SOFTBALL
Moga semakin baik corak permainan mereka berbanding tahun lepas.
Flashback:
Tahun 90an..
Acara balapan menjadi kegemaran aku. Pingat, piala pasti dalam genggaman. Body tengah mantap, tiada siapa yang boleh pertikaikan. Itu belum lagi gelaran yang aku terima. Kenangan yang takkan berulang, semput kalau diteruskan sekarang.
Tahun 2022..
Dak Kakak - dulu softball tapi sekarang kuat berlari guna jemari di atas keyboard.
Dak Adik - bolasepak sebagai pemain bek kiri tidak seperti babahnya (penjaga gol).
Dak Nuha - Softball, masih ada dua tahun lagi untuk kekal aktif di sekolah rendah.
Tahun 2023:
Pihak sekolah dak Nuha mengambil inisiatif membawa mereka menjalani latihan untuk mendapatkan pengalaman dan pengetahuan dalam permainan softball.
Aku..?
Apa yang aku perasan, dak Nuha pasti akan demam panas bila habis semua latihan intensif yang diberikan. Syukur juga dia baik sebelum Jamuan akhir tahun di sekolahnya.
14 Februari 2023 - Selasa
Minggu Akhir Sesi Persekolahan haruslah ada Jamuan Akhir Tahun 2022 sebagai kenangan untuk cikgu dan anak-anak murid. Pelbagai juadah yang dibawa menambah keceriaan buat semua. Anak-anak gembira, cikgu dah tentu bahagia.
Sekolah Kebangsaan - sesi pagi.
Alhamdulillah.. dak Nuha dah sembuh masa ni.
Dak Nuha siap tapau jajan - bawak bekas kosong dari rumah lagi.
'Kenapa Nuha tak bawa bekas besar?'
'Lah.. mana Nuha tahu boleh bawak bekas besar'. Aku sekadar mengusik je sebenarnya.
15 Februari 2023 - Rabu
'Ibu.. Nuha dapat sikit je sebab dorang marah Nuha ambil banyak'.
'Kenapa Nuha bawak bekas besar?'
'Dah kakak cakap kenapa tak bawa je bekas besar, ni Nuha bawalah bekas besar, boleh dapat banyak tapi kawan-kawan lelaki Nuha bising Nuha ambil banyak, dorang tak dapat'.
'Ustazah cakap apa?'
'Amboi Nuha, besar bekas yang awak bawa ye?'. Aku sekadar menyakat tapi tak sangka dia betul-betul bawa bekas besar ke sekolah.
Sekolah Agama - sesi petang
Sanah Helwah 4 Al-Farisi 2022
Sebahagian makanan yang ada
DAN..
Pesanan terakhir daripada guru kelas dak Nuha:
Terima kasih semua. Ustazah sayang semua. Esok lusa belum tentu seramai ini yang datang. Terima kasih juga ibu ayah yang sudi bawa makanan tambahan. Seronok semua anak-anak makan sampai nak meletop perutnya. Minta halal semua ye.. Moga anak-anak kenyang dengan semua hidangan.
Alhmdulillah..
Majlis jamuan kelas untuk 4 Farisi berakhir dengan jayanya. Terima kasih banyak-banyak atas kerjasama yang sangat baik dari ibu ayah semua. Terima kasih atas sumbangan makanan. Tak dapat saya nak membalasnya. Moga semua anak-anak akan terus bersemangat dalam menuntut ilmu bagi sesi seterusnya. Mohon ampun dan maaf atas segala salah silap saya sama ada sengaja atau tak disengajakan. Tujuan saya tiada lain, hanya untuk mendidik anak-anak semua.
Terima kasih dan Assalamualaikum.
Nota:
Terima kasih buat semua guru-guru yang mengajar dan membimbing dak Nuha dan semua. Kenangan anak-anak 4 Beta (pagi) dan 4 Al-Farisi (petang) bersama cikgu semua adalah kenangan yang terindah buat mereka. Semoga rutin harian cikgu² semua dipermudahkanNYA dalam mendidik anak-anak bangsa. Kehadiran kalian menyempurnakan didikan adab, akhlak dan ilmu pengetahuan buat anak-anak kami. Juga mohon halalkan ilmu yang diajar oleh cikgu² buat mereka.
Terima kasih buat semua cikgu.
Semoga dipanjangkan umur dengan segala kebaikan dan dimurahkan rezeki dengan segala keberkatan serta moga rutin harian cikgu dan ustazah semua dipermudahkanNYA.
#RemajaPurba: Selamat tinggal sesi persekolahan 2022.
No comments:
Post a Comment