Menahan diri daripada memohon cuti atas amanah yang diberi merupakan contoh amat terpuji. Sama ada pekerja ini menidakkan keperluan peribadi seperti pulang ke kampung ziarah keluarga atau memang Allah takdirkan tiada aral yang pasti suratannya memang Allah tulis semua berjalan lancar. Kejadian cantik begini tidak semestinya tiada gerimis mengundang.
Berbicara dengan motivator ditempelak kita bahawa hidup ada pilihan. Kalau kita tidak tabah lagi dan sudah habis daya kita pilih jalan lain. Jangan tunggu..!
Ya.. Betul..!Buatlah begitu kalau mampu. Tiada sesiapa boleh menahan malah berdosa menahan insan melonjak ke tahap lebih baik. Zaman ini zaman semakin mencabar. Wabak macam-macam, lagi banyak penawar, penyakit lagi banyak terbit. Anak sakit.. kedengaran klise tetapi dugaan tidak sama.
Realiti Kehidupan:
Banyak pengorbanan yang tersembunyi. Sebagai contoh:
- Pekerja wanita terpaksa memohon Cuti Separuh Gaji menjaga anaknya sakit
- Pekerja lelaki Cuti Tanpa Gaji memberi sokongan kepada ibu yang kemurungan
- Seorang pekerja yang menahan diri daripada memohon cuti disebabkan sedang menanggung kerja, seorang pekerja yang meletak jawatan selepas perkhidmatan dirundung mega.
Adakah kita cukup berani mendabik dada dengan berkata, 'Kenapa anak engkau asyik sakit je?'.
Zaman ini zaman semakin mencabar.
Menuju tahun 2023 gangguan mental menjadi penyakit 'pilihan' rakyat Malaysia. Kalau seseorang pekerja sanggup Cuti Tanpa Gaji demi memberi sokongan moral kepada ibunya yang masih lemah selepas kematian suami, kita patut melihat jauh ke dalam semangat keluarga ini. Ibubapanya pasangan saling mencintai sehingga ke usia senja. Kita patut cemburu kita yang baru berkahwin 10 tahun sudah terpaksa bermusuhan dengan pasangan. Walau ada orang cakap menangisi kematian disebabkan memikirkan risau terputusnya saraan. Tetapi kemurungan berbeza daripada menangisi atas sebab saraan.
Menuju tahun 2023 gangguan mental menjadi penyakit 'pilihan' rakyat Malaysia. Kalau seseorang pekerja sanggup Cuti Tanpa Gaji demi memberi sokongan moral kepada ibunya yang masih lemah selepas kematian suami, kita patut melihat jauh ke dalam semangat keluarga ini. Ibubapanya pasangan saling mencintai sehingga ke usia senja. Kita patut cemburu kita yang baru berkahwin 10 tahun sudah terpaksa bermusuhan dengan pasangan. Walau ada orang cakap menangisi kematian disebabkan memikirkan risau terputusnya saraan. Tetapi kemurungan berbeza daripada menangisi atas sebab saraan.
Ketahuilah bahawa orang yang telah banyak berkorban tidak perlukan bicara yang banyak. Action is louder than word itu sahaja. Bekerja ini macam kehidupan, suatu perjalanan.
Mengurus bercermat,
Bertindak berhemat,
Kesyukuran penamat,
Terelak kesumat.
Kita tidak pasti adakah kesudahan kita adalah bersara berpencen. Setakat ini kita hanya melambai mesra kepada teman yang habis berkhidmat disebabkan bersara, hanya menghantar pandangan kosong kepada teman yang menoktahkan khidmat dengan meletak jawatan dan kita menghantar air mata setakat ke muka liang lahad terhadap teman yang lebih Allah sayang.
Semua teman kita yang pergi dengan apa pun cara merupakan real life story yang amat *permana untuk diambil iktibar. Zaman ini zaman semakin mencabar. Melihat susah orang bukan dicerita ditambah perisa. Sebaliknya dibantu kalau berkuasa. Seterusnya belajarlah rasa kehidupan orang lain.
Kala hujan jangan hanya bergurindam syair si pari-pari tetapi bijaklah mengutip pelajaran-pelajaran buat diri. Sebuah cerita kehidupan tidak tohor kalau didengar kosong. Sebuah tulisan pengorbanan hanya kosong dilihat dangkal. Semua pengorbanan terjadi atas rasa tanggungjawab. Juga semua orang yang berkorban bukan tiada pilihan. Sebaliknya mereka diberi kekuatan bertahan. Mereka kadang-kadang menangis, kalau tertawa Alhamdulillah. Kalau mereka bersuara dengan apa pun cara mereka hanya mahu difahami bukan niat membalas derita.. - umizahan-
#RemajaPurba: 16 November 2018.. secebis kisah.
*permana - tidak ternilai
No comments:
Post a Comment