Followers Remaja Purba

Saturday, March 31, 2018

Disebalik masak nasi secara Manual


Bila belek-belek dalam draft yang berlambak tu, banyak rupanya aku tak publish kan lagi. Entah bila aku nak publish pun aku tak tahu, malah ada antaranya dah basi pun kalau nak diceritakan. Tapi.. eemm.. tengoklah, ada mood nanti aku kisahkan di sini at least sebagai kenangan untuk diri aku sendiri.

Kisah bila satu hari tu takde elektrik di kawasan perumahan aku:

'Ibu, boleh ke masak nasi ni?' Wah.. kemain korang ye, underestimate nampak..

Kisah asal di SINI..

Sebenarnya disebalik itu, aku nak dak Kakak, dak Adik dengan dak Nuha tahu tentang sesuatu:
Dalam keadaan gelap tu, aku jadikannya sebagai satu contoh jalan cerita kepada anak-anak macam mana mereka yang hidup susah 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang' tidak mampu nak hidup selesa seperti mana keadaan kita ni. Jangan mengeluh bila sesekali terpaksa menjalani hidup yang sukar untuk beberapa jam gara-gara ketiadaan bekalan elektrik, sedangkan mereka langsung tiada bekalan elektrik..!

Bersyukur dengan apa yang kita miliki walau tak semewah orang lain. Sekurang-kurangnya kita tak sesusah seperti hidup mereka.


'Sesuatu yang berlaku ada hikmahnya.' bak kata Zul Ariffin dalam Titian Cinta episod 13.. 


StatusHati: Moga mereka turut menerima kesenangan yang kita miliki.. Aamiin..


Monday, March 26, 2018

Selamat Hari Lahir buat Mak..



Selamat Hari Lahir MAK..
Happy Birthday to you MAK..
Moga mak kuat dan sihat dalam meledani rutin harian serta sentiasa di bawah lindunganNYA. Aamiin..
#BirthdayMak


DAN..
Satu lagi peristiwa penting pada hari ini adalah hari pertama aku melapor diri di tempat baru. Jauh disudut hati moga semua rutin di tempat baru ini dipermudahkanNYA. Aamiin..

StatusHati: Rela..? eemm..

Sunday, March 25, 2018

Disebalik Perpindahan Fasa Kedua


Kisah pada hari Khamis minggu lepas..

Kari Kambing #ChefHubby

Meraikan hari-hari terakhir berada di tempat kerja lama sebelum berpindah ke tempat kerja baru. Tiada yang istimewa sekadar meraikan mereka yang bertungkus-lumus mengemas, menyisih, menyusun segala barang dan dokumen yang ada seperti di SINI. Malah #myTeam turut bergotong-royong memastikan semua berjalan dengan baik.


DAN..
Kisah semalam..

New Location..
New Environment..
New Position..?? 🙃


Seronok..? 
Biar aku cuba stabilkan, kukuhkan pertahanan emosi agar tak menyusahkan diri di kemudian hari.

Pesanan dari CEO:
'Bila rumah dah siap, jangan pahat masih berbunyi.'

Jangan risau Dato'..
Kalau masih ada pahat berbunyi, itu tandanya nak pasang semula barang yang diangkut dari tempat kerja lama.. 🙃🙃🙃 Kalau masih ada sekalipun, itu semua TANDA tak puas hati terhadap mereka.

Percayalah.. bukan senang nak menerima keadaan yang dipaksa secara halus dek hasil air tangan dia tu.

OK cukup setakat ini..!!

StatusHati: Jangan ditanya rasa hati..

Monday, March 19, 2018

Takut Ibu jatuh, hospital jauh



Zaman dak Kakak dengan dak Adik tidur berkepit dengan aku dah lama berlalu. Sekarang dorang tidur berasingan dalam bilik masing-masing.

Dak Nuha..?
Ini paling susah rasanya. Bukan susah apa.. si bongsu ni tak nak berenggang, tak nak tidur berasingan dari aku. Puaslah Babahnya suruh tidur dengan dak Kakak. Dak Kakak pulak lagilah tak nak bertolak ansur - tak nak share bilik dengan dak Nuha. Alahai anak-anak.. tepuk dahi Mak Budak sekejap.

Sudahnya..
Sehingga la ni masih berkepit bermanja tidur dengan aku. Sikit pun dia tak hairan dengan jelingan Babahnya. Siap ada soalan untuk Babah dia lagi..

'Kenapa Babah tidur sebelah tepi?'

'Takut Ibu jatuh, hospital jauh.' Jawab Babahnya..

Percaya sungguh dia dengan Babahnya hinggakan tak bagi aku tidur dekat tepi katil takut aku jatuh.. kahkahkah.. 


Lena dalam kesejukan aircond..


Si Bongsu ni pulak yang susah nak ajak berunding. Jauh beza dari kerenah dari dak Kakak dengan dak Adik.



StatusHati: Kotak semakin banyak di tempat kerja..


Hasil kerjasama dari #myTeam


Bersantai dihujung minggu terpaksa dilupakan kali ni.

Kisah kelmarin:
Bermulalah episod mengemas barang di tempat kerja demi tuntutan tugas di tempat baru nanti. Permulaan dari SINI diteruskan lagi.


#myTeam..

Sebelum 8:30 am aku dah terpacak di tempat kerja. Awalnya tak tahu nak mulakan bahagian yang mana, apa yang patut dikemas terlebih dahulu. Terdiam sekejap.. memikir apa yang patut aku lakukan dengan ruang kerja sedia ada aku.

Sedikit demi sedikit akhirnya aku mendapat rentak apa yang patut dilakukan. Dalam tak diam semakin banyak kotak diperlukan. Mana-mana yang terlalu peribadi, aku terus packing untuk di  bawa balik ke rumah.

Anak-anak..?
Dijaga sementara oleh my SIL. Terima kasih buat beliau kerana sudi menjaga anak-anak aku sepanjang aku sibuk di tempat kerja. Plan asalnya, anak-anak aku akan tinggalkan sementara di rumah my MIL memandangkan cuti sekolah pun telah bermula.



Manakala kisah semalam pula:

Hasil kerjasama dari #myTeam..


Andai kelmarin bertungkus-lumus bergotong-royong mengemas.. menyusun.. menyisih.. sebelum tiba waktu nak pindah, semalam pula tak sesungguh hati nak mengemas disebabkan tak nak menambah risiko sakit pada pinggang.

Jadi hari ini, akan lebih berhati-hati agar pinggang tak melarat sakitnya. Semalam nampak teruk, hari ni cuba mengawal pergerakan agar tak bertambah sakit.


StatusHati: Tinggal beberapa hari je lagi..



Sunday, March 18, 2018

#SegmenAzahRahaman : Aku Seorang Blogger!



Segala syarat ada di SINI..
Tarikh tutup segmen pada 30 Mac 2018



Dah lama sangat rasanya tak join mana-mana segmen. Tak join segmen tak bermakna aku sombong cuma masalah kesihatan sedikit mengganggu dan rutin harian yang padat hampir setiap hari DAN ini segmen pertama yang aku join bagi Tahun 2018.


Ini segmennya:

BILA BLOG DITUBUHKAN:
17 Mac 2009

yeeaaa... Happy Birthday to my Blog..
Sembilan tahun dah usia blog #MakBudak a.k.a #RemajaPurba ni rupanya. Kejap pasang, kejap surut menulis dalam blog ni.. lebih-lebih lagi bila ada masalah kesihatan bertambah perlahan aktif berblog.


MAKSUD TERSENDIRI NAMA BLOG DAN URL BLOG:
Nama blog Mak Budak a.k.a Remaja Purba mempunyai kenangan tersendiri.
#Mak Budak - wujudnya blog ni selepas aku berumahtangga.
#RemajaPurba - trademark satu goup aku ketika itu.

Diambil dari drama bersiri Great Teacher Onizuka (GTO) di mana salah satu watak di dalam drama bersiri tersebut menjadi url blog - 'aizamia' salah satu watak budak nakal di dalam drama tersebut. Manakala nombor 3 tu hanya nombor feveret Mak Budak.


CERITAKAN PAHIT MANIS SEBAGAI SEORANG BLOGGER:
Kenangan yang pahit hanyalah di awal wujudnya blog ini. Kisah awal berkisar mengenai dak Adik, anak kedua Mak Budak. Pengajaran dan pengalaman berharga buat aku dan en. Hubby. Perasaan bercampur-baur menguasai diri, apatah lagi bila melibatkan orang yang kita sayang.

Kenangan manis banyak.. ada yang aku share dan ada yang hanya untuk tatapan keluarga sendiri. Ada ketika sesuatu yang pahit atau manis itu aku di share juga di sini tapi ada ketika ia tak perlu. Hampir kebanyakkan isi dalam blog ni atas keizinan en. Hubby.


CERITAKAN PAHIT MANIS SEBAGAI SEORANG BLOGGER:
Awalnya hanyalah kisah yang pahit disebalik kewujudan blog ini. Manisnya bila kesihatan dak Adik semakin baik dari masa ke semasa. Alhamdulillah..

Aku hanyalah blogger biasa. Hanya di belakang tabir je. Tiada apa yang menarik mengenai aku. Namun demikian, sangat berterima kasih kepada mereka yang mengenali aku baik di alam maya mahupun di dunia luar.


NASIHAT KEPADA BLOGGER LAIN:
Nak diet tapi jangan extreme - akulah ni.. kihkihkih..
Nak makan jangan banyak sangat, nanti gemuk - aku jugak ni.. hahaha..
Apa yang penting, jaga kesihatan diri agar tak mudarat di kemudian hari.
Moga kita semua berada di dalam keadaan sihat dan kuat dalam meledani rutin harian.


StatusHati: Kuatkanlah semangat aku ini..


Saturday, March 17, 2018

Semakin kehilangan title #PerasanSlim?


Dari aku #PerasanSlim, memang sangat jarang nak bersarapan menu berat di tempat kerja TAPI sejak kes aku pengsan hingga dimasukkan ke hospital gara-gara terlampau taksub dengan diet, maka buat sementara aku kena rehatkan badan dan minda aku dari nak kembali #PerasanSlim tu.

Biarlah apa orang nak kata.. kembang setaman pun kembanglah.. tetap ada yang sayang kan.. cuma yang ralatnya dah satu kerja pulak kena mencari baju bersize baru. Part ni yang aku masih belum boleh terima kenyataan yang aku semakin kehilangan title #PerasanSlim aku tu.


Takpe.. sampai kekasihku seru nanti, #PerasanSlim lah kembali.




Baru-baru ni di tempat kerja..
Nasi lemak + sambal kerang + telur rebus sebiji (yang ni aku sengaja minta lebih) adalah menu pilihan aku.  Sesekali melayan tekak Melayu aku ni. Sampai bila nak menahan rasa kan.. kita makan je dulu. Asalkan sihat dan mengenyangkan serta tidak pengsan lagi - lebih-lebih lagi ketika waktu memandu. Nauzubillah.. jauhkanlah dari berlaku lagi seperti di SINI.


DAN..
Hari ni.. dari pagi tadi, bermulalah episod mengemas dan mengemas seperti apa yang dimulakan di SINI. Kalau tak kuat, tak hadap semua ni tapi apakan daya semua ini terikat dengan SYMP..



StatusHati: Dah tak lama dah lagi.. menghitung hari..



Friday, March 16, 2018

My New Boyfriend



Masa untuk di bawa pulang ke rumah



Dari dipeluk-peluk oleh orang lain, maka sebaiknya kita bawalah ia balik ke rumah..
Aku mana suka hak aku dipeluk oleh orang lain..



My New Boyfriend..


Nampaknya #PenemanSepanjangHayat dah ada saingan..
Untung #MakBudak.. dua-dua gebu sedap dipeluk hingga ke pagi.. wakakaka..



Penuh satu seat untuk dia je..


Bila bawa balik ke rumah..
Punyalah cemburu dak Nuha sebab asalnya dia ingat dia punya teddy bear. Dak Adik pulak suka sangat menyakat, lagilah menjerit menangis dak Nuha dibuatnya. Sudahnya tersadailah teddy bear tu kat dalam bilik sebab malas nak dengar anak-anak bergaduh, mengusik, menyakat disebabkan boyfriend baru aku tu.

Tapi.. bila sesekali dapat peluk teddy bear.. eeemmm.. gebunyeeeeeeee.. kihkihkih..



StatusHati: Menghitung hari..















Thursday, March 15, 2018

Bersediakan menerima perubahan..?



Kisah semalam:
Ketika mereka yang lain sudah mula menyusun barang aku masih dengan rutin semasa. Belum ada hati nak mengemas apatah nak menyusun sisih mana yang tidak diperlukan.


Kotak pertama aku..
Masih kosong belum diisi..


Bayangkan pulak berapa banyak kotak diperlukan.


Ini baru sebahagian kecil, tunggu hujung minggu ni berpeluhlah jawabnya..



Ini baru langkah pertama..
Masih banyak lagi langkah yang belum dilangkah..

Soalan: Bersediakah menerima perubahan..?



StatusHati: Usah dikenang.. masa depan lagi penting..



Wednesday, March 14, 2018

Boleh menjadi Fitnah kalau..



Tolong jangan mudah menyampaikan maklumat kepada orang lain sedangkan kau tidak berada pada situasi tersebut DAN kalaupun kau berada pada situasi tu.. TOLONG jangan terlalu bangga nak bercerita atau menyampaikan maklumat. Boleh menjadi fitnah andaikata maklumat tersebut tidak tepat. 

Belum tentu apa yang kau sampaikan tu betul. Kadang-kadang preskripsi cerita tu hanya membuatkan keadaan menjadi lebih buruk malah kemungkinan bakal menyusahkan hidup orang itu tinggi selain untuk orang mempercayai kau boleh pergi ke tahap zero.
#SekadarPeringatan
#JanganSampaiTerputusHubungan
#SekaliTerkenaSusahDahNakPercaya
-Status di FB..


Aku sehabis daya untuk bersabar.
Bukan sengaja nak memburukkan keadaan tapi biasanya orang sebegini takkan sedar selagi tak ditegur atau tak kena batang hidung sendiri. Bukan nak mendoakan yang negatif cuma sekadar peringatan bersama. Bayangkan andai kau atau ahli keluarga kena seperti itu, apa yang kau rasa dan apa yang akan kau lakukan.

Memekik..?
Marah..?
Apa solution yang akan kau buat..?
Bukan sedikit calar yang kau beri.. Sedihnya aku rasa.

Bersemuka..? Meluah rasa apa yang tak puas hati di hati..? Sedangkan sebelum ni kau tetap mempertahankan tindakan yang kau buat itu betul, inikan pula nak bersemuka.

Apalagi yang boleh dibuat?
Biarkan..?
Pedulikan..?
Tapi sampai bila..?


Jangan terlampau menjadi makcik bawang hingga boleh merenggut hubungan dengan orang yang rapat dengan kau. Jangan nanti kau tertanya-tanya kenapa kau rasa lain dalam hubungan itu.


Siapalah aku untuk menghukum sedangkan aku sendiri masih dilambung ombak di tengah lautan dalam yang tidak bertepi.. Eh!Bermadah helah pulak.. eemm.. Berdoa dan terus berdoa moga aku kuat menahan sabar. Moga tiada puting-beliung datang menyinggah DAN andai terasa, harap kau sedar diri.



StatusHati: Kuatkanlah hatiku ini..



Tuesday, March 13, 2018

Gemulah sangat baik orangnya



إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
'Surely we belong to Allah and to Him shall we return.'


Kisah pagi semalam:
Sesuatu yang mengejutkan apabila menerima berita yang kurang baik apatah lagi bila ia melibatkan nyawa seseorang. Ketika dalam perjalanan menuju ke tempat kerja, satu mesej di mana berita kematian aku terima. Sedikit sebanyak rasa terganggu ketika memandu. Tiada apa yang dapat diungkapkan. Hanya mampu kusedekahkan Al-Fatihah dan surah Yassin untuk arwah.



Penghormatan diberikan buat kali terakhir


Suasana pilu di Masjid Biru, PPUM


Perjalanan terakhir ke Bentong tempat kelahiran arwah..


Kelak kalau ada kematian dalam kalangan warga, dalam sehari bekerja dikumandangkan bacaan ayat suci alangkah bagus. Tidak menghantar jenazah ke perkuburan pun, di tempat kerja kawallah diri bertingkah laku.

Walau jauh daripada jenazah, jagalah adab; sebagai contoh jangan ketawa dengan kuat seperti tiada apa-apa yang berlaku. Bukan tujuan meratapi kematian atau berputus asa sebaliknya menunjukkan penghormatan terakhir setelah hampir seluruh hayat gemulah dikorbankan berbakti kepada agensi, sehari sahaja kita berkorban pula menyatakan dukacita dan secara langsung menginsafi diri.

Sebagai manusia yang akan terus melihat kematian, iktibar kita hanya sampai liang lahad semata. Sebaik dikambus ia akan dilupakan. Sedangkan kematian diri kita sendiri hari-hari disemak malaikat pencabut nyawa adakah kita masih ada yang tiga pada setiap hari - rezeki, kata-kata dan langkah.
*Perkongsian dari seseorang di tempat kerja..



StatusHati: Keadaan mata yang masih belum pulih..


Friday, March 9, 2018

Doctor minta pantau dak Nuha


Kisah 2 in 1 pagi tadi di Hospital:

Situasi Pertama..
Dak Nuha menemani #MakBudak mendapatkan rawatan berkaitan mata kanan yang masih belum pulih. Secara luaran nampak ok tapi hakikatnya belum.

Macam sofa dekat rumah pulak dia buat..


Situasi Kedua..
#MakBudak pulak menemani dak Nuha mendapatkan rawatan berkaitan kesihatan beliau. Doctor minta aku pantau keadaan beliau dalam masa seminggu ni, kalau masih tiada perubahan maka perlu kembali ke hospital dan kali ni kena ke bahagian ENT. Sama macam dak Adik sebelum ni.. 🙁


Nuha batuk.. selesema.. lepas tu dah seminggu tidurnya berdengkur kuat sangat. Susah hati dibuatnya bawak check up dekat hospital pagi tadi. Dia tak pernah tidur berdengkur kuat macam tu kalau tak sihat. Doc. bagitau tonsil dia besar tapi tak membimbangkan sebab simptom2 untuk kes tonsil takde lagi pada dak Nuha. Doc. pesan pantau dak Nuha buat masa ni..


Kepenatan..
Setengah hari di hospital + masuk office ibu sekejap


Moga ibu dan anak cepat baik. Kalau tak.. pening #ChefHubby nanti..


StatusHati: Sangat tak selesa dengan mata kananku ini..


Wednesday, March 7, 2018

Sesuatu yang jarang berlaku apabila Doctor..


Kisah pagi semalam:
Akhirnya...#MakBudak menyerah diri jua di Hospital ditemani oleh #PenemanSepanjangHayat untuk mendapatkan rawatan di Klinik Oftalmologi selepas hampir dua minggu tak baik-baik keadaan mataku ini.

Ketika rawatan dijalankan ke atas mata kananku, doctor memberitahu ada sedikit radang pada bahagian depan mata sebab tu rasa macam ada benda/habuk yang tak nak keluar dari dalam mata.

Alhamdulillah, hasil pemeriksaan kedua-dua belah mataku normal  dan tiada kecederaan dalaman mata cuma keradangan jelah.


 Kisah awal di SINI..

Sebelum rawatan biasalah menunggu untuk mendapatkan rawatan di hospital memang akan mengambil masa yang lama tapi hati menjadi sejuk bila selepas rawatan doctor yang check mata aku ni minta maaf kepada aku..

Sesuatu yang jarang berlaku apabila seorang doctor meminta maaf kepada pesakit kerana terpaksa menunggu lama sebelum rawatan. 


Selesai urusan rawatan berkenaan mata kananku, aku mengambil peluang melawat bekas pekerja tempat kerjaku yang dimasukkan ke hospital sejak malam Tahun Baru Cina lepas. Sejak itu beliau belum dibenarkan keluar; ditambah kini keadaan kesihatan beliau yang sedikit merosot dari biasa. 


Sedih bila melihat Mama Rose terlantar begini.. 😢


Sedih melihatkan keadaan beliau.. moga beliau kuat dan cepat sembuh hendakNYA. Speechless.. tak tahu nak cakap apa..


StatusHati: Perlukan ruang untuk berehat..


Monday, March 5, 2018

Boleh #Murung macam ni..



Dulu.. lama dulu..
Pernah timbul isu nak beli 'rumah' baru tapi tak terbeli-beli kerana belum jumpa tempat yang sesuai selain dari kekangan kewangan. 


Tahun lepas..
Akhirnya satu unit 'rumah' takdelah baru 😕 akhirnya berjaya di beli. Part yang ni akan datang aku akan cerita.. eemm.. mungkin.. eerrr.. tengoklah..


DAN..
Kisah Terkini - MAC 2018

'Untuk makluman, pihak BP akan memindahkan keseluruhan aset di tingkat 12B ke (tempat baru.. ?).
Mohon kerjasama untuk tidak mengalihkan sebarang aset keluar dari tingkat ini.
Terima Kasih.'


Sebenarnya ini pemindahan kali kedua akan dilakukan di mana yang kali pertama telah dibuat pada tahun lepas.

Kisahnya..?? Kenapa aku tak pernah cerita di sini..? 🤔🤔🤔 Part yang ni aku belum bersedia nak share - boleh #Murung aku nanti. 


Gara-gara pemindahan tersebut:



Meja ping pong ini pun turut diangkut ke 'rumah' baru. Gelisah berhari-harilah selagi meja ni jauh dari #MakBudak and the geng. Dahlah ping pong menu tengahari terbaik aku. 


Berpisah akhirnya..


Kisah selanjutnya..?
Sesungguhnya aku masih belum dapat menerima.
Percayalah, sekiranya aku terserempak denganmu, aku lebih rela tidak mendekatimu kerana aku takut semakin parah rasa benciku ini. Habis berlapik dah ayat ku olah agar tidak terlalu ketara pada pandangan mata.


StatusHati: #MoodNaga 😤😤😤


Sunday, March 4, 2018

Perlawanan Ping Pong Berpasukan di Cyberjaya


Kisah Jumaat lepas:
Kehadiranku di tempat kerja demi tuntutan tugas. Tiada yang memaksa untuk aku hadir dalam keadaan kesihatan mata yang masih belum pulih ni.. cuma ada sesuatu yang perlukan aku selesaikan. Yelah dari hari Selasa aku tidak hadir bertugas kan.

Dalam masa yang sama, aku tak nak dikata dek orang 'Main boleh, datang kerja tak boleh?' disebabkan aku akan beraksi dalan satu pertandingan ni. Sekurang-kurangnya takdelah yang akan mem'bawang'kan aku.


Hari ni si dia menemani #MakBudak bertugas



Kisah semalam:
#MakBudak kembali beraksi dalam perlawanan Ping Pong Berpasukan di Cyberjaya.
#MataBelumPulih 😎.. Ini memang tak dinafikan sampai sakit kepala menahan rasa tak selesa pada mata kananku ini.

'Dah sakit pun nak main jugak?'
Pada aku - mudah je. Selagi aku larat dan tidak membahayakan diri aku akan sertai. Paling utama dapat green light dari en. Hubby tapi dengan syarat - kena ada orang menemani.


Dak Adik sebagai peneman di sini..
Hampir seharian.. kebosanan dia..


Selepas perlawanan:
Alhamdulillah.. selamat sampai di rumah dalam keadaan mata berair teruk. Dah gaya macam orang menangis pulak..

Tahulah kalah.. Hanya berjaya di tempat kedua dalam Kejohanan Berpasukan Ping Pong di Cyberjaya.


Kisah hari ni:
Moga mataku ini cepat sembuh dan pulih seperti sediakala. 


StatusHati: Kalah kali ni tak bererti tewas selamanya..



Thursday, March 1, 2018

Rebung Masak Lemak Cili Api


Keadaan aku..?
Masih belum ada perubahan disebabkan masalah pada mata di SINI. Namun rutin harian tetap diteruskan demi kelangsungan hidup. Takde siapa yang boleh tolong kau #MakBudak. Kau bukan sesiapa pada mereka. Waktu kau susah tiada sesiapa di sisi.

Ok.. kembali ke fitrah asal.
Terima kasih pada #aChefHubby yang berjaya memasak sesuatu yang tak terjangkau dek fikiran selama ni.

Sebab..?
Beliau tak pernah makan menu ni sebenarnya, masak menu ni apatah lagi tapi #MohonPercaya.. ini kali pertama beliau memasaknya dan dah tentu tanpa sebarang paksaan. Ditambah pula ada sebahagian kecil daging tetel.. owh.. mana icon terliur ni.. nak gambarkan betapa aku teruja nak merasainya.


 Masak Lemak Cili Api Rebung + Daging


Resepi..?
Alah.. sama je macam masak lemak cili api yang lain - yang membezakan air tangan yang memasaknya. Percayalah.. kalau masak dengan kasih sayang, pasti akan merangsang selera ahli keluarga 'lets eat..'


Kemudian, ditambah pula dengan air kelapa dan dadih kelapa.. owh.. my.. lagi sekali mana icon terliur ni..


Air kelapa muda + dadih kelapa



StatusHati: Hampir seminggu berehat di rumah..


Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...