Followers Remaja Purba

Sunday, March 29, 2026

Selangkah Jauh Dak Adik, Setangkai Doa Mengiringi


29 Mac 2026 - Ahad [9 Syawal 1447H]

Malam tadi..
Sepanjang perjalanan menuju ke arah selatan, lebuh raya tidaklah terlalu sesak — hanya di beberapa lokasi sahaja kenderaan bergerak perlahan. Waktu itu, en. Hubby yang memandu walaupun tak cukup rehat. Aku layan lagu sepanjang jalan, nak pandu en. Hubby tak bagi, aku jadi co-pilot jelah — teman berbual hingga sampai ke destinasi.

Tenang memandu..


Sempat singgah makan..
Teringin nak makan ni, en. Hubby layan aje tapi deme berdua yang terpaksa habiskan.


Alhamdulillah..
Selamat sampai di rumah Mak Busu. Sempat juga merasa rendang perut dan sambal udang — siap dengan pakej tapau lagi. Inilah rezeki setiap kali balik kampung. Kami tak singgah lama, selesai urusan dak Adik, terus bergerak pulang memandangkan en. Hubby perlu masuk kerja pagi.

Kali ni, aku dapat green light untuk memandu sebab en. Hubby mengantuk. Berdebar juga rasanya ini kali pertama aku bawa Mr. Black dari kampung, tambahan pula waktu malam. Rasa debar bila perlu melalui jalan kampung sebelum masuk ke susur lebuh raya.


Ak..? Corak pemanduan aku biasalah — ikut standard kelajuan lebuh raya tapi bila dengar je dengkuran en. Hubby, terasa aku bebas memandu dengan tenang tanpa rasa diperhati seperti ada pegawai JPJ di sebelah.

Tapi tak lama pun, belum sampai sejam setengah aku pegang stereng, en. Hubby terjaga. 'Kalau mengantuk, berhenti tepi, biar abang yang drive'. Dah jumpa hentian rehat, kami pun tukar posisi. Masa tu baru terasa - letihnya badan. Hampir sampai di susur keluar lebuh raya, nampak roadblock. 'Alah.. kenapalah ada roadblock masa bukan aku yang pandu..'

Selamat sampai rumah hampir pukul dua pagi, terus lapor diri pada Mak Busu maklumkan yang kami kami dah selamat tiba. Alhamdulillah..


Esok?
Rutin di tempat kerja bermula, Berhadapan dengan kerenah manusia yang tiada penyudahnya. Aku memilih untuk tenang-tenang je, tak mahu semakkan kepala sesakkan dada serta akan elak dari 

Rutin di tempat kerja bermula kembali — berhadapan dengan kerenah manusia tapi aku memilih untuk kekal tenang. Tak mahu semakkan kepala, tak mahu sesakkan dada. Apa yang mampu, aku buat sebaiknya.. dan kali ini, aku juga akan belajar untuk menjaga jarak — mengelak dari hal-hal yang hanya menambah penat pada hati.


Buat dak Adik..
Moga dipermudahkan segala urusan dak Adik sebagai pelajar — jaga diri, jaga adab dengan orang tua, lebih-lebih lagi bila berjauhan dari ibu dan babah.

#RemajaPurba: Jalan pasti sesak.

No comments:

Post a Comment

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...