Dapat beraya bersama keluarga. Paling penting, dak Kakak, dak Adik dan dak Nuha ada. Merekalah sumber kekuatan aku — yang sentiasa memujuk saat aku kecewa. Tanpa mereka, mungkin raya kali ini terasa kurang meriah.
— Disclaimer —
[Tiada gambar makanan mahupun gambar keluarga dari kedua-dua belah pihak]
Pagi..
Sebelum pulang ke kampung en. Hubby — yang jaraknya macam masuk pertandingan fun run je — kami sempat singgah di rumah atok saudara aku, selang dua buah rumah aje dari rumah kami. Menu yang dihidangkan pu sedap.. menu hari raya kan.
Kemudian kami bergerak menuju ke kampung en. Hubby. Sampai pun sedang elok — tidak terlalu awal, tidak juga lewat. Tahun ini semua adik-beradik en. Hubby berkumpul beraya, meriahlah suasana, cuma myMIL tidak berapa sihat, moga cepat sembuh. Anak-anak pun seronok menikmati suasana, jadi takkanlah aku nak jadi 'joy killer' kan.. kita chill and rileks sudah.
Tengah hari..
Selepas masing-masing selesai sesi bergambar dan video raya, kami memulakan perjalanan ke selatan. Lebuh raya sesak itu biasa tapi kali ini, tidak sekalipun en. Hubby benarkan aku memandu. Dua sebab - tak cukup rehat + tak yakin dengan pemanduan aku kerana kali ni kami balik kampung dengan Mr. Black.
Hari-hari menjadi minggu..
Minggu-minggu menjadi bulan..
Bulan-bulan menjadi tahun..
Bila lagi nak jumpa..?
Bila dak Adik dalam mood raya, tak perlu pun dipaksa untuk bergambar.
dak Kakak, dak Adik dan dak Kakak bersama Babah deme.
Ketika orang lain sibuk dengan tema matcha strawberry, warna nude, anak-anak memilih warna hitam — tema yang sama kami pakai tiga tahun lepas. Lagipun, warna 'trend' tahun ini kami dah pakai lebih awal tahun lepas.. kira setahun in advance.
Alhamdulillah..
Selamat sampai di kampung halaman MakBudak selepas lebih tiga jam memandu, tidaklah sampai berbelas jam tapi sebab takde singgah di mana-mana RnR, terasa juga penatnya.
Mereka bertiga ni masih sempat bergambar walau panas berdenting.
Seronok bila dapat pulang ke kampung halaman, menjenguk keluarga yang lama tak bersua. Seperti kata Amy Mastura — setahun sekali Syawal datang lagi.
Alhamdulillah, mak aku, Pak Ngah, adik dan seluruh keluarga berada dalam keadaan sihat. Setiap tahun pun tak pernah lupa bawa pulang lemang homemade by chefHubby khas untuk mak aku. Keluarga aku tak besar — hanya aku dan adik. Kini, mak aku ada sembilan orang cucu. Jadi, suasana raya tu sederhana saja tapi tetap penuh makna.
Buat semua..
Selamat Menyambut Hari Raya Aidikfitri 2026 buat yang meraikannya.
Moga setiap langkah kita dipenuhi keikhlasan, setiap pertemuan membawa kebahagiaan dan setiap kenangan menjadi penenang di hari mendatang.
#RemajaPurba: ...



No comments:
Post a Comment