17 Mac 2026 - Selasa [27 Ramadan 1447]
Hari ini genap lapan belas tahun usia blog ini.
Pelbagai kenangan aku simpan di sini — tentang kehidupan, tentang rasa, tentang jatuh bangun yang kadang tak terlihat di mata orang. Ketika orang lain telah mula bertukar arah tapi aku masih lagi di sini.
Blog ini ibarat diari perjalanan aku.
Mungkin pada orang lain tiada yang luar biasa tapi bagi aku, setiap baris yang tertulis ada ceritanya sendiri. Sekurang-kurangnya, di sini aku punya ruang untuk meluah dan blog menjadi teman yang setia mendengar luahan hati ini.
Ada yang aku tulis dengan senyuman, ada yang aku tulis dengan air mata — semuanya membentuk pelbagai rasa. Menulis tak pernah menyelesaikan segalanya tapi sekurang-kurangnya membantu aku bernafas sedikit lega.
Happy Birthday Blog Mak Budak a.k.a Remaja Purba.
Tahniah untuk lapan belas tahun yang penuh cerita.
Happy Birthday 🎂🎈
ReplyDelete