Family Bonding..
Bila kau jarang makan dekat luar dengan anak-anak, dapat pula peluang bersama makan dengan mereka di khalayak ramai. Kau rasa..?
Dulu..
Tiap kali sebelum keluar dari rumah, aku akan 'nasihat' deme.. 'Jangan buat perangai, jangan malukan babah dengan ibu, kalau tak.. kita balik'. Alhamdulillah, taktik menjadi. Bohonglah kalau kata anak-anak tak meragam tapi kena pandailah nak 'senyap'kan dorang supaya tak tebal muka bila orang mula menoleh.
Sekarang..
Anak-anak pula risau kalau ibunya yang meragam kalau aku tak sukakan persekitarannya, memang kejung tak bergerak aku dekat situ walau makan tetap makan.
Senario..
Anak meragam ketika makan di kedai makan?
'Biasalah.. budak-budak'. Jangan jadikan ini sebagai alasan.
'Kau bolehlah, anak dah besar..' Ini bukan masalah anak kecil atau besar tapi cara bagaimana nak uruskan anak-anak ketika makan di luar. Bila anak meragam, akan menyebabkan tindakan refleks untuk orang lain memandang. Kalau dah dua tiga kali orang menoleh, itu berkemungkinan orang tak selesa/tak suka kerana rasa terganggu. Sebagai parents, kena pandai mainkan peranan bagaimana hendak mengawal mood/perasaan anak bila tiba-tiba mereka tantrum.
Isn't it because you don't like other people looking at you when you eat at a restaurant, kau nak suruh orang lain pula yang bungkus makanan dan makan di rumah? Janganlah macam tu. Kalau rasa tak boleh nak kawal anak-anak ketika makan di luar, sebaiknya tapau/take away apa sahaja makanan yang diinginkan. Makanlah di rumah, nak terlentang, kuak lentang tiada siapa yang mahu mengambil tahu. Sekurang-kurangnya tak jadi kecaman orang.
#RemajaPurba: Not everyone agrees with you.
Setiap anak memang pelbagai ragamnya
ReplyDeleteSetuju. Tak semua setuju. Dikecam garang, biarlah sbb diorang anak2 saya. Garang saya dgn anak sendiri. Firm & cuba disiplin. Cuba saya sedaya mampu.
ReplyDelete