Wednesday, December 4, 2019
Oh! Bahagia sungguh keluarga itu
Bila suami bernyanyi:
'Indah sungguh panorama..'
Balas pula si isteri:
'Bagai pulau nirwana..'
Si anak:
'Uh.. lala..'
Diakhiri pula jiran sebelah..
'Tropika..'
Oh! Bahagia sungguh keluarga itu.. 🤗😊
#SumberFB
#MakBudak
StatusHati: Sayang selalu..
Tuesday, December 3, 2019
MILO Aktif Negaraku
Lori MILO
'Tenaga untuk melangkah jauh'
Minum MILO anda jadi sihat dan kuat..!
Tahniah! Anda berjaya menyanyikannya dengan penuh semangat.
.. semangat membara, dari puncak ingin ke angkasa.. berkalungkan bintang berkerlipan, menyerlah jauh dari yang biasa.. - sila sambung..
Ni mesti baru minum air milo kan.. 🤣
StatusHati: Comel pulak aku tengok lori Milo ni.. ini baru betul nampak sihat..
Monday, December 2, 2019
Menggentel Cik Mek Molek
Umum mengetahui en. Hubby seorang yang pandai memasak tapi tak bermakna aku langsung takde skill memasak cuma malas nak tunjuk 'bakat terpendam' aku tu. Kalau aku terlampau menunjuk nanti en. Hubby dah tak nak masak. Rugi.. rugi.. tak dapat nak bermanja + gedik tak nak masak.. 😆
Aku ni, bila aura rajin tu sesekali menjengah, yang susah menjadi senang, yang senang bertambah senang jadinya. Kan aku dah cakap.. aku cuma tak minat memasak.
Baru-baru ni dah Nuha merengek nak makan..
'Ibu, buatkanlah kuih yang luar warna pepel (purple), lepas tu dalamnya ada guna'.
Selagi aku tak layan, selagi itulah dok buat muka comel dia tu depan aku. Walau bukan warna purple seperti yang dimahukan dak Nuha tapi berjaya membuatkan mulut comelnya itu senyap sekejap.
Aku order dari jiran dekat rumah aku.
takde purple, oren pun jadilah
Keledek terus dari ladang..
Senang je nak buatnya..
Macam teruk sangat nak menggentelnya 😂
Kecik besar, kecik besar je aku tengok..
Resepi boleh je tanya pada en. Google.
Alhamdulillah..
Rezeki anak-anak itu sentiasa ada; berjaya juga aku melayan kerenah dak Nuha yang inginkan kuih cek mek molek ini. Kenangan kali pertama dulu di SINI..
StatusHati: Perlukan aura positive..
Subscribe to:
Posts (Atom)
AdSense
Ingatan Purba
The author will not be responsible for any comment left by the readers.
Please comment using polite language.
Thank you.





