PETANG SEMALAM..
Selepas mendapat kebenaran bekerja separuh hari, petangnya aku balik rumah, hantar dak Jasmine ke hotel penginapannya. Seminggulah dak Jasmine di situ. Aku tak nak serabutkan kepala. Nak tenang-tenang balik kampung nikmati masa yang ada tanpa beban di fikiran.
Aku memang tak pernah beli lemang, Alhamdulillah.. nak makan, request je.. hehehe..
Masak dalam ni, jadi takde siapa yang tahu..
Lemang Homemade by en. Hubby dah siap — tinggal nak bawak balik untuk family. Tak banyak tapi cukuplah untuk semua merasa.
Berbuka puasa dengan lemang panas
HARI INI..
20 Mac 2026 - Jumaat [30 Ramadan 1447H]
Jumaat terakhir dalam bulan Ramadan.
Banyak kenangan yang tertinggal sepanjang Ramadan kali ini tapi moment paling bahagia bila:
- dak Kakak, dak Adik dengan dak Nuha ada di rumah menyambut Ramadan bersama aku dan babah deme.
- Tidak terlajak walau sehari untuk bersahur. Alhamdulillah..
Dalam tak sabar menyambut hari raya, ada satu kejadian telah terjadi pada aku. Orang lain terkena benda panas masa memasak, aku pula terkena seterika panas — hadiah pre-rayalah kiranya ni. Tapi.. jauh di sudut hati, apalah sangat jika nak dibandingkan dengan dak Adik ketika kecil dulu — meninggalkan kesan hingga sekarang. Tak perlu nak overact sangat bila terkena sedikit benda panas.
Hari ketiga..
Dak Nuha kata 'bentuk hati tak jadi..'
AKTIVITI AKU HARI NI?
Pagi tadi..
En. Hubby menemani aku ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Bukan sebab kena seterika tapi pinggang aku tengah sakit sampai nak berjalan pun kena sengetkan badan. Doktor cadangkan untuk mengambil suntikan tahan sakit memandangkan esok dah nak raya. Selain itu, doktor juga bekalkan ubat tahan sakit dan ubat sapu untuk luka kena seterika.
Lepas selesai di klinik, kami bawa Mr. Black pergi grooming sebab hampir dua minggu tak mandi. Selesai semua, terus balik rumah. sementara en. Hubby mengemas di depan rumah, aku rehat dan terus tertidur tanpa gangguan.
Malam nanti..
Nak gosok baju pun kena ada mood, sama macam nak melipat baju. Bila tengok baju yang banyak untuk digosok lagi rasa takde mood tapi, aku kena gagahkan diri sebab aku memang jenis yang suka siapkan awal sebelum balik kampung. Sampai kampung nanti. tinggal nak pakai je tanpa perlu fikir nak menggosok lagi. Balik kampung, aku cuma nak lepak sambil chit chat bersama family. Jadi, penuh bergantunganlah baju dalam kereta nanti tapi takpe.. asalkan tak ada yang tertinggal — mahu murung sepanjang raya jawabnya.
Lewat malam nanti..
Masa untuk susun dan packing baju. Macam biasa, anak-anak akan turut membantu. Aku cuma bagitahu nak berapa pasang, selebihnya deme pilih sendiri ikut apa yang deme suka. Tapi lain pula dengan en. Hubby.. tiap kali balik kampung, mesti ada je yang tertinggal. Kalau bukan baju, seluar, kadang pernah juga seluar dalam tertinggal
Dalam gembira, masih ada yang sedang berdukacita. Moga mereka terus diberi kekuatan untuk menjalani rutin harian, walau hakikatnya hati sudah tidak sekuat mana. Kadang kita tak nampak luka yang ditanggung orang lain tapi doa itu tetap boleh kita kirimkan — moga ada sedikit tenang yang sampai ke jiwa mereka.
@RemajaPurba: Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua.


No comments:
Post a Comment