Followers Remaja Purba

Wednesday, January 31, 2024

Sultan Johor dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17


31 Januari 2024 - Rabu

Hari ini merupakan hari yang paling istimewa buat rakyat Malaysia di mana Sultan Johor Sultan Ibrahim mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Balairung Seri, Istana Negara. Pada istiadat itu, akan turut menyaksikan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah mengangkat sumpah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh yang sama iaitu lima tahun.

Sultan Ibrahim menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Januari 2024 (Isnin).



MAKLUMAN GELARAN RASMI KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XVII



Adalah dimaklumkan bahawa gelaran rasmi bagi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVII dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong adalah seperti berikut:

(Bahasa Melayu)

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG,
SULTAN IBRAHIM
&
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG,
RAJA ZARITH SOFIAH


(Bahasa Inggeris)

HIS MAJESTY SULTAN IBRAHIM,
KING OF MALAYSIA
&
HER MAJESTY RAJA ZARITH SOFIAH,
QUEEN OF MALAYSIA


Oleh hal yang demikian, gelaran rasmi ini hendaklah digunapakai bagi semua tulisan dan sebutan mengenai Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVII dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.


'Izinkan saya menjadi Raja di hati rakyat'

Manakala, pada 30 Januari 2024, genap lima tahun tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat pulang ke negeri Pahang Darul Makmur.

Paling menarik sepanjang tempoh Tuanku memegang tampuk pemerintahan negara bermula pada 31 Januari 2019..

'Terpahat dalam sejarah negara bahawa beta adalah merupakan satu-satunya Yang di-Pertuan Agong yang telah diberi keafiatan untuk memerintah negara dengan empat orang perdana menteri bersama empat jemaah menteri yang berlainan'

Antara amanat yang berat untuk memilih dan melantik empat perdana menteri berbeza bermula dengan Perdana Menteri ke-7 Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Perdana Menteri ke-10 Dato' Seri Anwar Ibrahim.


Tunku Mahkota Johor
Tunku Ismail Sultan Ibrahim

28 Januari 2024 - Ahad

Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan melantik Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Pemangku Sultan Johor pada 28 Januari 2024. Perlantikan tersebut adalah berterusan selama Sultan Johor menjalankan tugas Yang di-Pertuan Agong. Istiadat pelantikan tersebut telah diadakan di Balai Menghadap, Istana Bukit Serene, Johor.

Gelaran Kehormat bagi Pemangku Sultan adalah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor.

Berkongsi tarikh yang sama, hari ulangtahun kelahiran MakBudak di SINI..

#RemajaPurba: sumber dari en. Google.

Tuesday, January 30, 2024

Happy Birthday MakBudak a.k.a RemajaPurba


28 Januari 2024 - Ahad

Dalam usia RemajaPurba begini..
'Dah masuk tahun 2024, buat kerja tenang-tenang je. Bukan lagi masa untuk bergaduh, mencari salah orang, sekarang ni kita tenang-tenang je..'

Selamat Tinggal 2023.
Selamat Datang 2024.

It's my Birthday
28 Januari 2024


Mesej dari dak Kakak..
Terima kasih ibu atas segala sayang yang kau alirkan ke dalam setiap proses menuju dewasaku.

Wahai ibuku tersayang,
Terima kasih untuk ruang nyaman yang sudah aku tempati selama sembilan bulan.
Terima kasih telah menjagaku sampai sedewasa sekarang.
Terima kasih atas semua doa dan cinta yang tiada sirna selama ini.
Terima kasih pula atas kesabaran dan kebesaran hatimu menghadapiku yang keras kepala ini.
Ibu selalu berpijar dikala ku redup.
Ibu juga yang selalu merangkulku dikala ku runtuh.
Ibu selalu menjadi penguat dan pengingat paling hebat bagi diriku.
Terima kasih ibu.
Terima kasih atas semua pengorbananmu.
Terima kasih atas usaha tanpa balas jasa yang kau beri untukku.
I Love You.


Dari kawan baik dak Kakak - Syahadah


Menjadi kebiasaan bila tiba hari ulangtahun kelahiranku, aku akan request nak makan itu ini dari en. Hubby.

Tangan yang menyediakan Nasi Ayam special buatku.

Sarapan pagi - mee goreng.

Ini kami sedekah kepada team taman perumahan kami yang bergotong-royong membaiki bumbung stor penginapan barang-barang untuk kegunaan bersama.

Surprise dari anak-anak..
Memang aku tak jangka, terharu dibuatnya.


Hadiah dari kawan-kawan dari tempat kerja..
kak Yanz..

Atiey..

Istimewa dari kak Zainon.

Bunga 'tulip' masak asam pedas sedap ni.. 🤣


Memandangkan cikPutih baru baik dari koma di SINI.. aku tak dapat nak raikan hari lahirku bersama dak Kakak di sana. Takpelah kakak, lagi seminggu kita jumpa.

'Kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan'.


Daripada segala yang aku terima di atas, takkan sama dengan yang ini..

Mesej yang paling aku tunggu setiap tahun.
Selagi tak dapat dari Mak, rasa tak puas hati.


#RemajaPurba: Badan rasa dedo, rasa tak sedap badan.

Saturday, January 27, 2024

cikPutih koma di depan mata


26 Januari 2024 - Jumaat (6pm) 

Untungnya ada adik lelaki ni, bila kita call, pasti skuad bantuan cepat sampai.

Kejadian berlaku ketika dalam perjalanan balik kerja, cikPutih merajuk, koma terus.. 😩 Sementara menunggu skuad bantuan tiba, terpaksa pula minta bantuan k.Hawa untuk hantarkan myBoss balik rumah dulu. myBoss puasa takut tak sempat nak bersilat di dapur. 

Tindakan aku tidak mematikan enjin di tengah jalan memang patut dipuji oleh diri sendiri kerana pasti menjadi makian orang di petang hari.

Tak sampai 10 minit lepas myBoss balik, skuad bantuan tiba.

Kita serahkan pada doktor pakar untuk merawatnya.
Moga cikPutih cepat sedar dari koma.

Terima kasih buat k.Hawa, myAdik Helmi dan tentulah en. Hubby walau waktu kejadian jauh nun di sana.

Hari ini..
27 Januari 2024 - Sabtu

Pagi:
Sekali lagi ku perlukan bantuan k.Hawa menemani aku ke pejabat pos untuk perbaharui lesen memandu. Esok tarikh tamatnya.. 😊

cik Putih..?
Petang tadi cikPutih kembali dengan selamatnya ke pangkuan kami dan akan kembali berkhidmat selagi hayat dikandung badan. Moga cikPutih kekal sihat di sisi MakBudak. Aku tahu kau kuat cikPutih - as always -

Esok..
28 Januari 2024 - Ahad

My Birthday..

#RemajaPurba: ...

Friday, January 26, 2024

Menumbuk di di Lesung, Bertanak di Periuk


Bila sebut integriti, perkara pertama yang kita ingat, gejala rasuah tetapi konsep Integriti tidak terhad kepada gejala rasuah sahaja, ianya lebih luas. Ini termasuk dalam konteks ketepatan waktu, menyampaikan maklumat, memberi perkhidmatan terbaik, berhubung dengan ketua, rakan sekerja dan semua di tempat kerja.

Menumbuk di Lesung, Bertanak di Periuk - Mengerjakan sesuatu mengikut aturannya.

Tajuknya menarik tetapi telah diubahsuai.
Peribahasa asal: Jangan menumbuk di periuk, bertanak di lesung tetapi di atas kreativiti, kalau audit tak lepas ni sebab dah ubah content asal. Dokumen asal lain tapi bila present lain tetapi peribahasa kebanyakkannya lebih kepada menyindir, takkan nampak very direct.

Apa dia punya significant/sindirannya? Ada orang tumbuk dalam periuk?
Dah tentu takde dan peribahasa ini hendak menunjukkan sesuatu jangan melanggar adat atau kebiasaan. 

Legally right but morally wrong. Pekerja yang bekerja dengan penuh dedikasi, efisien, menjalankan tugas dengan baik tetapi ada segelintir mengalami masalah bagaimana nak mengawal diri dari melanggar integriti?

Bagaimana menjadi individi berintegriti tinggi?
  • Mengamalkan nilai-nilai hidup yang terpuji dan bermoral tinggi.
  • Hidup mengikut kemampuan.
  • Menjadi warga institusi yang kompeten.
  • Mempunyai dedikasi, komitmen dan keghairahan terhadap kerja.
  • Mempunyai kemahiran 'intra-personal' dan 'inter-personal' atau kecerdikan emosi yang boleh diteladani.
  • Memahami stakeholders dan prioritinya.
  • Dapat memanfaatkan sepenuhnya 'first come impression'.
  • Menjadi individu bersopan, berintegriti, berprestasi tinggi.

Integriti perlu lebih cekap, berkesan dan mencapai matlamat yang ditetapkan. Jangan sesekali bertolak ansur dan berkompromi dengan individu yang korup serta mengekalkan sebagai organisasi berprestasi tinggi. 

Hasil dari ceramah yang aku hadiri, aku rangkumkan di sini. Jujurnya, tak banyak yang dapat aku kongsikan sebab kelopak mataku berat + penceramah ni serious sangat. 

RemajaPurba: Sekurang-kurangnya ada isi dari takde langsung.

Thursday, January 25, 2024

Saya Minta Maaf


'Remember that you've been in this place before and you survived'.

24 Januari 2024 - Khamis

Kalau buat silap, tak usah beri apa-apa alasan. Akui je kesalahan tu dan perbaiki. Jadikan sebagai pengajaran untuk tidak mengulanginya lagi.

'Saya minta maaf..'
Bagi segelintir orang, walau dia salah tapi tiada istilah dalam kamus hidupnya untuk mengakuinya. Kau bising pun takde guna dengan orang sebegini. Dia terpaling sempurna.

Kadang-kadang kita ni tak nampak kesalahan sendiri. Kesalahan orang lain kita nampak dan mudah pula kita letakkan kesalahan itu kepada orang lain. Tapi hakikatnya, semua berpunca dari kita.

Tapi, itulah.. kita mana nak nampak tu semua.

#RemajaPurba: Breathe.. you're going to be okay. 

Wednesday, January 24, 2024

Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023


24 Januari 2024 - Rabu

Hari ini hari terakhir Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 - mata pelajaran Sirah.

Minggu ni, dak Nuha nampak penat dari biasa. 'Pecutan akhir' dari pagi berada di SRA di sini mengulangkaji pelajaran sebelum sesi menjawab soalan di sebelah petang. 

Moga dak Nuha dapat jawab dengan tenang-tenang je, begitu juga dengan semua calon UPKK yang terlibat. Moga semuanya dipermudahkanNYA.

Terima kasih buat semua guru yang menguruskan UPKK bagi sesi kali ini. Jasa dan baktimu tidak kami lupakan.

#RemajaPurba: ...

Tuesday, January 23, 2024

ORANG PEREMPUAN KELUAR LEWAT MALAM

 
AKU TAK SUKA TENGOK ORANG PEREMPUAN KELUAR LEWAT MALAM.. ☹️
Dok ketawa mengilai menjerit tagih perhatian. Dengan rambut panjang sampai ke kaki, nak tocang ikat reben pun tak reti? Kalau lawa tu takdelah susah hati. Ha.. satu lagi, Adab mana?  Adab? Dok sibuk cakar bumbung rumah orang dah kenapa? Lepas tu menangis mengilai pula. 

Malam² tak payah beria nak cosplay sangatlah. Lainlah kalau pakai baju kebaya, berpayung, nak jugaklah kita tegur. Haa.. inilah jadinya bila lama berkawan dengan cik Ponti 👻 sampai tak pandai nak jaga diri.
- sumber RemajaPurba -

Kisah yang tiada kena-mengena dengan aku, sekadar menyakat di tengah malam tadi. Janganlah minta, tak siapa yang sudi terima.

#RemajaPurba: Di luar dari kebiasaan.

Monday, January 22, 2024

Masih Dapat Pahala


20 Januari 2024 - Isnin

Hari-hari dalam kehidupan ini, kita mendapat suatu yang boleh untuk kita manfaatkan kebaikan di dalam kehidupan kita kerana kita tidak tahu ke depan itu bagaimana. Hari akan bertukar, kehidupan akan sentiasa bertukar, tidak akan kekal di situ.

Sebagai contoh:
Ketika kita kaya, beramallah dengan kekayaan itu. Bila tengah ada duit banyak, bersedekahlah kerana akan sampai masa esok, kita mungkin kekurangan duit dan tak mampu untuk memberikan daripada harta kita, kita masih lagi dapat pahala. - Ustaz Harryanto Rizal Rokman.


Buatlah semasa ada.
Buatlah semasa sihat.
Buatlah semasa mampu.
Berilah semasa boleh kerana kita tidak tahu ke depan bagaimana keadaan kita.

Mudah-mudahan apa yang kita usahakan sekarang, esok bila ditakdirkan kita tak boleh buat, kita masih terus dapat pahala.

Don't be afraid to start ever. It's a chance to build something better this time.

#RemajaPurba: Decide by your own.

Saturday, January 20, 2024

Penjadualan Semula Mata Pelajaran UPKK03/01 SIRAH


Kejadian minggu lepas, 17 Januari 2024 - Rabu:

'Ibu tahu tak, kertas periksa Sirah batal, tukar hari lain. Penat tahu tak, ulangkaji dari pagi dekat sekolah, petang tu ustazah bagitahu tak jadi periksa. Nuha penat tau ibu'.
'Ye ibu tahu, tapi bukan SRA Nuha je tapi seluruh negara, satu Malaysia'.
'Oh!Ye ke ibu..?'
'Iya..' Sambil aku tunjukkan bukti dari whatapps group kelasnya. Barulah dia diam tak membebel.
Sudahnya.. malam tu dia tidur awal sebab keletihan.


KENYATAAN MEDIA
KEMENTERIAN JABATAN PERDANA MENTERI
(HAL EHWAL AGAMA)

Saya telah dimaklumkan oleh pihak JAKIM berhubung satu laporan yang diterima oleh JAKIM bahawa terdapat sebuah pusat peperiksaan UPKK telah secara tidak sengaja melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) pengendalian kertas peperiksaan UPKK.

Berpandukan SOP, pihak JAKIM dengan serta merta telah membuat keputusan segera dan kenyataan media berhubung penangguhan mata pelajaran UPKK03/01 Sirah yang dijadualkan pada hari ini, Rabu 17 Januari 2024. JAKIM telah menetapkan penjadualan semula ujian bagi mata pelajaran tersebut pada 23 Januari 2024 bersekali dengan ujian bagi mata pelajaran Lughah al-Quran.


Susulan keputusan dan kenyataan JAKIM tersebut, pihak saya telah menerima banyak aduan dan keluhan dari ibu bapa calon-calon UPKK yang bimbang akan kemampuan anak-anak mereka melalui dua ujian dalam masa satu hari pada 23 Januari 2024.  

Sehubungan dengan itu, atas rasa keprihatinan dengan keluhan dan aduan tersebut, serta atas dasar turut memahami emosi calon-calon UPKK, saya telah mengarahkan supaya JAKIM menetapkan ujian bagi mata pelajaran Sirah dibuat pada 24 Januari 2024 (Rabu).


Jadual Baharu Peperiksaan:
Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023



Ok.. boleh tenang-tenang je sekarang. Tarikh pun dah ditukar, dak Nuha boleh tarik nafas lega. Takdelah dia bising 'Dahlah dua kertas tu banyak nak kena hafal, kenapa tak buat hari lain je'

#RemajaPurba: Berdebar-debar..

Kongsi Petua Awet Muda


'Azam Tahun Baru 2023'.
Setiap tahun pasti nak berazam tapi tak pernahnya jadi dan ini memang lumrah manusia.

Seperti kata Ustaz Harryanto Rizal Rokman:
Allah jadikan kehidupan kita ini bergerak, tidak statik. Paling ketara dahulu muda, sekarang.. (orang perempuan dia tak mahu sebut dia tua) 'sekarang tak berapa mudalah'. Orang lelaki mana ada sebut awet muda, orang perempuan je PETUA (Petunjuk Orang-orang Tua).. 😆

Kehidupan kita ini berubah. Dulu muda, sekarang tua. Dulu kita kuat, sekarang lemah. Kita kalau tak nak berubah, akan tetap diubah. Berubah pun berubah, tak nak berubah pun berubah.

Sebagai contoh:
Kita makan dari dulu sampai kesudah tak tentu hala. Tak nak berubah, tetap akan diubah. Tengok orang tua kita dulu kaki makan.
'Abah, sate boleh?' 
'Tak bolehlah, nak gigit gigi takde'.
'Sup daging?'
'Payah nak kunyahlah'.
'Tek tarik?' 
'Jangan buat pasal, gula naik pagi tadi'.
'Habis?'
'Air suam jelah'.
-Inilah realiti kehidupan-

Jadi maknanya, orang yang tak nak mengakui tuntutan untuk berubah dalam hidup, sebenarnya dia tidak hidup dalam realiti.

'Ah.. saya ni ustaz, berubah-ubah ni takde, saya balun je'. Mana mahunya, berubah juga nanti.

Kita dalam hidup, kita nak berubah, makin berumur kita tak nak berubah ke arah lebih baik. Takpe.. esok Allah akan ubah kita automatik. Kita akan tinggal benda itu, tak mampu nak buat dah - pasal itu realiti kehidupan. Mana ada benda yang tetap, tidak ada benda yang statik. Tetap akan berubah juga nanti sebab ini perkara yang biasa dalam kehidupan kita.

Ini satu kita panggil macam titik untuk kita berfikir. Sekarang kita yang muda kita sihat, kita nak berubah, benda yang salah kita buat, kita terus je. Kita, umur makin berubah tapi kita rasa kita nak hidup macam dulu-dulu. Nanti satu ketika, ketika mana kalau kita sihat dan ketika itu kita sakit, ketika kita mampu kita hilang kemampuan, masa itu baru kita nak buat sesuatu, kita nak buat kebaikan, kita nak banyakkan amalan, kita baru mula nak belajar, masa itu mungkin susah. Maka, ketika itu penyesalan takde makna dah. Mana lagi? Dah terlentang, tak mampu buat apa dah.

Sebab itu, bila kita dah takde kita nak ubah.. boleh kerana tiada yang mustahil dengan kehendak Allah s.w.t tapi susah. Sebagai contoh: Masa lutut elok kita tak nak sujud tapi bila lutut dah sakit kita baru nak sujud. Boleh tapi payah sikitlah. Sengsara sampai nak terkentut rmasa sujud tu. Kita ni suka bila takde baru kita nak buat.

Sebab itu disuruh BERAZAM. Kata Nabi saw: Siapa yang Allah nak dia baik, Allah fahamkan dia agama dia.

Kita boleh faham kalau kita cenderung kepada untuk dekat dengan agama, menunjukkan Allah nak kita baik walaupun tak jadi-jadi. Orang faham ni belum tentu dia boleh buat tapi dia ada cenderung pada agama. Mudah-mudahan. Apa-apapun semua berbalik kepada kita, mudah-mudahan Allah s.w.t bagi kita kefahaman. Ini masa ada, belajarlah. Sementara ada, buat apa yang boleh. Biar pendek tapi ingat.

===============
Ini satu petua untuk dikongsikan untuk kelihatan awet muda:
Amalkan pada malam Jumaat ketiga, mandi malam itu, air mandi yang terakhir, mandi dengan air kapur barus.

Sebab?
Jenazah apabila dimandikan, air mandian terakhir adalah air kapur barus supaya jenazahnya lambat rosak. Buat pada hari Khamis malam Jumaat yang ketiga setiap bulan, elakkan ketika bulan mengambang penuh. Mandi dengan syarat sebelum tua, sebab kalau dah tua makin diawet makin tua tak muda-muda.

Aku..?
Ustaz Harryanto bagitahu.. 'saya tidak diijazahkan untuk tuan-tuan mengamalkannya'. Maka.. korang janganlah serupa pembaris percaya pulak dengan petua tu.. hahaha..


Tahun lepas Ustaz Harryanto Rizal Rokman dijemput hadir ke tempat kerja menyampaikan ceramah bertajuk KAU FIKIR KAU SIAPA? - Semuanya ada di SINI..

#RemajaPurba: Sort and sweet.

Friday, January 19, 2024

Perubahan ini perlu diterima


18 Januari 2024 - Khamis

Hampir dua belas tahun lamanya tak pernah ku tukar layout blog MakBudak a.k.a RemajaPurba ni. Hari ini ku cuba mengubahnya. Mungkin pada pandangan mata orang.. 'apa yang berubahnya, sama je, takde beza pun' tapi takpe.. yang penting aku gembira. 


Ini layout yang lama.


Warna merah tetap pilihan utama, susahnya jemari ni nak klik tukar warna lain. Mula-mula ni rasa pelik tengok perubahan ni tapi takpe.. perlahan-lahan perubahan ini perlu diterima. Mungkin sampai bersara agaknya tak bertukar atau adakah masih wujud lagi blog RemajaPurba ini nanti.. 🤣 


19 Januari 2024 - Jumaat

Permulaan bagi tahun 2024, akan ada perubahan cuma belum menerima secara black and white lagi. Pesan dari seseorang.. '2024 ni jangan banyak bunyi, hidup je'.

Don't worry. Good things are coming, even if you can't see them yet..

#RemajaPurba: Blog ni wujud kerana dak Adik

Thursday, January 18, 2024

Zaman Pantas 5G dan Kotak Distribution Board (kotak DB)


Sambungan dari SINI.. 

Soalan kepada Ustaz Harryanto Rizal Rokman:

Berkaitan dengan situasi semasa, dalam zaman banyaknya fitnah dan umat Islam berpecah sekarang ini, apakah tips daripada ustaz untuk kita menyucikan diri dari syirik, bidaah, kemungkaran, kemaksiatan, kezaliman, khuluq, sombong, angkuh, riak supaya akidah kita dan akhlak pemahaman kita adalah selari dengan Al-Quran, Sunnah dan juga pemahaman kepada Muhajirin dan Ansar? 


Jawapan dari Ustaz Harryanto Rizal Rokman:
Satu realiti yang kita tak boleh elak ialah kita berada pada zaman pantas. 5G - kelajuan internet lebih laju daripada sekarang.
  • Awal penggunaan internet adalah 2G. Nak hantar gambar tak boleh, guna text sahaja tapi ada limit (lebih daripada jumlahnya kena tambah duit walaupun satu huruf). Menarik masa zaman 2G ini, kalau dalam bas semua main game sama (game ular).
  • Masuk zaman 3G, dah boleh guna whatapps, boleh hantar gambar tapi ada loading.. tak bergerak.
  • Tapi bila masuk zaman 4G, lebih laju, boleh streaming.
  • Bila masuk zaman 5G, kita dah boleh buat macam tv. Itu yang sekarang orang buat podcast. Contoh: Radio tapi tetap buat dalam bentuk visual.
  • Bila masuk zaman 6G nanti, internat akan lebih laju.

Itulah realiti kita hari ini. Capaian pantas - semua orang boleh access dan boleh untuk memberikan apa-apa sahaja; sebab itu, hari ini kita lihat memang kita tidak nafikan bahawa cabaran paling utama kita hidup dalam zaman teknologi.


Jawapan pada Tips:
Kita kena pandai untuk bendung teknologi. InsyaAllah kita selamat.

Bagaimana kita boleh hidup dalam zaman teknologi ini, itu juga menentukan sejauh mana kita boleh hidup pada zaman fitnah ini.

Kenapa?
Dulu.. orang tak tahu kita puasa tapi zaman sekarang orang beribadah pun tahu. Semya benda ibadah kita, kita expose dalam socmed. Akhirnya kita hanya mengundang pujian orang.

Hari ini.. yang salah jadi betul, yang betul jadi salah. Orang tegur berkenaan kemungkaran, orang anggap ini kolot, orang boleh kata 'Ah.. kau macam tak buat salah'.

Ini perkara-perkara yang sedang berlaku dalam masyarakat kita, walhal kalau kita buat sekalipun 'ok. Dia nak tegur biarlah. Itu kerja dia untuk tegur tapi tak'. Hari ini, siapa yang menegur orang, dia akan ditegur balik. Bukan bermakna dia tak boleh ditegur tetapi kita bukan nak ambil positively apa yang orang lontarkan. Inilah masalah kita.

Ilmu:
Untuk kita membezakan di mana yang sebenarnya betul, mana yang tidak. Lebih-lebih lagi zaman lambakan maklumat di dalam internet. Maka, kalau kita tiada ilmu, berat. Ini cabaran untuk kita tambah lagi waktu anak-anak membesar dengan teknologi.



Ustaz Harryanto Rizal Rokmin juga turut memberikan satu tips yang berguna dan mudah-mudahan ianya bermanfaat.

Kotak Distribution Board (kotak DB) dekat pintu masuk dalam rumah.
Jika blackout di rumah, naikkan suis utama pada kotak DB, bekalan elektrik akan pulih.

Dalam hidup kita, kadang-kadang kita akan blackout (bukan blackout lampu tapi kehidupan itu sendiri). Kita akan berdepan dengan satu suasana, kita teraba-raba untuk cari jalan keluar, kita akan berdepan dengan satu keadaan di mana kita jadi hilang arah, kita akan berdepan ketika blackout dalam kehidupan kita, kita jadi tak jumpa punca.

  • Sama keadaannya bila blackout dalam rumah kita, bahkan bila blackout dalam kehidupan kita, kita mula datang rasa ketakutan yang amat, kita rasa lost, kita rasa dah takde apa, kita rasa dah takde masa sebagaimana blackout dalam rumah kita, apa benda pun kita tak boleh buat.
  • Masa itu, bila kita dah blackout, carilah suis yang utama. Suis utama kalau kita orang Islam, itulah solat. Mungkin yang jatuh itu suis solat yang menyebabkan blackout satu kehidupan kita.
  • Agaknya kita tak menjaga solat kita ini, kita solat bila nak. Banyak kita tak buat, kita tak rasa mendirikan solat. Mungkin itu punca blackout.
  • Tapi, kadang-kadang bila kita naikkan suis itu, ertinya solat kita memang takde masalah tetapi tetap juga ditendang seolah-olah tak putus blackout kita. Kita dah solat, kita bangun kita laksanakan solat minta dengan Allah s.w.t tetapi kita tetap tak nampak jalan keluar. Kita masih dibelenggu, putus asa tak nampak jalan.
  • Tengok pada suis-suis kecil yang ada. Mungkin salah satu suisnya itu suis pekerjaan. Agaknya kita bekerja tetapi kita tidak amanah, sambil lewa, tak laksanakan apa yang sepatutnya. Agaknya ketika kita bekerja, kita tidak rasa bahawa itu adalah satu tanggungjawab. Kita rasa hanya soal apa yang akan kita dapat dihujung bulan.
  • Mungkin suis ini yang tendang menyebabkan kita tak nampak lampu-lampu yang menerangkan kehidupan kita.

Apa yang kita kena buat, balik semula kepada puncanya. Mungkin bilik pekerjaan kita itu ada di mana-mana yang terbakar. Betulkan dan InsyaAllah lampu kehidupan kita akan menyala dan kita akan keluar daripada blackout kehidupan kita.

Tengoklah suis-suis kecil itu, mungkin ada suis puasa, suis berkaitan dengan silaturrahim, ada suis berkaitan dengan soal pendidikan. Jadi tengok satu-persatu suis mana yang sebenarnya menyebabkan blackout dalam kehidupan kita.

Mudah-mudahan Allah s.w.t muliakan kita, satu lorongan dan dorongan dalam kita bekerja, dalam kita melalui kehidupan sehari-hari kerana kita takkan habis bekerja sampailah nyawa kita habis.

Mudah-mudahan Allah terus memberikan kita hidayah, dorongan dan semoga kita semua semangat untuk terus bekerja dan niat untuk memberikan manfaat kepada orang lain.

'Sebaik-baik manusia yang bermanfaat kepada orang lain'


Alhamdulillah.. siap sudah entry ini. Juga ada beberapa entry dari ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Harryanto Rizal Rokman:
  • KAU FIKIR KAU SIAPA? Ustaz Harryanto Rizal Rokman - di SINI..
  • ANUGERAH? Itu hanya anugerah - di SINI..
  • Kita tanya pada orang perempuan: 'Letih tak kerja?' - di SINI..
  • BEKERJA vs KELUARGA di SINI..

#RemajaPurba: Simpan juga di sini untuk ingatan.

Tuesday, January 16, 2024

Happy Birthday dan Selamat Bersara kak Zainon.. 🥰


16 Januari 2024 - Selasa

Semoga dikurniakan kesihatan yang baik dalam menjalani rutin harian, dilapangkan dari kesulitan dan dilimpahkan rezeki yang berkat serta berpanjangan. Moga Allah makbulkan setiap permintaanmu. Aamiin Ya Rabbal Alamiin.. 🤲🏻

SELAMAT HARI LAHIR buatmu kak Zai..
Happy Birthday to you..
dan
Selamat Bersara..  🥰


Terima kasih atas segalanya sepanjang lebih kurang sebelas tahun bersama.. Tak terbalas rasanya jasa pada kak Zai. Banyak kisah suka duka bersama. Moga terus berjaya dan sukses selalu dalam kehidupan serta kerjaya.

Terima kasih banyak atas ingatan dan ucapan.
InsyaAllah semoga dipermudahkan semua urusan dunia dan akhirat.



15 Januari 2024 - Isnin

Hari ini merupakan hari terakhir kak Zai bertugas di sini.. Alhamdulillah.. masih maintain dan kekal sihat keadaan beliau. Seorang wanita yang cekal, kuat dan tegas dalam meledani rutin harian. 

Puan Zainon Duriat

Simpan juga di SINI sebagai kenangan..


Sesi clock out sebagai simbolik berakhirlah tugas sebagai seorang pekerja di sini. 

Wajah cerita dengan senyuman walhal petangnya menangis..
Alah.. MakBudak pun sama.. 🤣


Sebenarnya sesi clock out, pukul 3 petang tapi sengaja kami ambil gambar lebih awak, sekurang-kurangnya ada gambar kenangan yang cantik bukannya candid.. 😆

Banyak kenangan antara aku dan kak Zai.. 😭😭😭


Kata-kata indah dari kak Zai aku simpan di sini sebagai kenangan:
Untuk makluman, hari ini merupakan hari terakhir saya berkhidmat di sini sebelum bersara wajib mulai esok, 16 Januari 2024. Dalam kesempatan ini, saya mohon ampun dan maaf di atas segala kesilapan, kelemahan, keterlanjuran perbuatan dan kata-kata yang telah menyinggung perasaan dan hati sepanjang saya menjalankan tugas mulai 15 Oktober 1997 hingga 15 Januari 2024.

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala ilmu dan tunjuk ajar yang diberikan. Mohon halalkan segalanya. Terlalu banyak kenangan indah, suka duka sepanjang perkhidmatan. Namun, hanya kenangan indah saya bawa bersama. Mohon halalkan segalanya. Semoga direzekikan berjumpa lagi. InsyaAllah. Akhir kata..

Di atas dahan burung tempua,
Melihat rusa tepi perigi,
Salam perpisahan untuk semua,
Dilain masa bersua lagi.


'Ringan sudah beban dibahu..' - akhirnya selepas hampir 26 tahun berkhidmat, beliau melangkah pergi meninggalkan kami yang lambat lagi nak bersara ni.. 

#RemajaPurba: This story between us will be in our memory until we meet again..

Monday, January 15, 2024

Bersara wajib - umur 58 tahun.


Setiap yang kita tahu, yang datang akan pergi dan pasti akan berganti. Bak kata myBoss.. 'orang akan ingat kita sehari dua je, lepas tu takde siapa yang akan ambil tahu'. Begitulah kehidupan.


15 Januari 2024 - Isnin

Lantikan dari tahun 1997 hingga 2024.
Bersara wajib: 58 tahun.

Alhamdulillah, beliau masih kuat meledani rutin harian. Seorang ibu tunggal yang telah kehilangan suami (Al-Fatihah), membesarkan anak seramai empat orang yang mana dua orang daripadanya telah mendirikan rumahtangga. Manakala dua orang lagi sedang melanjutkan pelajaran di menara gading. 

Beliau seorang:
  • Penyimpan rahsia terbaik.
  • Tegas.
  • Baik hati dah tentu.
  • Seorang kawan, mak dan rakan sekerja.
  • Semua yang baik-baik jelah tentang beliau.

Buatmu kak Zainon.. Terima kasih kerana:
  • pergi dan balik kerja bersama.
  • bersama aku ketika aku dikejarkan ke Bahagian Kecemasan hospital.
  • bersama aku ketika aku berada di dalam 'zon bahaya'.
  • sabar melayan kerenah aku dan semua yang berkaitan diri aku.

Aku tahu dirimu risau aku akan pergi kerja berseorangan (aku sendiri pun takut sebenarnya).. tapi InsyaAllah, lepas ni aku dan myBoss akan carpool untuk ke tempat kerja.

Hari ini..
Aku tidak suka perasaan sedih menghimpit diri. Biarlah orang lain sedih nak berpisah tapi aku tak nak dan tak mahu sebab hari-hari dan bertahun aku bersama kak Zai. Aku nak nampak kuat di mata semua orang.. Eleh!MakBudak.. cakap je.. 


SELAMAT BERSARA
Puan Zainon Duriat.
Moga rutin harian dipermudahkanNYA.


Buatmu kak Zai, walau kita akan berpisah tapi takpe.. rumah kita tak jauh mana. Tidak berhubungan selalu tak bermakna kita melupakan. Hanya kita berdua yang tahu.

#RemajaPurba: UPDATE di SINI..

BEKERJA vs KELUARGA


Sambungan dari SINI.. 

'Sekiranya bertembung antara keluarga dan juga kerja, yang mana kita nak korbankan?'


Kenapa nak korbankan kerja?
Kerja.. Inilah yang kita dapat gaji, takkan kita nak korbankan hasil yang kita dapat daripada pekerjaan itu.

Kenapa nak korbankan keluarga?
Esok bila kita mati, yang nak doakan kita adalah keluarga. Mudahkan anak-anak, kawan-kawan belum tahu lagi.

Jawapan:
Jangan korbankan kerja, jangan korbankan keluarga. Korbankan diri kita tak apa.

Soal keluarga kita jangan tinggal tapi kerja itu amanah. Itu anugerah Allah beri kepada kita. Walaupun kita jauh tapi tetap berhubung dengan anak kita. Ini wajib sebab keluarga untuk kita tapi kerja adalah tanggungjawab dan Allah beri kepada kita mungkin Allah tak beri kepada orang lain.

Ingat.. orang yang korbankan keluarga, dia silap. Orang yang korbankan kerja juga silap tapi korbankan diri kita sendiri.

Sebagai contoh:
Saya ada keluarga jadi saya kena korbankan minat saya. 
Saya ada kerja yang saya kena commit (ceramah, nak kena study apa kehendak penganjur supaya penganjur tak sia-sia adakan majlis ini).

Bekerja supaya apa yang orang harap daripada kita tak banyak dapat sedikit kita dapat laksanakan. Sama juga dengan keluarga, walaupun mak dia sibuk tapi dia tetap rasa mak dia dekat.

Hakikatnya apa yang kita ada kerana Allah bagi pada kita. Kena jadi orang yang bersyukur. Bila kita dapat sesuatu, Allah bagi kita ruang apa kita nak buat dan pastikan ia bukan untuk berseronok sahaja.


Bersambung.. ada sedikit lagi sebagai penutup..

#RemajaPurba: Masih belum sembuh dari batuk.. perit + gatal tekakku ini.

Sunday, January 14, 2024

Kita tanya pada orang perempuan: 'Letih tak kerja?'


Sambungan dari SINI dan di SINI..

Satu benda yang perlu kita tahu, kita hidup ada matlamat kehidupan. Lebih jelas Allah bagitahu apa matlamat kehidupan kita. Matlamat satu sahaja:
  • Allah jadikan kita supaya kita beribadah kepadaNYA.

Dengan maksud:
Kita sedar bahawa kehidupan kita seluruhnya yang kita bekerja sehari-hari, kita di rumah, ini semua matlamatnya adalah sebagai penghambaan kepada Allah s.w.t dengan maksud lain sebagai ketaatan.


Kita tanya pada orang perempuan: 'Letih tak kerja?'
  • Kita balik rumah (suami pun sama bekerja), nak kena masak, kemas rumah. Siapkan anak-anak. Letih tak?
  • Suami balik rumah - lepak, tenang, biasa kita tanya je order 'dah siap ke belum?'
Walaupun dari segi hukum:
Tidak Wajib orang perempuan masak, basuh baju, kemas rumah.

Maksud Tidak Wajib:
Kalau dia balik, dia tak nak masak, tidak berdosa. Bahkan suami tidak boleh bawa hal ini ke mahkamah untuk mengadu kepada Hakim.

'Yang Arif, isteri saya dah tiga minggu tak masak, dua minggu tak basuh baju, rumah tak berkemas sebulan'.

Hakim tengok atas bawah..
'Encik, kes lain banyak lagi ni. Isteri tak masak, makan kat kedai mamak sudahlah. Jangan macam-macam hal lah encik. Isteri tak basuh baju, pergi dobi, kan berlambak..' sebab itu tak boleh bawa ke mahkamah kerana ia tidak dikira sesuatu yang sifatnya hukum wajib cuma ia termasuk dalam sunat.

Sunat ini ada banyak, termasuklah menggembirakan suami. Bila kita masak, suami gembira, basuh baju sebab dia tak payah buat, dan tentu gembira. Kita mengemas rumah, dia tak payah buat, tentu dia gembira. Dia terlentang tengok tv, kita mengemas rumah.

Kenapa kita buat?
Antara lain, kira rasa itulah sebagai satu ketaatan kita kepada Allah s.w.t. Walaupun kita geram, sama-sama balik kerja. Suami duduk kita buat kerja. Kalau rasa boleh jadi Ghostbuster kita vakum dia sekali masuk dalam vakum itu, Ini kalau nak kira geramlah.

Sama juga dengan suami:
Sebagai menghargai isteri, walaupun dia boleh masak, 'tak payah masak, kita makan dekat luar jelah'. 'Sayang tak payah mengemaslah, kita panggil orang untuk kemas'. Ertinya: Kita boleh buat tetapi kita boleh untuk tidak buat tapi kita pilih untuk buat.

Sama juga dengan bekerja:
Kita boleh nak bekerja lebih kurang sahaja, yang penting kerja siap tapi ada orang dia siapkan awal supaya tidak timbul masalah, sebab itu ada benda yang kita buat dalam kehidupan, walaupun asasnya bukan ibadah tapi kerana kita buat itu, ia jadi sebagai satu ibadah. Kita memang disuruh supaya kita buat kerja itu dengan sebaik mungkin. Ini kerana Allah suka kalau kita buat sesuatu, buat yang terbaik.

Dalam kehidupan, buatlah yang terbaik.
Apa yang boleh? Tak semestinya apa yang kita nak itu sampai kita tak mampu pun kita buat. Tentu ada kemampuan, cuma beza ada orang boleh 5 hari 4 malam, ada orang 3 hari dua malam. Kita dua hari satu malam pun jadilah. Kira setahun sekali pun jadilah. Maknanya: Kita berusaha untuk buat yang terbaik, takkan langsung tak boleh?

Kita ni, jangan pandai-pandai buat pandai. Sekali orang tahu kau pandai, memang sampai bila-bila kau jelah yang buat.

Kadang-kadang kita lupa bahawa sebenarnya Allah bagi pada kita. Ada ramai lagi orang lain yang layak untuk duduk di tempat kita bekerja. Hakikatnya apa yang kita ada kerana Allah bagi pada kita. Kena jadi orang yang bersyukur.


Ok, sambung lagi nanti.

#RemajaPurba: ...

Saturday, January 13, 2024

ANUGERAH? Itu hanya anugerah


Sambungan dari SINI..

KAU FIKIR KAU SIAPA?
Tajuk yang diberikan kepada Ustaz Harryanto Rizal Rokman sewaktu menyampaikan ceramah di tempat kerja aku.


Untuk orang yang dah naik pangkat ketika orang lain tak naik lagi, cuba tanya diri kita: 'Kenapa mesti kita yang diberikan kelebihan itu?'.
  • Sebab saya kerja bagus? - tidak.
  • Adakah kita seorang yang kerja bagus?
  • Saya ada certificate. - tidak.
Ramai antara kita yang ada certificate, bahkan kalau kita tengok masa kita belajar dulu, silap-silap kita paling kuat ponteng. Jadi sebenarnya apa? Sebab itu Allah tak lebih nak bagi pada kita. Kadang-kadang, banyak benda dalam kehidupan kita, sebenarnya kita tak mungkin dapat pun tapi kita dapat.

Sama juga dalam soal pekerjaan, kita bekerja taklah dapat posisi yang bagus sangat, orang lain dah advanced dari kita tapi itulah realitinya bila Allah nak berikan kepada kita, maka dia bukan lagi kena soal siapa kita tetapi siapa yang Allah nak bagi. - sebab itu, apa yang kita dapat hari ini, kita kena ingat 'tak lain hanya daripada Allah s.w.t'.

Kita diajar bila kita dapat sesuatu kita sebut 'Alhamdulillah Ya!Allah.. Inilah kelebihan yang kau berikan pada aku tak lebih dari itu' - supaya kita tahu bahawa apa yang kita ada ini sebenarnya bukan kita punya. Sebenarnya Allah nak bagi sahaja kepada kita.


ANUGERAH? Itu hanya anugerah.
Orang tak buat apa-apa pun kalau orang nak bagi dia dapat. Anugerah ini kira macam hadiah. Hadiah, takde apa-apa sebab dia boleh bagi, maka begitu juga konsep 'Allah s.w.t boleh bagi'.

Dalam Al-Quran:
Allah nak anugerahkan kepada kita, siapa pun kalau Allah nak bagi, Allah boleh bagi, kalau Allah nak tarik balik dari sesiapa pun, Allah boleh tarik.
  • Supaya kita hidup jangan mendongak langit.
  • Rasa tenang, Jangan rasa lebih, jangan rasa hebat, jangan rasa kitalah selayaknya kerana hakikatnya Allah yang beri kepada kita.

Bak kata Ustaz Harryanto, ini baru mukadimah, belum mula lagi. Jadi, nanti aku sambung dalam entry akan datang.


UPDATE: Makin menarik ada di SINI..

#RemajaPurba: #TenangtenangJe..

KAU FIKIR KAU SIAPA? - Ustaz Harryanto Rizal Rokman


Kita mengharapkan budaya seperti being to rigid dan tiada flexibility perlu dielakkan sekiranya kita ingin terus bergerak ke hadapan. Kita mengharapkan budaya cemerlang bersama perlu kita amati, perlu kita laksanakan.


Aku ada satu ceramah yang menarik untuk aku kongsikan di sini:
 
Tarikh: 30 November 2023 - Khamis.
Penceramah: Ustaz Harryanto Rizal Rokman.


Ini kali pertama aku dapat melihat secara live Ustaz Harryanto yang sudi hadir menyampaikan ceramah di tempat kerja aku. Alhamdulillah, aku suka mendengarnya, rasa tenang tanpa gelak tawa yang terlampau. Santai dan sungguh tidak membosankan. Juga intipati dari entry ini adalah apa yang Ustaz Harryanto sampaikan sebab aku rakam dalam bentuk voice record je. 


TAJUK: KAU FIKIR KAU SIAPA?

Ustaz Harryanto berkata:
Tak perlu ambil kira sangat tajuk ni, kekadang tajuknya lain, yang sebenar cerita suruh sembahyang, itu aje.

Ada satu perkara yang kalau kita perhatikan dalam kehidupan kita ini, ada satu suasana yang kadang kita ini 'sekejap elok, sekejap tidak', 'sekejap ok, sekejap tak ok', tapi sebenarnya ini memang satu kebiasaan yang memang ada dalam kehidupan kita. Sebab tu, bila waktu ok ni jadi bersemangat.

Tanyalah orang perempuan, kalau waktu ok, habis semua dimasaknya. Kalau waktu dia bersemangat semua dia beli nak buat. Bila dia dah beli, dia hilang semangat, dia beli je kuih tu.

Sama juga dengan lelaki. Waktu semangat dia memang hebat, kalau waktu tak semangat dia boleh tidur dengan lipas dalam kereta tu. Jadi, itu manusia. Dia ada keadaan begitu, dia ada keadaan begini.

Sebagaimana Allah s.w.t sebut di dalam Al-Quran dalam Surah Al-Ma'arij, ayat 19 - 21, tepat dengan apa yang berlaku dalam kehidupan kita. 'Manusia ini, Allah kata sifat/tabiatnya memang keluh-kesah'.

Kadang-kadang yang kita keluh-kesah itu sebenarnya hanya pancingan. Kita hanya dipancing dengan kecenderungan kita sahaja. Kalau kita nak mengikut apa yang kita nak, sediakanlah duit. Tapi kalau kita tak mampu nak sediakan, maka kita duduklah diam-diam.

'Apabila dia ditimpa kesusahan, dia gelisah'.
Bila kita ada masalah, mulalah tak boleh tidur, stress, lagi berat siap jumpa bomoh. Dia tak tahu bomoh tu pun ada masalah.

Ada satu pandangan dari seorang ulama tasawuf yang masyhur, Imbu 'Atha'illah As-Sakandari, disebut di dalam hikmahnya - Di antara tanda-tanda Allah mengkehendaki keberadaan engkau di situ
Maksudnya: Kena dengan apa yang kita buat, menunjukkan itu tepat walaupun kita rasa gelisah, kita rasa tak sedap hati. 'Sekiranya tanda itu apabila engkau berada di tempat itu, engkau dapat menyempurnakan semua yang sepatutnya engkau sempurnakan'.

Sebagai contoh:
Kita bekerja di sini, suami bekerja di sana. Maka disebut - nak tahu betul, tepat atau tidak ini tengok bagaimana:
  • Kalau dalam konteks orang Islam, walau kau berjauhan, soal tuntutan agama itu dapat kita buat (soal solat, apa sajalah tuntutan agama) menunjukkan kedudukan kita di situ baik. Boleh rujuk Kitab Al-Hikam: Jilid 3 (Hikmah Ulama Ibnu 'Atha'illah As-Sakandari).
  • Pekerjaan kita, dapat disempurnakan. Kerja elok boleh perform walaupun mungkin kita gelisah sebab suami kita jauh, anak-anak kita urus sendiri.
  • Pada masa yang sama, kita dapat menyempurnakan hak-hak anak, mak ayah kita; ertinya itu memang masalah kepada kita tetapi kegelisahan itu tetapi memberi makna kepada kita apa hang kita buat itu tepat. - sebab kadang-kadang kita rasa 'saya mesti dekat'. Rupa-rupanya dalam tempoh kita nak dekat itu bukan 'the right time', bila dekat je bergaduh sahaja.

Mengikut ulama-ulama tasawuf:
Sekiranya orang ini dah ok tapi dia nak tukar juga (nak keluar dari keadaan itu), dia dianggap tidak beradab dengan Allah s.w.t. Ini sebagai panduan untuk kita. Ini bukan sebagai hukum tapi menurut pandangan tasawuf. - sebenarnya kita tak patut gelisah pun.

Apabila dia dapat kebaikan, dia mula bakhil. Dia dapat kesenangan, dia rasa semua dia punya, mula rasa tamak. Kedekut ini bukan sahaja kedekut nak bagi dalam memberi tapi kedekut dia rasa seolah dia dapat semua, seolah dia yang paling bagus.

Itulah Tajuk kita: KAU FIKIR KAU SIAPA.

Ok bersambung..
Nanti aku kongsikan di entry akan datang. Nak rehat sekejap, makin menjadi-jadi batukku ini.


Update di SINI..

#RemajaPurba: #TenangtenangJe..

Friday, January 12, 2024

Pencarian bloglist Blog Sharhanah sepanjang 2024


12 Januari 2024 - Khamis

Dengan lafaz بِسْمِ ٱللَّٰهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ teratak MakBudak a.k.a RemajaPurba berbesar hati menyertai segmen yang dianjurkan oleh blogger Sharhanah. MakBudak nampak entry blog ini sewaktu singgah di blog Cuya pagi semalam.

Hati MakBudak dijentik untuk turut sama memeriahkan segmen ini kerana satu ketika dahulu MakBudak juga tidak punyai bloglist dan followers. Dari dunia blog membawa ke Facebook, Instagram sehingga ke dunia realiti dapat bertemu dengan mereka. MakBudak tidaklah popular tapi tidaklah diam membisu bila orang bertanya. 

Buat mereka yang berminat..
Segmen ini akan dijalankan sehingga 03 Mac 2024 nanti.


Syaratnya mudah dan boleh lihat di SINI..


Oklah... Long story short, salam kenal buat blogger Sharhanah. MakBudak yang tetap maintain RemajaPurba singgah di sini malah blogmu ku turut simpan dalam senarai bloglist lagi. Moga perkenalan ini membawa ke dunia realiti satu hari nanti. Siapa tahu kan..

#RemajaPurba: The more the merrier..

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...