Followers Remaja Purba

Tuesday, February 14, 2023

Pass the Baton to Februari 2023


JANUARI 2023
Awal bulan: Happy Anniversary MakBudak
01 Januari 2023 - Ahad di SINI..

Hujung bulan: Selamat Hari Lahir MakBudak
28 Januari 2023 - Sabtu di SINI..

Terima kasih mySIL walau surprise kurang menjadi dek aku sibuk dengan urusan menukar cermin kereta. Dah beberapa kali tertangguh.

Walau dak Nuha merengek nak tapi aku tak bagi.
Nampak tak betapa aku menghargai.

Masak sendiri sebagai hadiah untuk diri sendiri.
-Asam Pedas Torpedo Scad-


Pass the Baton to FEBRUARI 2023
3 Februari 2023 - Jumaat
Di tempat kerja, kek dan hari lahir berpisah tiada.
Sebagai permulaan, dah tentu buat mereka yang lahir di bulan Januari. Aku..? Terima kasih semua, buat susah-susah je.. hehehe.

Tapi.. apa yang pasti tak sehebat tahun lepas, aku sorang yang punya - di SINI..

9 Februari 2023 - Khamis
Tengah malam.. Hujan lebat.. Bumbung bocor..
Bila hanya ketua keluarga Interim yang ada ketika ketua keluarga ke luar negeri..

Tadah bagi mengurangkan impak percikan air dan sambung tidur.. 😴
Janji tak 'banjir' dalam rumah.


10 Februari 2023 - Jumaat
Aku menemani en. Hubby ke luar negeri untuk mengambil dak Kakak pulang ke rumah. Sekejap je dah habis satu semester. Sementara dak Kakak mengemas semua barang-barang di kolej kediamannya, aku mengambil kesempatan dengan membeli-belah. Dah alang-alang semuanya ada depan mata, kita beli apa yang diperlukan, sampai rumah nanti terus masak.

en. Hubby pun stalk aku rupanya..
Aku tak tahu en. Hubby ambil gambar ni dalam diam.
Dah sampai rumah baru en. Hubby tunjuk gambar ni.


Selingan:
Sekadar membuat satu pusingan lengkap di sini
-bukan berlari tapi memandu kereta sendiri-


Setakat ini, perjalanan aku masih baik dan tidak pincang,
Perhatian diberikan tidak teralih mahu pun berganjak dari landasan,
Allah jua yang menentukan disebalik apa yang dirancang,
Gunakan ruang dengan terbaik dan biarlah ia berterusan.

#RemajaPurba: Buatmu Mac, harap tak lemas..

1 comment:

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...