24 Mac 2026 - Selasa [4 Syawal 1447H]
Hari ini masa untuk berehat di rumah. Sementara masih dalam fasa bercuti, gunakan sebaiknya. Nanti bila dah mula bekerja, bukan mudah nak ambil cuti.
Pagi..
Keluar membeli barang keperluan untuk dak Kakak dan dak Adik di pasar raya berdekatan menggunakan 'bantuan Rahmah' yang diberikan oleh kerajaan. Aku cuma menambah sedikit duit untuk cukupkan apa yang mereka pilih. Sambil itu, aku turut membeli sedikit barang barang dapur. Sebelum pulang, sempatlah kami singgah makan.
Tengah hari..
Agak lewat aku masak kerana masing-masing masih kenyang. Menu hari ini ringkas aje — tomyam, cepat dimasak dan cukup untuk mengisi perut.
dak Jasmine..
Sepanjang kami bercuti balik beraya, pihak hotel dak Jasmine menginap sentiasa update video sebagai makluman untuk kami. Dak Jasmine ni jenis penakut, tak mesra. Kalau ia jenis extrovert, memang kami dah bawa balik kampung sekali.
Lewat petang..
Pihak hotel menghubungi aku, memaklumkan dak Jasmine sudah boleh diambil. Lewat sedikit kerana aku ambil pakej penginapan termasuk grooming.
Raya keempat ni juga menjadi hari pertama en. Hubby memulakan kerja di tempat baru. Alhamdulillah.. moga kekal lama. Syukur juga dilembutkan hati, kalau tidak.. bertambah penat dan tertekan badan ni.
Aku..?
Sekarang cuma nak hidup tenang-tenang je. Bila marah + sakit hati datang, aura negatif pula yang ambil alih. Hidup ni memang keras, jadi kena kuat berusaha untuk melengkapkan pusingan hidup.. supaya tak mudah jadi bahan bualan orang.
Ok.. Tarik nafas.. Hembus nafas..
Ulang sampai rasa marah itu perlahan-lahan hilang.
#RemajaPurba: ..
No comments:
Post a Comment