Followers Remaja Purba

Friday, June 29, 2018

Rendang Ayam Maman Aidilfitri 2018


Setiap kali Aidilfitri menjelang tiba pasti akan ada menu kegemaran menanti di kampung. Menu yang disediakan oleh orang tua dikampung. Air tangan mereka yang dah tentu sedap, lain dari hidangan biasa kita dapat.

Bagi diri aku..
Takkan lengkap rayaku kalau takde hidangan ni. Balik kampung mak saudara di Gemencheh, Negeri Sembilan pasti beliau akan masakkan rendang ayam maman ni. Setiap tahun.. ini hidangan wajib di rumah beliau selain tapai pulut.


Santan buatan sendiri..


Rendang Ayam Maman in the making.
Masakan akan jadi lagi sedap bila masak menggunakan dapur kayu.


Hasilnya..



Dipendekkan cerita, benih sayur maman yang di bawa balik dari kampung sebelum ini dah banyak kali membuahkan hasil sebenarnya cuma kali ni barulah tergerak hati nak memasaknya sendiri. 


Rupa Daun Maman

Ada yang buat jeruk tapi aku tak suka yang dah dibuat jeruk.


Rendang Daging + Maman


Hari ini..
Kesihatan semakin kurang memuaskan, namun gigih ke tempat kerja demi tugasan yang perlu disiapkan bukan nak kejar augerah semata. Huh! Baik kita duduk diam-diam siapkan tugasan yang diberi dari menyusahkan diri kemudian hari.

Esok..
Teringin nak beraya di rumah saudara dan teman tapi bergantung pada kesihatan diri. Andai kuat, sampailah ke rumah mereka, andai tidak, melepeklah di dalam rumah.


StatusHati: Moga urusan dipermudahkanNYA..



7 comments:

Sheila Adziz said...

nice sharing sis... bru tahu daun maman tu,,, perghhh nampak masak tu pun sedap

Siti Yang Menaip said...

ingatkan nama hidangan tu saja kasi nama Maman rupanya sayur hehehe..

Normi Nieza said...

sdapnya rendang..:)

Warisan Petani said...

Kat JDT tak jumpa rendang guna maman ni.
Semoga kembali sihat

Mohamad Khairil said...

first time dengan nama rendang maman :)

Aerill Hassan

ejulz said...

terbaek.. mesti sedap rendang ni :)

ejulz said...

ejulz follow sini. harap sudi follow blog ejulz jugak :)

jemput join segmen ejulz :)

https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...