CUTI sebab takde bekalan elektrik kat TDBi ni <--- pengasuh mintak aku cuti.. waaaaaa... tertangguh lagi kerja aku kat office..



19 comments:

Kakcik Seroja said...

Tahniah kerana berjaya membuatnya. :)

nur anis said...

lega kan bila dah complete keperluan..saya belum lagi ni..huhu

Unknown said...

dear, u still breastfeeding?
petua utk Nuha, titikkan susu badan kat mata dia. Insya Allah baik dengan cepat nyer.
Susu ibu kan penuh segala khasiat..

Unknown said...

wah wah kak aiza..kami pun buat sekuk cornflake..tapi kami buat yg tambah tepung tu..

dak nuha tu cuba akak titis kan breastmilk kat mata dia. ada orang kata elok.saya pun selalu cuba. takde la cepat sangat kesannya..tapi bagus.

Ibu Lala said...

hi hi hi. kite dah buat dah biskut ni. anak anak dok keja makan je lepas berbuka. bukan buat untuk stok raya pun. tapi untuk stok anak anak makan. mudah je kan buatnye.

Munn Jaafar said...

weeee semangat! ni pun fvrite sy ni kak. ada lebih tak? ahaks :p


*mlm td ingat nk pi PKNS s.alam tu, nk cr kuih raya...tp tlajak pi jakel, MIL nk cari carpet..lgsung tak jadi.. huhu :p

Hidayah said...

betul..betul..betull..

mmg akan terasa kemeriahan raya dengan kerenah anak..

:)

eLL said...

rajinnyeeee, saya tunjuk2 je

Anonymous said...

rajin juga mengookies ni hehehe

Kakzakie Purvit said...

Kakak nak bagi petua kalau nak ikutlah. Sementara susu badan ada lagi, bangun pagi cuba sapukan mata Nuha dgn air susu (gunalah facial cotton ya ada. mana tahu boleh baik)...

Cho Zila said...

janji buat sendirikan.. mesti berbaloi2..kalau tunjuk3tu tak dapat banyak gitu...

kay_are said...

tak mencabar pun tapi cornflakes madu memang r sedap! ^__^

Dr K said...

ada baki 4-5 hari lagi sebelum raya ni, sempat lagi nak buat macam2 kuih raya..:P

Nur Sakinah Ahmad said...

kalo baby sakit mata, amek air susu ibu (susu kita tuuuu), taruk kat dalam mata/kelopak mata baby.insyaAllah mujarab.petua org tua2 dulu :)

Rina Rahamat said...

sy pon tgh berangan nk wat kuih cornflakes tu hihi sbb kuih tu paling senang kann

Cikgu Ma said...

kalo saya pun bangga..sebab mmg x pandai buat...beli pun x jugak sebab x suka kue raya...almond london yg org cakap sedap tu x suka...

Ainn Hazwany said...

Cornflakes madu. Pergghh sedap sedap !

MulutPayau said...

wah...dah mnjadi tu...memang berbaloi kalau buat sndiri....

ewanthology said...

nnt belum raya dah abis biskut cornflake tu.. huhu

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...