Followers Remaja Purba

Thursday, May 31, 2018

Sisi antagonis Kak Aisyah dalam Drama Nur di TV3


'Ini semua blog punya pasal mak.'
Malam tadi marah sungguh kak Aisyah hingga Blog disalahkan..? 🤔🤔🤔

Blog disalahkan..?
Kak Aisyah.. please.. lepas ni janganlah salahkan blog lagi ye. Takut nanti terkena batang hidung sendiri. Mana nak sorok muka nanti..


Episod malam tadi di SINI..


Masih ada beberapa episod lagi bagi mengetahui kesudahan Drama Nur ini. 
  • Reaksi kak Aisyah bila mengetahui belang sebenar sikap suami beliau.
  • Adakah ibu Adam menerima Nur dengan ikhlas dan redha..?
  • Apakah bahagia di penghujung cerita..?
  • Kita sama-sama tunggu kesudahannya..


StatusHati: Syafiq Kyle punya pasal..


Wednesday, May 30, 2018

Berbuka Puasa di rumah MIL


Kisah Malam Kelmarin:
Ku bawa anak-anak mendapatkan rawatan di klinik kerana batuk yang masih belum pulih. Waktu tidur dorang jadi terganggu dek batuk. Dak Adik sehingga Doctor arahkan ambil neb. Nampak gagah tapi sebenarnya dak Adik yang paling teruk. Ni kalau sehari dua ni tak ok jugak, ke hospitallah ye..


dak Adik..


Kisah Berbuka Puasa Semalam di rumah MIL:
Berbuka puasa di rumah MIL + menyambut hari lahir MIL. Plan usahasama adik-beradik ChefHubby bagi memeriahkan suasana berbuka puasa. Aku..? Layankan aje memandangkan semalam Cuti Umum Wesak Day.

Setiap kali ada aktiviti makan-makan di rumah MIL, aku pasti menjadi pembantu kepada ChefHubby di dapur. Takde orang lain dah.. adik-adik yang lain turut membantu apa yang patut.

Alhamdulillah, perancangan dorang berjaya dan tersandar kekenyangan dibuatnya.

Selesai semuanya.. lewat malam balik bersama pakej tapau makanan yang ada. Aku sekadar mengambil apa yang perlu untuk bersahur nanti sebab dah tahu dah takkan ada yang nak bangun sahur nanti. Aku keseorangan lagilah jawabnya. Alasan sebab masih kenyang berbuka puasa dekat rumah uwan tadi ibu.. 😂😂😂


Sebahagian dari bahan mentah untuk menu berbuka..


Kari Kepala Ikan


 Kari Kambing

Shell Out

Sata + Otak-otak

Bersedia untuk berbuka puasa


Kemuncak majlis..
Birthday cake for my MIL dari anak-anak beliau..


Kisah Pagi Tadi:
Seperti yang dijangka.. terkebil-kebil aku keseorangan di dapur menahan ngantuk pun ye jugak. Tak cukup tidur gara-gara dak Nuha kurang sihat. Batuk + muntah-muntah + merengek nak ikut aku ke tempat kerja. Aku nak cuti dak Nuha tak bagi, disuruhnya aku kerja. Sanggup tak nak pergi sekolah sebaliknya panjang akalnya nak ikut aku ke pejabat. Alahai Nuha.. Nuha..

La ni..
Bersama dak Nuha di tempat kerja. Double triplelah kepenatan aku hari ni..


StatusHati: Mengantuk + letih pagi  ni..


Tuesday, May 29, 2018

Drama Isteri Untuk Diiktiraf - TV1 (Slot Widuri)


Belum habis Drama Nur di TV3 (kisah asal di SINI), aku boleh terjebak pulak dengan satu lagi drama..

Realitinya aku dah lama tak menonton sesuatu drama dari saluran TV1 apatah lagi ia merupakan drama bersiri.

Kenapa kali ini? Apa yang menyebabkan aku melekat menontonnya?
Penyebab utama kerana Sheila Rusly dan suami beliau Jinggo. Beliau antara pengarah yang bagus dalam karya arahan beliau. Biasa orang suka sebab pelakon utama tapi aku sebaliknya pulak.


Sumber en. Google


Drama Bersiri Isteri Untuk Diiktiraf arahan Azman Yahya (Jinggo) yang diadaptasi daripada novel karya Nurfaza Alisya di dalam Slot Widuri di TV1 bermula pada 16 Mei 2018 (Isnin hingga Jumaat) boleh ditonton di SINI..


SINOPSIS di SINI:
Kisah bermula di mana Tok Aki mahu melihat cucunya Safiyya berkahwin sebelum beliau menutup mata di mana Tok Aki bersetuju dengan cadangan Tan Sri Tengku Hairie yang mahu menjodohkan dengan Tengku Wildan.

Di awal perkahwinan, sikap Tengku Wildan yang menjengkelkan membuatkan Safiyya sakit hati ditambah pula lelaki tersebutlah yang cuba memerangkapnya sewaktu hari pertama bekerja di Hotel Mahkota Royal sebelum Safiyya kembali ke kampung dan tinggal dengan Tok Aki yang menjaga beliau sejak kematian ibubapa sewaktu kecil dulu.

Kemunculan Rafiq dan Tengku Wafie membuatkan Tengku Wildan dilanda cemburu, dalam diam sebenarnya dia mula jatuh sayang dengan Safiyya. Mulut kata tidak tapi hati kata mahu.

  • Tengku Wildan dituduh merogol Ana Julia dan turut melakukan sesuatu ke atas Safiyya disaat dia tidak sedarkan diri memberikan tamparan hebat kepada Safiyya.
  • Dapatkah Safiyya memaafkan perbuatan suaminya itu?
  • Adakah bahagia untuk mereka ketika Puan Sri Raja Mona tetap berkeras mahukan Bella sebagai menantu?
  • Apakah akhirnya Safiyya diiktiraf sebagai seorang isteri?


Sebahagian dari Pelakon:
Redza Rosli - Tengku Wildan
Elvina Mohamad - Safiyya
Janna Nick - Ana Julia
Dayana Roza - Tengku Bella Donna
Arash Mohamad - Tan Sri Tengku Hairie
Sheila Rusly - Puan Sri Raja Mona
Roslan Saleh - Tok Aki
Dan ramai lagi..


Semakin menarik dari hari ke hari drama tersebut membuatkan aku tak sabar nak tahu kesudahannya. Sehingga kini sudah hampir 13 episode tapi aku baru menonton hingga episode ke tujuh.. 😀 hehehe.. 



StatusHati: Layanlah isteri lebih baik dari melayan seorang kekasih kerana isteri mampu menyediakan sesuatu yang kekasih tak mampu sediakan.



Monday, May 28, 2018

"Baru saya faham.. Adil itu Redha" - Drama NUR di TV3


Allahuakbar..
Aku baru diuji dengan ujian yang kecil dah mengeluh kasar.. terlupa ada yang lagi teruk keadaannya dari aku. Seperti kisah Nur di dalam Drama NUR - episode 7. Walau hanya sebuah drama tapi dunia realiti kita tak tahu..


Drama NUR - Slot Samarinda di TV3.
Sesungguhnya Islam itu Mudah.
Kita manusia yang menyusahkan diri kita sendiri untuk mengenali Islam itu. Apa yang perlu kita buat untuk mendalami Islam? Jawapannya adalah Al-Quran.
- Adam


SOALAN Nur kepada Adam:
Kenapa Allah lahirkan golongan lorong hanya untuk dihantar ke Neraka? Dan dilahirkan golongan orang-orang yang baik hanya untuk dihantar ke Syurga? Di manakah adilnya Allah kalau ujian yang dihadapi manusia itu tidak sama beratnya?


JAWAPAN Adam kepada Nur:
Takkan adil Nur, sampai bila-bila takkan adil.
Sama macam.. kenapa Allah wujudkan orang yang cacat, yang menghadapi kesukaran sepanjang hidup disamping orang yang normal dan mereka terus ditindas hak mereka untuk terus hidup; ataupun sama juga dengan mereka yang miskin, yang dari keturunan demi keturunan yang mengalami kesusahan sepanjang masa sedangkan hidup mereka dikeliling oleh orang yang senang, hidup seperti di dalam dulang emas (living on a silver platter) tetapi mereka terus berusaha untuk mencari sesuap nasi sedangkan si kaya tanpa membuat apa-apa untuk menjadi senang.

Adil ke macam tu Nur..?
Sedangkan dalam seminggu pun ada tujuh hari, bukan lapan. Kalau diagihkan, jumlahnya takkan adil. Ada tiga, ada yang dapat empat. Tapi, selagi kita mencuba melihat keadilan Allah di sisi sesama manusia, selagi itu kita takkan nampak di mana letak keadilan Allah.


SOALAN Nur kepada Adam:
Habis tu, di mana letaknya keadilan Allah itu?

JAWAPAN Adam kepada Nur:
Adil Allah bila kita redha dengan ketentuanNYA dan kita redha dengan ketentuan yang telah ditetapkan untuk hidup kita dan keadilan Allah itu lagi jelas apabila umat Islam di Alaska berpuasa selama 20 jam dan mereka tetap bersyukur dan redha tanpa rasa merungut. Kenapa mereka berpuasa lebih daripada masa kita yang singkat dekat sini, kerana mereka tahu ada hikmah disebaliknya.

Adil jugak di mata Allah apabila si cacat teruskan hidup dia dengan bersusah-payah, dengan rasa bersyukur dengan apa yang mereka ada. Sama juga macam si buta, teruskan hidup dia dengan buta, si kudung teruskan hidup dia dengan tidak berkaki tapi mereka bersyukur. Mereka tak pernah merungut, tak pernah meronta-ronta nak menjadi seperti orang biasa, yang celik, orang biasa yang berkaki. SEDAR DIRI.

Adil juga untuk orang miskin yang sentiasa bersyukur walaupun rezekinya hanya secupak dan dia sentiasa redha tanpa rasa sikitpun iri hati terhadap si kaya dan si kaya sanggup memberikan hak dia kepada orang miskin sedangkan dia tahu benda itu tak adil buat dia.


SOALAN Nur kepada Adam:
Macam mana pulak orang-orang macam saya ni?

JAWAPAN Adam kepada Nur:
Bila awak sentiasa redha dengan ketentuanNYA dan awak terima apa jua ujian dalam hidup awak, awak kena terima semua ujian ini dengan berlapang dada tanpa rasa dendam dan jangan mempersoalkan kenapa awak ada dekat sini. Awak kena berjuang, hukum tetap hukum. Di situ sebenar-benar letaknya ujian.

Langkah pertama awak kena terima hakikat ujian dalam hidup awak.

Selagi kita tak redha dengan ujian Allah terhadap kita, selagi itu kita tetap salahkan Allah yang tak pernah berlaku adil terhadap kita. Sedangkan Allah itu Maha Adil sifatnya. Mungkin di dunia awak susah tapi di akhirat nanti kalau awak lepas ujian ini, InsyaAllah makam awak lagi tinggi dari para wali asalkan awak ikhlas dengan ujian hidup awak. Allah itu Maha Adil. DIA berhak lakukan apa saja yang DIA mahukan. Itulah sebenar-benarnya keadilan. kebesaranNYA yang tiada tandingan.


Nur: Baru saya faham.. Adil itu Redha. 
Adam: Redha dengan ketentuanNYA.


StatusHati: Tak sabar nak tahu kesudahannya.


Memandu sambil menggunakan telefon?


Pengalaman sewaktu aku mengambil lesen memandu sewaktu zaman Remaja Purba dulu adalah dek rasa tercabar bila mak aku berjaya dan lulus hanya dengan mengambil sekali sahaja ujian di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ketika itu. Dipendekkan cerita, akhirnya aku turut berjaya dengan hanya sekali ujian DAN dah tentu dengan iringan doa serta restu dari mak aku. Alhamdulillah.. 

Kini..
Lesen mak hanya di frame kan dalam beg. Mak cuma ada lesen tapi memandu di atas jalanraya tak pernahnya pun.. hehehe..


Jangan memandu sambil menaip mesej.. bahaya..
Mana ada dua orang pandu satu kereta.. JPJ je macam tu..


Memandu sambil menggunakan telefon?
Masih ada yang menggunakan telefon ketika memandu. Part yang aku marah tu, kau berada di fast lane, pandu perlahan. Tukar lane lah bro.. sister. Bila aku bagi high beam + hon reti pulak kau nak marah. Kalau tak nak adrenalin kau tu naik, tolonglah beri kerjasama kepada pemandu yang lain. Samseng jalanraya pun tak menggunakan telefon ketika memandu sebab dorang fokus memandu 'mengejar mangsa'. Tak percaya cuba tengok.. 😎😁

Ya.. aku mengaku aku pun bukan tak pernah menggunakan telefon sewaktu memandu tetapi jangan samakan waktu aku pernah kemalangan baru-baru ni seperti di SINI. Tiada kena-mengena dengan menggunakan telefon ketika memandu. Kes tu sebab aku pengsan - case close.

Apa-apapun berhati-hatilah ketika memandu. Beringat sebelum kena.. dah kena baru nak menyesal tak guna dah.



StatusHati: Romeo India November Delta Uniform..


Sunday, May 27, 2018

Bunyi katak bersahut-sahutan..


Kenangan beraya di Tahun 2017..
Tak pernah tak seronok kalau balik kampung. Jiwa kampung yang tak boleh dipisahkan menjadi satu terapi minda. Rindu yang takkan berkurangan.


Pemandangan dari hadapan rumah Bapa Saudara

Rasa tenang jauh dari hiruk-pikuk di bandar. Dengan bunyi katak bersahut-sahutan.. memanggil hujan.. suasana yang aku sangat rindui.

Suasana aman tenang di kampung

Sebahagian kecil hiasan yang ada

Moga cuti ChefHubby diluluskan Aidilfitri kali ini. Tak dapat berhari-hari dapat dua tiga hari pun syukur sangat-sangat.. Aamiin..


StatusHati: I wish...

Saturday, May 26, 2018

Terlupa masak nasi sebelum berbuka puasa


'Ibu.. nasi tak masak.'
Rupa-rupanya anak tak tekan butang pada periuk nasi. Maka.. ber huhu lah waktu berbuka puasa.

'Ibu marah ke..?' 🤔
'Kalau ibu marahpun bukannya nasi tu boleh siap masak. Dahlah.. kita makan je apa yang ada.'

Sedih tengok anak-anak cuma makan lauk dan kuih ketika berbuka puasa baru-baru ni. Ditambah dengan keletihan memandu dua jam dari tempat kerja amat kurasakan membuatkan aku hanya mendiamkan diri. Begitu juga dengan anak-anak yang kepenatan seharian di sekolah.

Malam tu.. rezeki si miow kucing hitam. Nasi masak lepas kami berbuka puasa dan ia dapat 'merasmikan' nasi tu terlebih dahulu. Kami tak bela kucing tapi kucing ni setiap hari akan datang ke rumah aku sejak ia Remaja Purba lagi.. 🤗

Dak Kakak, dak Adik dengan dak Nuha?
Alhamdulillah.. masing-masing dah kenyang makan lauk, kuih sambil bersulamkan air sejuk. Manalah anak-anak Mak Budak tak kenyang. Banyak minum air.

Penyudahnya, nak elak dari berlaku pembaziran, esoknya aku buat nasi goreng. Sekali lagi.. Alhamdulillah kenyang. Syukur masih ada makanan yang boleh dimakan kalau nak dibandingkan dengan mereka yang susah nak dapatkan makanan.


StatusHati: Baju Raya aku takde lagi..


Friday, May 25, 2018

Bukannya melabel dan menghukum - Drama bersiri NUR di TV3


Sedikit berkisar tentang Drama Bersiri bertajuk Nur yang sedang ditayangkan dalam slot Samarinda di TV3 ketika ini. Aku tertarik dengan perbualan di antara Dato' Ayah Haji Mohsen (Dato' Jalaluddin Hassan) dan Adam (Syafiq Kyle) mengenai sikap Adam yang melabel dan menghukum tanpa mengetahui kisah sebenar disebalik keadaan Nur di dalam episode ke 5.


Teguran Dato' Ayah Haji Mohsen kepada anak beliau, Adam:
Sebagai pendosa, kamu rasa dia tak layak menyembah Allah ke?
Walau siapapun fitrah kejadian kita, sama ada ustaz-ustaz, alim ulamak, perompak mahupun pelacur itu sendiri, mereka berhak untuk menyembah Allah.

Jangan hanya disebabkan kamu dilahirkan dari keturunan yang baik-baik, mendapat pendidikan yang baik-baik, berkawan pula dengan orang yang baik-baik, jadi kamu fikir Allah itu hak mutlak untuk kamu sahaja?

Allah Tuhan untuk sekalian alam dan isinya, waima siapapun kita dan selagi kita beriman dengan kewujudanNYA, kita wajib dan berhak menyembahNYA. DAN.. Adam patut bersyukur, Allah beri kemudahan untuk kamu beribadat menyembahNYA.

Sesetengah manusia tak sebertuah kamu Adam. Sesetengah manusia Allah beri kesukaran, kehinaan dan ujian hidup yang getir tapi mereka tetap gigih mencari Allah. Bukankah itu sikap yang mulia disebalik pekerjaan mereka yang kita keji itu?

Adam..
Pergilah.. carilah dia.. bimbinglah dia dan itu tugas Adam yang sebenar-benarnya. Bukannya melabel dan menghukum.

Jangan jadi seperti ayah yang terperangkap dalam singgahsana yang ayah cipta. Kononnya atas alasan untuk melaksanakan tanggungjawab yang ayah sangka.


Dari perbualan tersebut di atas:
Tak sabar nak tahu kesudahannya..?
Pasti banyak pengajaran disebaliknya, bukan setakat berkenaan watak Nur tapi juga watak yang lain di dalam drama tersebut.


StatusHati: Bimbinglah ke arah yang lebih baik..


Thursday, May 24, 2018

Buat semua bakal Pemimpin


'Sebaik-baik manusia adalah yang boleh memberi manfaat kepada orang lain.'
  • Berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat kepada kita - ini bukan nak bodek. Teruskan berbuat baik, jaga amanah elok-elok.
  • Hormat-menghormati antara satu sama lain dan laksanakan akhlak Nabi.

Sabda Nabi:
'Tidak beriman orang yang tidak menjaga amanahnya dan tidak beragama orang yang tidak melaksanakan janjinya.'

Tolak rasuah, teruskan berintegriti walau apapun orang lain kata.

Kepada #SPRM:
Teruskan menangkap pemberi rasuah, jangan tangkap penerima rasuah sebab takde orang beri takkan dia terima. 🤔


Ingatlah:
Allah S.W.T adalah segala-galanya.


StatusHati: Baru 8 hari berpuasa..


Wednesday, May 23, 2018

Teguran Seorang Suami..



'Abang suruh makan bukan suruh gemuk..' 🤔😂🤣
Pergghhh.. teguran nakal seorang suami kepada isteri.

Sebelum ni kemain Mak Budak #PerasanSlim tapi bila jadi kes sampai pengsan warded bagai, terus saka makan mai terjah ajak makan. Dok asyik temankan Chef Hubby makan waktu malam, sekali kena tegur dengan beliau..

Itu baru sikit..
Baru-baru ni sekali lagi aku terkena..

'Secantik mana pun seorang perempuan tu ketika di luar rumah.. bila di rumah selekeh ya amat.. 😜'

Selekeh atau tidak bergantung pada pandangan mata pasangan kita sebenarnya. Kalau en. Hubby komen semacam, ok itu kena ambil berat dan cuba ubah supaya takde komen bikin sentap lagi.

Sebenarnya beliau bergurau tapi hakikatnya memang masa tu tengah selekeh.. kahkahkah.. sebab anak pun cakap.. 'ibu ni selekehlah..' 

Kalau dah seisi rumah berganding bahu mengatakan aku selekeh, maka kena lebih alert dan berhati-hati lepas ni. Cukuplah en. Hubby kata aku gemuk.. huhuhu..


StatusHati: #TeguranSeorangSuami..


Tuesday, May 22, 2018

Etika dan Akhlak Dalam Pekerjaan


Satu nikmat yang Allah beri - bekerjalah..

Formula Pekerja Champion:
C - Cepat
H - Hadir
A - Application / Apply
M - Mantapkan Keupayaan Kita
P - Profesional Dalam Kerja Kita
I - Iltizam Kita
O - Organize
N - Niat (mestilah baik)


TIPS SEBAGAI PEKERJA YANG BERJAYA:

Kita mesti CEPAT, tak boleh lewat lagi dah.
Mesti sejajar dengan perkembangan semasa dengan penggunaan teknologi sedia ada. Kena adapt dengan suasana kerja sedia ada. Tak tahu bertanya, buang sifat ego tu.
Saidina Umar berpesan: Didiklah anak kamu mengikut zamannya.


Kena HADIR bekerja.
Orang yang menjaga kerjanya, walau dia bercuti orang lain masih boleh menghubunginya. Sesetengah organisasi ada menyediakan anugerah menghargai pekerja, ini dikira sebagai nilai tambah kepada pekerja yang dapat penghargaan.


Zaman APLIKASI.
Zaman bercakap kurang..
Zaman buat kerja..
Zaman apply.. 'Talk is Cheap' 'Action Speak Louder'.


MANTAPkan keupayaan kita.
Mantapkan kemahiran/kelemahan kita dengan cara pergi berkursus berkaitan kerja kita.


PROFESIONAL.
Jangan campuradukkan tugas kita dengan hal peribadi. Jangan bawa masalah peribadi ke tempat kerja.

Jangan lupa: Sentiasa ada masa untuk semua perkara.
Yang jadi hal: Semua masa kita buat benda tu.
(Sebagai contoh: Dari rumah sampai ke tempat kerja - tak habis-habis dengan gajet, untuk tujuan yang tiada kena-mengena dengan kerja). - Kita kena ingat.. bila balik rumah pasangan kita berhak untuk dibelai.


ILTIZAM.
Sentiasa nak buat perubahan dalam diri kita.


ORGANIZE.
Susun atur kerja kita, jangan berterabur.


NIAT.
Niat mestilah baik dalam pekerjaan kita. Niat nak improve dalam kerja kita.
'Meremajakan' pemikiran kita.'

Sumber dari Ustaz Syamsul Debat.


StatusHati: Bersangka baik setiap masa.



Monday, May 21, 2018

Drama NUR lakonan Syafiq Kyle di slot Samarinda TV3



Shafiq Kyle kembali ke kaca tv dalam drama bersiri bertajuk NUR dan ini kali kedua aku melekat di kaca tv menonton lakonan beliau disamping Amyra Rosli. Dulu pernah sekali aku hadap lakonan beliau dalam drama Tak Ada Cinta Sepertimu di SINI.


drama nur tv3
Terjalin Perasaan Dalam Mencari Jawapan
Setiap hari Isnin - Khamis jam 10 malam di TV3
Di SINI..


Drama NUR ini memulakan siarannya di dalam slot Samarinda pada 14 Mei 2018 baru-baru ini. Drama terbitan Radius One Sdn. Bhd. dan diarahkan oleh Shahrulezad Mohameddin. Baru 4 episod ditayangkan setakat ini dan masih ada 15 episod lagi menanti daripada 19 episod kesemuanya membuatkan aku tak sabar nak menontonnya.


drama nur
Barisan Pelakon:
Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Riena Diana, Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Nurkhiriah, Azhan Rani, Raja Atiq, Zaidi Omar, Laila Nasir, Elmy Moin, Kuna Muzani



Sinopsis NUR:
Adam, seorang ustaz muda yang terkenal kerana ilmu, rupa paras dan anak lelaki tunggal kepada penceramah selebriti, Datuk Ayah Haji Mohsen. Banyak tawaran pekerjaan Adam terima sekembalinya ke Malaysia.

Adam bakal ditunangkan dengan Qhadeeja, seorang doktor muda, juga anak kepada seorang usahawan terkenal yang cukup rapat dengan Datuk Ayah Haji Mohsen.

Ketika memberi kuliah Subuh di masjid, Adam sering mendapat soalan daripada pengirim misteri. Rupanya soalan itu datang daripada Nur, yang mempunyai minat untuk mendalami agama Islam, namun keadaan hidup menjadikan beliau sukar untuk mendapatkan lebih banyak ilmu tentang agama Islam kerana mendapat tentangan daripada ibu beliau sendiri.

  • Apakah Nur mempunyai sinar harapan untuk hidup lebih baik dari sebelumnya?
  • Apakah Adam berjaya dalam misi mengenali Nur dalam diam?
  • Apakah akan terjadi di antara Adam dan bakal tunang, Qhadeeja?

Banyak persoalan akan terhurai sepanjang 19 episod drama NUR ini.

Masih belum terlambat menontonnya  juga di SINI.


StatusHati: Lama dah sebenarnya aku tak bersama TV3 ni.. 🤗🤔


Saturday, May 19, 2018

Nenas Nan Sebiji


Kisah beberapa minggu + bulan sebelum ini..

Baru bertunas hasil usaha dak Kakak membantu aku..


Ini yang rare - tanam pokok ubi dalam tong minyak..


Kisah la ni..

Nenas nan sebiji di belakang rumah elok berbuah walau tanpa penjagaan khusus. Kalau pokok nenas ni boleh bercakap, mesti ia akan tuduh aku menganaktirikannya, tak jaga dengan baik. 


Disebalik pokok serai wangi..
Pokok ubi yang membesar dari dalam tong minyak..


Tersembunyinya sebatang pokok nenas..


Ni dia..


Hasil bersama beberapa batang pokok ubi.
Pokok ubi jauh dari Kampung di Melaka membesar dengan sihat di belakang rumah


Alhamdulillah..
Berbudi pada tanah walau hanya sebiji dan beberapa petik pucuk ubi yang kudapat hasilnya.

'Nak menunggu buah nenas tu masak, baik beli je dekat kedai..' usik ChefHubby..

Lepas ni tunggu pulak pokok ubi berisi dan tak sabar nak tunggu hasil ubi yang kutanam bersama dak Kakak sebelum ini.

La ni.. bila tengok belakang rumah, ada lagi dua tunas pokok nenas dicelahan pokok serai wangi. Apa yang perlu.. sabar dan terus sabar menunggu hasilnya nanti walau mengambil masa yang lM..


StatusHati: 


Friday, May 18, 2018

EMPAT Perkara kita kena buat bila bekerja


Bekerja di bawah satu bangunan dengan pelbagai ragam sesama kita, adakala membawa kesan ke atas diri kita. Untuk mengelakkan dari perkara negatif muncul dalam diri, sebaiknya eloklah empat perkara ini kita buat bila bekerja iaitu:


MOMENTUM AWAL KETIKA BEKERJA
Jangan leka: Masuk kerja terus buat kerja.
Ini tidak.. kadang-kadang masuk ontime tapi dok fikir nak buat apa.


KENA ADA KOMITMEN
Walau apapun tugas kita, jangan anggap tugas kita tak penting, walau tugas itu hanya pekerja biasa tapi boss akan jadi susah bila anak buah takde, cari fail tak jumpa, habis berterabur. Boss takde takpe lagi, keadaan paling senang dalam hidup kita. Kita lega tapi sebenarnya apapun tak boleh buat.

  • Orang yang kontraknya bersambung-sambung tak habis-habis. (Bersangka baik dia masih boleh bekerja dan khidmatnya diperlukan).
  • Kejap-kejap kena transfer. Pangkat/Gred tak naik tapi kena transfer. (Bersangka baik - kerap kena transfer ke pelbagai department supaya bila naik pangkat nanti dah tahu semua kerja).
  • Baru kerja dah naik pangkat. Jangan kita marah/dengki/sabotaj sebaliknya Alhamdulillah dia dapat.

Kalau kita tak seronok kita kena soal balik hati kita kerana penyakit hati kita dah teruk. Orang naik pangkat sebab baik tapi kita jadi tak suka kenapa?
Kita dah mempersoalkan apa yang Allah dan tentukan kepada orang lain.
Komitmen ni kita kena buat yang terbaik walau kerja kita biasa je. Jangan berkira pasal kerja.


BELAJAR DAN MENGAJAR
Apa yang kita tak tahu kita belajarlah. Mana yang kita tahu kita ajar kawan yang lain. Jangan ingat kita belajar tinggi-tinggi, kita nak ego dengan orang lain.

Jangan ego.
Tak faham tanya - jangan berlagak.
Cara fikir nak kena ubah. Jangan ingat pangkat tinggi kita betul semua. Kita boleh bertanya pada orang bawah kalau tak faham. Tak kira siapa kita - belajarlah kalau tak tahu.


KOMUNIKASI
Kalau malu bertanya sesat jalan.
Dalam hati jangan bersangka buruk. Zaman sekarang ni orang boleh bersangka buruk dengan orang lain walau tak kenal orang tu. Boss ni kadang-kadang dia marah atas dasar kerja bukan hal berkaitan peribadi. Orang lain jangan nak membakar keadaan.


Hidup ni..
Kadang-kadang kita tak suka dengan sesuatu tapi itulah yang terbaik buat kita. Kita tak nak tapi rupa-rupanya itulah yang terbaik.


StatusHati: Boss NOT always right.. 🙃


Thursday, May 17, 2018

Selamat Menyambut Ramadhan 1439 Hijrah


Alhamdulillah.
1 Ramadhan 1439 Hijrah tiba akhirnya.

Buat pertama kali aku menyambut Ramadhan di lokasi baru di mana jarak perjalanan harianku bertambah sekali ganda dari sebelum ni.

Moga aku gagah berhadapan dengan rutin harian sepanjang Ramadhan kali ini. Berdebar-debar pun ada kerana aku belum biasa.

Waktu Imsak di kawasan aku adalah pukul 5:31am.
Hari pertama nak berpuasa, aku hanya tidur-tidur ayam takut terlajak bersahur. 🤣🤣

DAN..
Paling penting - semua ahli keluargaku memberi kerjasama sepenuhnya ketika bersahur pagi tadi.


StatusHati: Rindu suasana kampung..


Wednesday, May 16, 2018

Guru Pemacu Transformasi Pendidikan


Tema Hari Guru 2018
'Guru Pemacu Transformasi Pendidikan'


Darimu aku mengenali Huruf:
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Darimu juga aku mengenali Nombor:
0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0


Cikgu..
Moga kau terus tabah dan kuat dalam mengharungi rutin harian..
Moga kau terus gigih memberi khidmat bakti kepada anak didikmu..
Tanpa mereka.. siapalah aku kini.

Cikgu..
Tiada apa yang dapat aku berikan..
Hanya doa mengiringi langkahmu.. cikgu..


StatusHati: Esok bermulanya Ramadhan dan aku masih di sini..


Tuesday, May 15, 2018

Drive thru at Nasi Bamboo Sungai Klah


Selesai sudah kemeriahan Hari Keluarga tempat kerja #MakBudak di Felda Residence Hot Spring, Sg. Klah, Sungkai, Perak. Kisah Family Day #MakBudak di SINI..


Terima Kasih
Panjang umur kami mai lagi..


Ini Lembu ye anak-anak..


Nasi Bamboo Sungai Klah


Nak mai makan sini entah bila.. dan bila ada peluang, takkan nak lepaskan peluang yang ada kan. TAPI.. hanya mampu drive thru je di Nasi Bamboo Sungai Klah ni. Alahai.. punya ramai orang; tapi bukan itu penyebabnya sebaliknya dak Nuha adalah penyebab utama. Dia meragam kerana keletihan. Alahai.. hampa hati Mak Budak nak merasa apa yang sedap di situ.


Dalam masa yang sama, sempat kami cuci kereta di kawasan berdekatan. Haa.. amik. Gara-gara chefHubby terlanggar tahi lembu, habis body kereta comot. Ini kali pertama kami cuci kereta di luar radar. Masa ni ragam dak Nuha usah cakaplah. Kalau boleh dekat atas lantai kedai tu dia nak baring sebab letih nak tidur.


Tiap kali lalu di sini pasti kuabadikan sekeping gambar..


Perjalanan balik diteruskan..
Dak Nuha lena di seat belakang, manakala dak Kakak dengan dak Adik menemani aku menyanyi sepanjang perjalanan. Kes nak hilangkan rasa mengantuklah. Alah.. lagu pun lagu anak-anak.. dorang select then nyanyi bersama.


Sejenis kapal berwarna biru di suatu tempat..


Ketika dalam perjalanan balik, ada pula gangguan mengenai hal teknikal di tempat kerja. Rasa seronok terganggu sekejap. Alahai.. sabarlah mesin. Tuan empunya masih bercuti rehat lagi.


Bila bercuti diganggu sebegini yang den lomah ni..


Akhirnya percutian pada hujung minggu lepas selamat tiba ke destinasi.. Alhamdulillah..


StatusHati: Menghampiri Ramadhan..


Monday, May 14, 2018

Famiy Day di Felda Residence Hot Spring Sg. Klah, Sungkai, Perak


Awal pagi aku bergerak menuju arah utara pada pagi Sabtu baru-baru ni. Membawa keluarga kecik aku menikmati kemeriahan Hari Keluarga tempat kerja #MakBudak.


Suasana pukul 7am di laluan masuk kawasan kampung di Sungkai..


Bersarapan di salah sebuah kedai makan..
Roti canai pakcik tu sedap, berselesa menikmatinya dalam suasana sejuk pagi..


Di sinilah tempat tujuan kami..
Felda Residence Hot Spring, Sg. Klah, Sungkai, Perak


Comel je aksi-aksi mereka ini..


Akhirnya sampai jua di sini..
Meraikan kemenangan penakhlukan Kerajaan Baru..
Eh..!Bukan.. Family Day tempat kerja aku. 


Budak yang tak sabar nak mandi kolam..


Sabar ye Nuha..
Kita mulakan dengan aktiviti di tengah padang dulu..


'Face Painting'
Dak Nuha memang suka bab-bab 'menconteng' ni..


Hasil di tangan bukan di muka..
Dak Nuha pilih sendiri bentuk lukisan apa yang diinginkan..
Bergambar pulak dengan salah seorang staff yang menjadi favourite dak Nuha..


My CEO merasmikan Family Day..
Beliau yang tidak sihat sanggup turun padang turut sama memeriahkan suasana..


Dalam aturcara takde Badut, mungkin untuk surprise kan anak-anak..


Aktiviti Family Day kali ni tempat aku, kugantikan dengan dak Kakak..
Dah sama besar dengan Mak-mak Budak yang ada tu..



Selesai aktiviti di tengah padang, acara yang dinanti-nantikan semua. Anak-anak paling teruja dan tak sabar nak mandi sampai sanggup tak nak makan tengahari menu yang disediakan oleh pihak urusetia.

Peta Lokasi di dalam Felda Residence Hot Spring..


Mana gambar anak-anak..?
Aku dan #ChefHubby hanya memerhati dari jauh.
Mandi bersama..?
Sedikit kecewa kerana tertinggal seluar di rumah.. huhuhu.. sedih beb..


Memang Hot lah.. tapi aku hanya tengok tak joint pun..
Betul-betul bagi anak-anak puas mandi-manda..


Aku sememangnya tak cukup rehat sedari awal. Jalan terbaik adalah mengurangkan aktiviti lasak agar perjalanan balik menjadi selamat memandangkan ChefHubby udah tak larat nak drive.

Alhamdulillah..
Perjalanan balik smooth and steady.
Dak Nuha meragam usah cakaplah gara-gara sepenuh tenaga dia gunakan di sana. Baik ketika di tengah padang mahupun di dalam kolam. Dak Kakak dengan dak Adik kekenyangan, makan non stop dorang. Bapak Budak pulak kepenatan melayan kerenah kami semua..


StatusHati: Serabut dengan sesuatu..


Sunday, May 13, 2018

Bubur Nasi Kuala Selangor


Berkebetulan ada urusan di kawasan berhampiran baru-baru ni,  singgah di sebuah gerai ni. Nak merasa keenakkan Bubur Nasi Kuala Selangor tapi sayang dah habis. Namun, dah alang-alang sampai, kami menapau nasi lemak dan laksa.

Berdepan Tesco Kuala Selangor lokasinya..


Laksa ni sedap..

Next time aku nak repeat order lagi. Nak makan bubur nasi pula nanti. Untung-untung dapat jumpa Blogger Ell Suhaiella.. 🤗


StatusHati: Terasa lama sungguh cuti kali ni..


Saturday, May 12, 2018

Secara Rasmi Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri Ke-7


Akhirnya Sejarah Tercipta.
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berkenan menyerahkan Surat Cara Lantikan sebagai Perdana Menteri ketujuh kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad di Istana Negara, malam 10 Mei 2018.

Dalam usia 93 tahun, Tun Dr. Mahathir berjaya mencipta sejarah memimpin kembali negara selepas 15 tahun meletak jawatan.

Mengetuai Pakatan Harapan (PH) dengan memenangi 135 kerusi Parlimen dalam PRU-14 dengan membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.

Dalam masa yang sama, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, semua pihak harus menghormati keputusan rakyat dalam PRU-14 yang mahukan kerajaan baru.

BN harus bersikap berlapang dada. Usah menuding jari kepada sesiapa tetapi perlu mengkaji, meneliti apa punca dan sebab berlaku kekalahan mengejutkan tersebut.

Komen aku:
Punca kekalahan BN dalam #PRU2018 kali ini adalah disebabkan ramai pengundi kali pertama yang menunaikan tanggungjawab berumur di bawah 40 tahun (B40) dan kebanyakkannya merupakan pengguna media sosial yang tegar. Kemungkinan mereka yang mendominasi kertas undian hingga menyebabkan kekalahan bagi BN. Juga mungkin ada calon yang over confident mereka akan menang, tak serius terhadap apa yang mahu diperjuangkan; penyudahnya, tersandar menepuk dahi.


Sebagai salah seorang pengundi yang turut sama berada di saluran yang betul, aku tak nafikan aku sedih dan terkesan sebenarnya UMNO/BN kalah tapi aku juga inginkan perubahan pada tampuk pemerintahan.

Tahniah kepada semua yang menang dan takziah kepada yang kalah dan ingatlah menjadi wakil rakyat bermakna anda bekerja untuk rakyat, gaji anda dibayar melalui hasil negara yang pada dasarnya adalah milik rakyat.

Satu lagi, jangan lupa bersihkan bendera dan bahan kempen di merata tempat diturunkan dan dilupuskan sewajarnya supaya tidak menyemak di kawasan berkenaan.


StatusHati: Aura Tun Mahathir masih kuat.. 😘😙



Friday, May 11, 2018

#PRU2018 pada 9 Mei 2018


Kisah rangkuman semua mengenai kenangan aku sebagai pengundi dalam #PRU2018. Ni ha.. baru nak bercerita..

Selepas khatam dari pelbagai sudut berkaitan #PRU2018, perasaan aku selepas keputusan..? OK.. nanti aku kongsikan. Sekarang aku nak tepek gambar kenangan sebelum, semasa dan selepas PilihanRaya yang telah diadakan pada 09 Mei 2018.


Shawl sebuah parti politik yang aku miliki sejak #PRU12 lagi tapi tak bermakna aku penyokong tegar parti tersebut. Dah orang bagi aku ambil je..


Suasana malam sebelum hari mengundi


Video memarakkan keadaan..
Riuh seketika..
Happening kawasan tersebut.


Bukan aku punya..


Kisah asal di SINI..

Inilah pilihan warna baju aku selepas dalam dilema memilih warna apa yang nak dipakai. Salah satu warna kegemaran aku. Pakej kena usik sewaktu aku beratur mengenai pemilihan warna pakaian yang sinonim dengan parti yang bertanding.

Seawal pukul 8:15am aku dah memasuki kawasan sekolah sebelum orang semakin ramai..


Kenangan di kawasan sekolah lama aku..
Banyak kenangan pahit manis aku di sini..

Aku dah..
Bukti dah selamat mengundi secara sah..


Ni lagi.. semakin bertukar warna..

#MakBudak bersama #PenemanSepanjangHayat
Syukur satu jari bukan tiga 🙄

myMIL pun dah selamat melaksanakan tanggungjawab beliau..

Cuma satu aku tak puas hati, pergerakan yang perlahan bagi saluran satu di tempat myMIL mengundi. Penat menunggu weh..


Kemudian, perjalanan diteruskan menuju ke hospital..
Melawat baby di hospital..
Dah macam wakil rakyat aku rasa..


Anak kawan ChefHubby.. 

Selamat dilahirkan sehari sebelum mengundi, jadi ibunya kena tunggu lima tahun lagilah baru boleh mengundi..

Kenangan di sekitar kampung ChefHubby..

Apa yang aku nampak ada tempat mengundi masih ramai orang berbaris untuk mengundi walau masa semakin suntuk. Tepat pukul lima petang, tempat pengundian ditutup dan ada yang tak puas hati sebab tak dapat mengundi. Namun, syukur tiada rusuhan berlaku.

Ini salah satu daripadanya..
Sumber FB..


Penyokong Parti Gajah.. 🤔🤔
Untunglah Diva AA ada penyokong bertuah 🙄


Anak buah Chef Hubby..
Cucu myMIL yang ke 11..
Meriahlah bila balik kampung MIL.. ramai cucu.


Khidmat masyarakat terakhir..
Membaiki motorsikal adik ChefHubby yang 'demam'.


Selesai semua yang berkaitan, akhirnya kami selamat sampai di rumah dari kampung ChefHubby. Masa kami untuk berehat pulak.

Apa-apapun.. kelmarin adalah hari yang memenatkan bagi diri aku. Letih hinggakan aku tak kunci rumah dan tak sedar bila en. Hubby balik dari berjumpa kawan di luar.


StatusHati: Sejarah akhirnya tercipta. Tahniah Tun M..


Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...