Followers Remaja Purba

Thursday, December 14, 2017

Nenas menjadi Bahan Ujikaji


Tangan panas..
Inilah alasan aku bila chef Hubby minta aku menyemai benih pokok di ruang belakang rumah kami. Dah macam-macam benih pokok yang beliau mahukan aku menanamnya tapi tak pernahnya aku mahu. Bukan sebab tak suka tapi aku lebih suka chef Hubby yang menanam sebenarnya. Tengok chef Hubby bermandikan peluh.. nampak seksi.. kahkahkah..

Chef Hubby paling suka menyemai benih pokok cili. Asal membesar je pokok tu, anak-anak pokok tersebut akan diagihkan kepada kawan-kawan di tempat kerja. Dah isterinya takmo nak jaga baik-baik, bagi je dekat orang lain, itu kata beliau.. hehehe..


Tugas aku..?
Paling suka petik hasilnya dah tentu..


Baru-baru ni, pokok Nenas menjadi bahan ujikaji aku. Aku tak pernah nak survey macam mana cara terbaik untuk menjaganya.. yang aku tahu pokok nenas tu hidup dan berbuah.. hehehe..


Nenas asal dari kampung.. membesar dengan sihat..


DAN..
Aku bawa balik 'kepala'nya untuk ditanam di belakang rumah. Aku tak jaga sebaiknya maka hasilnya lambat dah tentu..


Dalam pada chef Hubby nak potong buang pokok nenas ni sebab agak lama terbiar tak berjaga..  rupanya pokok nenas ni mula mengeluarkan hasil.


Nak kata aku belai sebaiknya tak jugak tapi berusaha menjaga walau tak sebaik mana..



Akhirnya..
Alhamdulillah..
Inilah hasilnya walau tak sebesar yang asal..


Manis..?
Dah tentu..

Tanam lagi..?
Sedang mencuba untuk percubaan seterusnya..



StatusHati: Sunyi bila dak Nuha takde.. :(


5 comments:

  1. sedapnya nenas, saya pun fail menanam pokok. haha.

    ReplyDelete
  2. lps ni tak blh mls2 lg sbb dh tau aakak ada bakat... pasni tanam banyak2 la pokok nenas nya kak... bah kata petua nk nenas tu manis, jgn di buang jambulnya masa kt pokok, biar je jambul tu

    sbb kalau nanas yg utk komersial utk di jual, jambulnya akan di buang sbb nk dpt nenas yg besar....

    ReplyDelete
  3. percubaan yang bagus...lepas ni nak tanam pokok ape pulak :D

    ReplyDelete
  4. Takde istilah tangan panas r sejuk sebenarnya.
    Jangan jadikan sebagai alasan

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...